Sosej dan keju. Kebanyakan kanak-kanak memang menyukainya. Kalau buat makanan untuk jamuan di kelas, pasti menu yang ada dua bahan ini habis licin dulu.
Bila sekolah dibuka, ibu-ibu mula menyemak semula resipi-resipi dalam simpanan untuk dapatkan idea bekal anak ke sekolah. Kadang-kadang buntu dah nak masakkan menu yang anak-anak suka.
Kali ini, apa kata cuba buat cheesy sausage roll atau sosej gulung berkeju. Ikuti resipi mudah yang dikongsikan Mimie Haszmiza. Mudah, cepat dan sedap. Pasti anak-anak suka bekal ni.
Rebuskan sosej sekejap. Sementara tunggu sosej sejuk, bolehlah kita canaikan roti sampai nipis. Tak perlu dibuang bahagian tepi roti sebab rasa membazir pula kalau tak makan.
Ambil sekeping roti, letak sekeping cheese dan sebatang sosej lalu digulung ketat.
Ads
Kemudian, sapu kuning telur pada hujung roti dan gulung hingga melekat.
Ulang lagi langkah sama sehingga semua sosej siap digulung.
Celup gulungan sosej tadi ke dalam telur. Golekkan dalam serbuk roti, dan kemudian golekkan pula ke dalam breadcrumb (serbuk roti).
Ulang langkah yang sama sehingga semua roti dan sosej hingga siap. Kemudian, panaskan minyak untuk menggoreng. Kita goreng dalam minyak yang panas dengan api sederhana hingga kuning keemasan.
Setelah cukup masa, angkat dan toskan. Memang rangup di luarnya dengan rasa breadcrumb tu. Boleh dimakan dengan sos cili ataupun mayones. Ikutlah cita rasa anak-anak.
Ads
Sosej gulung berkeju dah siap. Bolehlah dimasukkan ke dalam bekal anak ke sekolah. Buat lebih sikit, kita pun boleh sarapan sekali dengan cheesy sausage roll ni.
Beginilah rupanya setelah dipotong dua. Memang meleleh kejunya kalau makan ketika panas.
Apapun, resipi ini patut cuba untuk bekalkan anak ke sekolah. Mudah, ringkas dan cepat penyediaannya. Ibu-ibu pun tak kalut di dapur.
Pau yang berkilat dan intinya yang mewah menjadikan pau lebih sedap dan berselera untuk dinikmati. Tidak banyak pau yang dijual di luar sana diletakkan inti banyak kerana melibatkan kos. Namun jika kita buat sendiri, bolehlah letak inti banyak sikit demi kepuasan ketika makan.
Jom kita lihat resipinya.
PAU GEBU INTI KELAPA MANIS
BAHAN INTI
1/2 cawan gula melaka
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan air
2 helai daun pandan
1/4sk garam
1 cawan kelapa parut putih
1 sudu kecil tepung gandum
Inti kelapa manis.
CARA MEMBUAT INTI
1. Dalam kuali, masukkan gula melaka, gula pasir, air dan daun pandan. Masak sehingga ketulan gula larut dan menjadi likat.
2. Masukkan garam. Kacau lagi.
3. Masukkan kelapa parut. Biarkan sebati. Kacau selalu.
4. Tambahkan tepung gandum. Tujuannya supaya inti tu melekat-lekat dan tidak berderai.
5. Siap memasak, masukkan ke dalam mangkuk dan biarkan sejuk.
6. Jom buat doh pau pula.
BAHAN DOH PAU
130 ml air sejuk
2 sudu besar gula kastor
1/2 sudu kecil garam
260 gram tepung pau
1 sudu besar shortening
1 sudu kecil yis
1/2sk serbuk penaik
CARA MEMBUAT DOH PAU
1. Dalam breadmaker, masukkan air sejuk, gula kastor, garam, tepung pau, shortening, yis dan serbuk penaik.
2. Mulakan menguli selama 30 minit.
3. Rehatkan doh seketika.
4. Uli lagi selama 15 minit sehingga doh jadi elastik 70 peratus.
5. Potong dok kepada 52 gram setiap ketulan.
6. Tutupkan doh yang telah dipotong tadi supaya tidak kering terkena angin.
7. Ambil seketul dan picit-picit untuk keluarkan angin. Bentukkan bulat.
8. Buat sehingga habis doh. Kemudian rehatkan selama 10 minit dengan keadaan bertutup.
CARA MEMBUAT
1. Sementara menunggu doh direhatkan, bulat-bulatkan inti.
2. Ambil seketul doh dan masukkan inti. Bentukkan kembali membulat dengan kemas.
3. Letakkan doh yang sudah siap ada inti di atas kertas alas. Rehatkan doh selama 20 minit sebelum dikukus.
Doh siap di isi inti dan diletakkan atas kertas alas.
4. Kemudian, kukus selama 8 minit. Alas penutup dengan kain untuk elak air menitis atas pau.
5. Selepas dikukus, jangan terus dibuka penutupnya untuk elak pau berubah bentuk disebabkan perubahan suhu. Biarkan dulu seketika sebelum penutup dibuka.
6. Siap!
Tak kiralah pagi atau petang, popia goreng memang snek atau kudapan yang cukup digemari, Selain popia basah, popia goreng memang kesukaan rakyat Malaysia. Satu lagi yang cukup popular adalah popia sira.
