
Sosej dipotong dua atau anda boleh memotongnya mengikut suka. Enak dinikmati bersama sos atau dimakan begitu sahaja.
BAHAN-BAHAN:
- Doh pastri lapis secukupnya
- 1 paket sosej ayam
- 1 biji telur | dipukul kembang
- Bijan hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Canai doh pastri lapis setebal 3mm dan sapukan telur di permukaannya.
- Kemudian letakkan sosej di atas doh tadi dan gulungkan ia sehingga menutupi sosej. Lakukan sehingga habis.
- Seterusnya letakkan di atas tin pembakar dan sekali lagi sapukan telur di bahagian tepi atas doh.
- Setelah itu, taburkan bijan hitam secukupnya.
- Akhir sekali, bakar pada suhu 200ºC selama 25 minit atau sehingga berwarna keperangan.
- Letakkan sosej rol di atas relai dan sejukkan seketika. Sedia untuk dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Membuat Roti Yang Pasti Gebu Gebas

Membuat roti gebu memang impian kita apabila membuat roti. RASA berikan resipi mudah untuk anda buat sendiri roti gebu di rumah. Roti begini sedap dimakan begitu sahaja. Kalau tak pun cecah dengan kari. Kalau nak cepat, sapu je dengan mentega atau marjerin. Sedap sesangat.
ROTI GEBU GEBAS

Bahan-Bahan
• 250 gram tepung high protein
• 250 gram tepung gandum
• 80 gram majerin
• 80 gram gula
• 6 gram yis
• 2 gram garam
• 2 gram pelembut roti (Ikut sukatan untuk 500 gram tepung)
• 2 sudu besar susu pekat
• 250 gram air (tambah atau kurangkan sukatan ikut keperluan doh)
Cara membuat
1. Satukan semua bahan di atas dan uli sampai doh betul-betul elastik dan licin.
2. Kemudian bahagi-bahagi doh, rounding dan bentukkan.
3. Biarkan doh kembang.
4. Dah kembang bakar pada suhu 200°C selama 20 minit.
Selamat mencuba!
Resipi oleh Amida Ida dari Telegram KakiMakan
Bestnya Chef Sue Ni Kongsi Muffin Versi Sihat & Sedap.

Berita baik untuk mereka yang ingin diet dan menghidap diabetes, ini resipi yang sihat dan sedap sebagai kudapan. Mungkin agak pelik sebut Muffin Savoury, muffin tanpa gula ini sebenarnya sedap bila diadun bersama sayur-sayuran, ikan bilis, isi ayam dan hirisan daging. Atau kalau ada lebihan sambal mahupun rendang boleh je jadi inti kata Chef Che Sue.
Terima kasih Chef kerana sudi berkongsi resipi sihat ni…

CHEDDAR CHEESE MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 300gm parutan keju
- 100gm keju Cheddar
- 30gm baking powder
- 10gm baking soda
- 100ml krim masam
- 100ml minyak
- 2 biji telur
- 5gm garam
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan kering. Gaul sebati.
- , kemudian pukul telur seketika.
- Masukkan bahan kering, sour cream dan minyak, kemudian gaul lagi.
- Tambahkan parutan keju, kemudian masukkan dalam acuan.
- Taburkan keju Cheddar di atasnya.
- Bakar adunan dengan suhu 150C selama 30 minit dalam ketuhar yang sedia dipanaskan.
- Sedia dihidangkan dengan sos.

SMOKED SALMON MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung naik sendiri
- 80gm mentega |cairkan
- 1 biji telur
- 250gm susu segar
- 125gm smoked salmon
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung ke dalam mangkuk.
- Kemudian campurkan mentega , telur dan susu. Kacau sekata.
- Tuangkan ke dalam mangkuk berisi tepung. Kemudian gaulkan hingga sebati.
- Masukkan ke dalam acuan kertas dan letakkan smoked salmon di atasnya.
- Bakar adunan dengan suhu 170C selama 30 minit di dalam ketuhar yang sedia dipanaskan.
- Setelah masak hidangkan panas.

