Anak-anak suka sosej, jom buat sendiri sosej versi sihat. Alang-alang dah buat kita letak sayur-sayuran kesukaan. Yg penting bersih, tiada bahan pengawet, tiada perasa tambahan. Adunan ni boleh dapat dalam 15 batang sosej. Ikut saiz korang nak macam mana.Selamat mencuba.
SOSEJ HOMEMADE
Bahan-bahan:
500gm isi ayam
1 sudu teh garam
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh garlic powder
1/2 sudu teh blackpepper (option)
1 sudu chili flakes (kalau nak pedas. Kalau tak letak pun takpa)
1 gelas kecil air / stok ayam
Sayur-sayuran ikut suka (lobak merah, daun sup, mushroom)
Cream cheese (option) tak letak pun tak apa. Nak gantikan dengan cheese lain pun boleh.
Ads
Tepung ubi (agak-agak je)
*Boleh tambah / tukar bahan ikut kreativiti masing-masing.
Cara membuat:
1.Kisarkan semua bahan di atas (guna food processor).
Ads
2.Paipkan dalam plastik aiskrim. Ikat ketat. (Tujuan tak nak air masuk semasa merebus.
3.Rebus sampai masak. Kukus lebih kurang 15-20 minit.
4.Dah siap boleh sejukkan dan buka plastik dan goreng. Nak frozen kan pun boleh.
Salah satu hidangan lauk yang dicari-cari ketika kenduri kahwin adalah pajeri nanas. Sedap kan pajeri nanas ni. Bukan makan dengan nasi minyak je sedap. Makan dengan nasi putih pun sedap. Jom try buat pajeri nanas. Aroma wangi dan rasanya yang pedas-pedas manis memang membangkitkan selera.
PAJERI NANAS TERUNG
BAHAN KISAR
• Bawang besar
• Bawang putih
• Halia
BAHAN REMPAH
• Rempah daging
• Kerisik
• Santan
• Rempah 4 beradik
• Daun kari
• Gula
• Garam
BAHAN ASAS
• Terung
• Nanas
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan Kisar. Kemudian masukkan Bahan Rempah.
2. Tumis sampai rempah agak-agak masak. Masukkan terung.
3. Apabila terung hampir masak bolehlah masukkan nanas.
4. Pajeri dimasak ikut cita rasa masing-masing. Ada yang suka manis ada yg nak kurang manis. Jadi pandai-pandai la ya agak gula.
Sedapnya ! Itulah yang dapat dikatakan sebaik sahaja menjamah Daging Palembang yang disajikan oleh Datin Seri Qustina ini. Tak sangka dalam pada sibuk, beliau sempat memasak. Bila ditanya apa rahsia? Jawabnya tidak ada rahsia, cuba menu ini adalah warisan turun temurun keluarga beliau yang menjadi hidangkan wajib bila keluarga berkumpul, ada kenduri dan Hari Raya. Tambah beliau keenakan Daging Palembang sedap bila cukup asam garam dan ia banyak menggunakan kicap, serai dan bawang. Kesempatan itu, juga beliau turut kongsikan dua lagi menu yang dihidangkan pada hari RASA bertamu di kediaman beliau iaitu Semur Ayam dan Bendi Goreng Udang Kering.
Anda yang teringin bolehlah mencuba!
DAGING PALEMBANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | direbus dan hiris nipis
6 batang serai | dititik
1 cawan air rebusan daging
1 cawan kicap lemak manis
1/2 cawan minyak masak
1 sudu makan rempah kari
2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
2 sudu makan kerisik
BAHANKISAR:
5 labu bawang besar
5 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
10 biji cili kering
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis rempah penumis bersama serai hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar, terus kacau hingga pecah minyak.
Masukkan daging yang telah direbus dan gaul sebati.
Kemudian tambahkan air rebusan daging dan biarkan mereneh.
Setelah air daging kering masukkan dan kisap pekat manis dan kerisik.
Jika kurang masin atau manis, boleh tambah garam dan gula.
Kecilkan api dan terus kacau hingga pecah timbul minyak.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
SEMUR AYAM:
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 12
1 cawan kicap manis
1 biji bawang besar |hiris bulat
3 biji cili merah | hiris serong
1 sudu makan air asam Jawa
1 sudu makan lada hitam | kisar kasar
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak | untuk menumis
BAHAN REMPAH PENUMIS:
3cm batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3cm halia
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan bahan rempah penumis hingga wangi.
masukkan bahan kisar. Kacau rata.
Apabila pecah minyak, masukkan ayam, kacau rata dan tutup seketika kuali.
Setelah ayam kecut dan air kering sedikit masukkan air asam Jawa dan kicap.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah kuah kelihatan agak pekat, taburkan serbuk lada hitam.
Kacau seketika dan tutup api.
Ayam semur sedia dihidangkan panas-panas.
BENDI GORENG UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
300gm bendi | cuci bersih dan hiris serong
2 biji cili merah | hiris serong
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan udang kering | cuci bersih dan toskan
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Kemudian masukkan udang kering, kacau rata.
Masukkan kacang bendi dan hirisan cili.
Kacau seketika dan masukkan sos tiram.
Kacau lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan panas-panas:
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.