Ni min kongsikan resipi popia yang dikongsikan dari resipibbonda.my , radiatussoleha dan ciksuAdah Razali
1. POPIA AYAM CENDAWAN BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
Bahan A:
1 labu bawang holand | dipotong cincang
5 ulas bawang putih
1 sudu makan lada hitam | ditumbuk halus
1 batang lobak merah | dipotong dadu
Bahan B :
50 keping @1 bungkus kulit popia
300 gm bungkus ayam cincang
1 mangkuk daging ayam | di potong cincang
1 bungkus sosej ayam | potong kecil-kecil
6 keping keju cedar
1 tin cendawan | dipotong racik
1 tin krim cendawan *cendawan atau ayam (Campbell)
Cara Membuat: 1. Tumis bahan A, bila dah naik wangi masukkan carrot dan ayam. Tumis dan kacaukan, bubuh garam dan dan kiub ayam sekali. 2. Bila dah masak, masukkan cendawan dan krim cendawan. Akhir sekali, masukkan keju dan kacau sebati. Dah boleh tutup api, masukkan dalam bekas bila dah sejuk. Cara Membungkus Popia: 1. Sediakan kepingan kulit popia, bentang kat atas pelapik atau dulang. 2. Ambil 1 sudu inti, letak kat ujung kulit popia tu dan lipat atas, kiri, kanan sampai ujung lekatkan dengan telur atau bancuhan tepung gandum. 3. Ulang sampai habis. Panaskan minyak goreng sampai keperangan, bolehlah angkat dan toskan. Hidangkan.
Resepi Oleh: Radia Tussoleha dari FB Group MAHN
2. POPIA INTI AYAM BERKEJU
BAHAN-BAHAN :
Kulit popia
Jejari ketam (crab stick)
Keju cedar
Daun Bawang
Tepung Gandum (ejen pelekat)
BAHAN SOS :
5 biji cili masak
4 biji cili api merah
3 ulas bawang putih
1 cawan air
5 sudu makan cuka
6 sudu makan gula
1 sudu teh tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
Biji bijan secukupnya | disangai
Cara Membuat: 1. Kisar jejari ketam bersama keju cedar. Kisar sampai bahan sebati dan bersatu. 2. Kemudian masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam mangkuk dan masukkan hirisan daun bawang. 3. Tepung gandum dibancuh dengan sedikit air (agak-agak) untuk dijadikan gam pelekat kulit popia. 4. Masukkan isi ketam dan keju tadi dan gulung kulit popia. Ulang sehingga habis. sedia untuk menggoreng. 5. Untuk sos cili, kisar kesemua bahan kecuali tepung jagung dan bijan. 6. Masak hingga mendidih dan masukkan tepung jagung. Kepekatan ejas sendiri yer. 7. Bila dah siap menggoreng popia dan sos sudah terhidang, barulah boleh tabur biji bijan ke dalam sos supaya nampak lebih menyelerakan.
Kredit foto dan reipi : resipibonda.my
3. POPIA SIRA KARI
BAHAN-BAHAN :
2 paket kulit popia *Gulung dan gunting ikut saiz yang disukai, goreng hingga kekuningan. Sejukkan.
Bahan Sira :
3 labu bawang putih* |kisar
6 tangkai daun kari atau lebih
6sudu makan cili boh
8 sudu makan gula pasir
3sudu makan bijan
Cara Membuat: 1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar. Masukkan daun kari, tumis hingga bawang putih masak. 2. Masukkan cili boh, tumis hingga masak juga atau pecah minyak. Selalu kacau untuk elakkan bawang dan cili boh hangit. Guna api sederhana. 3. Bila dah pecah minyak, masukkan gula. Masa ni terus perlahankan api (sangat-sangat penting untuk elakkan gula hangus). 4. Kacau hingga gula larut, masukkan popia yang dah siap digoreng. Gaul sebati bagi meresap semua bahan tumis. 5. Masukkan bijan, kacau 2-3 minit. Boleh tutup. Pindahkan dalam bekas besar, sejukkan dan terus masuk dalam bekas kedap udara.
Resipi popia karbonara ini penuh rasa lemak berkrim. Tentu ramai menyukainya, tak kira orang dewasa mahu pun anak-anak. Nak membuatnya pun taklah susah sangat. Selain itu boleh makan sepuasnya kalau buat sendiri.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Dapur Shai Anne ini ye.
Resipi Popia Karbonara
Bahan Untuk Inti:
Isi ayam (dipotong kecil. Atau boleh juga guna burger ayam)
Panaskan minyak dan mentega. Kenapa letak minyak sikit sebab takut mentega hangus. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga terbit bau wangi.
Bila bawang dah layu sikit, masukkan isi ayam dan cendawan. Masak sekejap. Masukkan juga stok ayam.
Kemudian letak tepung dalam 3 sudu. (tujuan pakai tepung untuk pekatkan kuah). Setelah itu masukkan susu. Tambah air dalam setengah cawan.
Bila kuah dah agak pekat sikit, masukkan sayur sayuran yang dah dipotong halus. Masak sekejap. Kemudian masukkan lasa hitam dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum tutup api, masukkan sosej. Tujuan dimasukkan lambar supaya ia tak hancur bila masak terlalu lama.
Untuk membuat popia, ambil sehelai kulit popia. Bubuh sedikit inti di bahagian tengahnya dan baliut macam biasa.
Panaskan minyak dan goreng popia. Api jangan terlalu kecil kerana kalau goreng terlalu lama isinya akan keluar dan bocor. Minyak pun akan kotor.
Bila dah bertukar jadi kekuningan, angkat dan toskan. Siap!
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.