CHICKEN PEPPRONI MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
- 250gm tepung gandum
- 30gm gula
- 30gm baking powder
- 5gm garam
- 20gm bawang | potong dadu kecil
- 1 biji telur
- 125ml minyak masak
- 125ml susu segar
- 100gm pepperoni
CARA MEMASAK:
- Campurkan tepung, gula, baking powder, garam dan bawang dalam mangkuk adunan.
- Gaul rata kesemua bahan kering ini.
- Seterusnya campurkan telur, susu dan minyak. Kacau sekata.
- Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk berisi bahan kering tadi.
- Gaulkan hingga sebati menjadi doh lembut.
- Masukkan dalam acuan, kemudian letakkan chicken pepperoni di atasnya.
- Bakar adunan dengan suhun150C selama 30 minit dalam ketuhar yang sudah sedia dipanaskan.
- Setelah masak, muffin sedia dihidangkan.

VEGETABLE MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 30gm baking soda
- 10gm garam
- 50gm daun bayam | hiris
- 100gm gula
- 100gm mentega
CARA MEMASAK:
- Masukkan semua bahan kering ,tepung, baking sida, garam dan gula. Gaul rata.
- Kemudian masukkan mentega dan daun bayam, gaul lagi.
- Seterusnya, masukkan telur yang telah dikacau. Gaulkan sebati.
- Masukkan dalam acuan kertas.
- Bakar dengan suhu 150C selama 30 minit.
- Mufin sedia dihidangkan.

CHICKEN FLOSS MUFFIN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung gandum
- 30gm baking powder
- 10gm baking soda
- 5gm garam
- 2 biji telur
- 100ml minyak masak
- 2 sudu makan mayones
- 400gm chicken floss
CARA MEMASAK:
- Masukkan tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam dalam mangkuk, gaul rata.
- Seterusnya masukkan telur yang telah dikacau, gaul sebati.
- Campurkan pula minyak dalam camburan bahan adunan.
- Gaul sebati hingga menjadi doh lembut.
- Masukkan dalam acuan kertas.
- Bakar muffin dengan suhu 160C selama 30 minit dalam ketuhar yang telah dipanaskan.
- Sapukan sedikit mayones di atas permukaan muffin sebelum letakkan serunding ayam di atasnya.
- Muffin sedia dihidangkan.
Buat Roti Macam Di Kafe Hipster, Memang Terbaik

Rindu nak makan roti macam dekat kafe mahal tu, jom kita tiru caranya dengan resipi yang dikongsi oleh Chef Ritz. Resipi ni mudah, tak perlu nak renyah-renyah kata orang utara.
Roti jenis ni dah jadi satu trend. Kebanyakan kafe hipster gemar gunakan roti ni untuk dijadikan sandwic. Boleh juga dicicah dengan mushroom soup atau pun rendang daging. Memang terbaik.
BAHAN-BAHAN
250g tepung T65. (brand Farine De Mon Pere)
25g tepung wholemeal
25g tepung Rye
8g garam
3g yis kering-BELI ONLINE DI SINI
220g air suam
10g madu-BELI ONLINE DI SINI

CARA MEMBUAT:
- Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sehingga doh terbentuk (doh masih lembik masa ni)
- Tutup bekas dengan plastik atau kain dan simpan di dalam peti sejuk.

3.Setiap 30 minit, lakukan ‘stretch n fold’. (saya buat sebanyak dua kali)
4Bentukkan doh (saya buat bentuk oval) dan pindahkan ke dalam basket

5.Rehatkan doh (final fermentation) lebih kurang 4 jam
6.Scoring doh dan pindahkan ke dalam bekas (saya gunakan pyrex) yang sudah dipanaskan terlebih dahulu di dalam oven, 230 darjah selsius.
7.Bakar dalam oven selama 20 minit (dengan penutup) dan lagi 20 minit tanpa penutup) pada suhu 230 darjah selsius
8.Selepas bakar pindahkan ke atas jaring.


OK… kalau makan saja macam tak best pulak kan? Chef Ritz bagi idea. Letak cheddar cheese, salad, tuna spread, dan susun telur rebus atas roti. Pipekan sedikit lite mayo dan taburkan sikit lada hitam untuk perasa.

Selamat mencuba.
Kredit: ritzthebaker.com
Memang Sedap. Resipi Popia Lapis Rangup Best Untuk Minum Petang

