Sos Pasta Karbonara Super Creamy Ala Pizza Hut

Share

Sos pasta karbonara super creamy ala Pizza Hut. Semuanya buat sendiri, tak menggunakan sos pasta segera popular. Rasa kuah ini memang lemak berkrim, mengalahkan sos pasta segera. Macam mana tu?

Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Aisyah Humaira ini.  Isinya terpulang pada korang mengikut selera masing-masing. Misalnya nak tambah isi ayam, udang atau sebagainya. Silakan.

Kuah Pasta Karbonara Super Creamy Macam Pizza Hut

Bahan-bahan:

1 paket pasta

Hotdong secukupnya – potong

1 kotak kecil cooking cream – boleh beli online di sini

3 kiub pati ayam

3 keping keju – boleh beli online di sini

2 gelas susu kotak full cream – boleh beli online di sini

2 sudu besar penuh tepung jagung (bancuh dengan segelas air) – boleh beli online di sini

½ sudu kecil serbuk lada hitam – boleh beli online di sini

Sedikit parsley flakes

Garam

Gula secukup rasa

Air sekadar tenggelamkan pasta

Bahan Tumis:

½ ketul Buttercup

1 labu bawang Holland (potong dadu) – boleh beli online di sini

1 tin cendawan butang (cuci dan dihiris)

Cara Memasak Sos Pasta Karbonara Super Creamy:

Panaskan instanpot tekan menu “saute” dan cairkan butter (boleh guna kuali/periuk biasa).

Bila mentega cair, masukkan semua bahan tumis kacau rata biarkan hingga keperangan.

Masukkan susu full cream dan semua bahan berbaki satu persatu kecuali pasta.

Kacau sebati barulah masukkan pasta. Pastikan pasta tenggelam di dalam sos ye. Tekan menu “pressure cook” set tempoh memasak “5 minit”.

Siap.

Jika guna periuk/kuali biasa, pastikan psta dan kuah dimasak berasingan Pasta direbus dahulu sehingga lembut kenyal dan baru tuang sos/kuah yang siap dimasak atasnya.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

Published by
Nurul Azwa