Sos pencicah thai merupakan antara sos yang digemari ramai. Rasanya yang masam manis memang sedap apatah lagi jika dimakan bersama keropok lekor. Sebenarnya, tak susah pun nak buat sos thai sendiri. Boleh guna resipi yang dikongsi oleh Nurul Mansor. Menariknya, resipi ini tida menggunakan banyak bahan. Jom cuba!

SOS THAI

Sos Thai Homemade Yang Sedap, Tak Perlu Guna Banyak Bahan

 

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji cili besar
  • Segenggam cili padi merah dan hijau
  • 6 ulas bawang putih
  • Secawan gula
  • Secawan cuka
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu bancuhan tepung ubi

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Kisar cili besar, cili padi dan bawang putih.

2. Kemudian, masukkan bahan kisar, gula, cuka dan garam ke dalam kuali. Kacau sehingga mendidih.

IKLAN

3. Apabila sudah mendidih, kecilkan api dan masukkan air bancuhan tepung ubi.

4. Siap!

Sos Thai Homemade Yang Sedap, Tak Perlu Guna Banyak Bahan

Sos Thai Homemade Yang Sedap, Tak Perlu Guna Banyak Bahan

 

TIPS:

IKLAN
  • Gunakan hanya 1 sudu tepung ubi. Air boleh letak berapa banyak yang anda mahu, janji sebati. Jangan masuk serbuk tepung selepas sos masak, nanti ia akan berketul.

 

Kredit resipi & foto: Nurul Mansor

 

Anda mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.

 

IKLAN

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Nampak Biasa Je Tetapi Ini Rahsia Buat Sambal Kicap Jadi Lebih Sedap

Petua Buat Pes Tomyam Homemade Yang Sedap & Tahan Lama Tanpa Guna Pengawet.

Resipi Colek Mangga Muda 4 Rasa. Mudah, Sedap & Memang Kecur Liur!

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI