Sosej dan keju. Kebanyakan kanak-kanak memang menyukainya. Kalau buat makanan untuk jamuan di kelas, pasti menu yang ada dua bahan ini habis licin dulu.
Bila sekolah dibuka, ibu-ibu mula menyemak semula resipi-resipi dalam simpanan untuk dapatkan idea bekal anak ke sekolah. Kadang-kadang buntu dah nak masakkan menu yang anak-anak suka.
Kali ini, apa kata cuba buat cheesy sausage roll atau sosej gulung berkeju. Ikuti resipi mudah yang dikongsikan Mimie Haszmiza. Mudah, cepat dan sedap. Pasti anak-anak suka bekal ni.
BAHAN-BAHAN:
Roti Gardenia
Sosej (daging / ayam) – Boleh beli online di sini
Sliced Cheese – Boleh beli online di sini
Breadcrumb (serbuk roti) – Boleh beli online di sini
Telur (dipukul sedikit)
CARA MEMASAK:
Rebuskan sosej sekejap. Sementara tunggu sosej sejuk, bolehlah kita canaikan roti sampai nipis. Tak perlu dibuang bahagian tepi roti sebab rasa membazir pula kalau tak makan.
Ambil sekeping roti, letak sekeping cheese dan sebatang sosej lalu digulung ketat.
Kemudian, sapu kuning telur pada hujung roti dan gulung hingga melekat.
Ulang lagi langkah sama sehingga semua sosej siap digulung.
Celup gulungan sosej tadi ke dalam telur. Golekkan dalam serbuk roti, dan kemudian golekkan pula ke dalam breadcrumb (serbuk roti).
Ulang langkah yang sama sehingga semua roti dan sosej hingga siap. Kemudian, panaskan minyak untuk menggoreng. Kita goreng dalam minyak yang panas dengan api sederhana hingga kuning keemasan.
Setelah cukup masa, angkat dan toskan. Memang rangup di luarnya dengan rasa breadcrumb tu. Boleh dimakan dengan sos cili ataupun mayones. Ikutlah cita rasa anak-anak.
Sosej gulung berkeju dah siap. Bolehlah dimasukkan ke dalam bekal anak ke sekolah. Buat lebih sikit, kita pun boleh sarapan sekali dengan cheesy sausage roll ni.
Beginilah rupanya setelah dipotong dua. Memang meleleh kejunya kalau makan ketika panas.
Apapun, resipi ini patut cuba untuk bekalkan anak ke sekolah. Mudah, ringkas dan cepat penyediaannya. Ibu-ibu pun tak kalut di dapur.
Kredit: Mimie Haszmiza
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official