Soto Daging & Bihun Sup Bebola. Sajian Ringkas Tapi Sedap Untuk Tetamu Datang Beraya.

Share

Dua resipi yang admin kongsikan ini antara yang anda boleh masak untuk sajian tetamu yang datang beraya nanti. Mudah, sedap dan cepat disediakan. Pasti memenuhi citarasa. Selamat mencuba!

 

1. SOTO DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kapit nasi impit segera | rebus hingga lembut, sejukkan dan ketepikan

BAHAN UNTUK KUAH:

  • 500ml air
  • 400gm daging | rebus empuk, carik-carik

BAHAN UNTUK SUP:

  • 50gm rempah sup
  • 1 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Air rebusan daging secukupnya
  • 30ml minyak masak untuk menumis
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

BAHAN SAYUR:

  • 30gm tauge
  • 40gm kacang goreng
  • Limau kasturi
  • Sedikit daun bawang

BAHAN UNTUK SAMBAL KICAP:

  • 50gm cili padi
  • 40ml kicap manis
  • 30gm gula pasir
  • 20ml air

CARA MEMASAK:

  1. Kisar semua bahan untuk sup kecuali minyak dan air rebusan.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga terbit wangi.
  3. Masukkan air rebusan, diikuti dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Gaul sebati.
  4. Biarkan ia mendidih, tutup api.
  5. Untuk menyediakan sambal kicap; kisar kesemua bahan hingga sebati.
  6. Untuk menyediakan soto; masukkan nasi impit ke dalam mangkuk. Tuang sup dan letakkan daging yang telah dicarik-carik, tauge, hirisan daun bawang, limau kasturi dan kacang goreng di atasnya.
  7. Sedia dinikmati bersama sambal kicap.

 

2. BIHUN SUP BEBOLA DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 100gm bihun | celur ke dalam air panas hingga lembut, sejukkan
  • Bebola daging secukupnya
  • Air rebusan daging secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 50gm rempah sup
  • 1 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN SAYUR:

  • 30gm tauge
  • Sedikit daun sup
  • Sedikit limau nipis

CARA MEMASAK:

  1. Untuk membuat sup; Kisar kesemua bahan kisar. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan air rebusan daging, bebola daging bersama garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau sekata.
  3. Biarkan mendidih, tutup api.
  4. Untuk menghidang; masukkan sedikit bihun ke dalam ke dalam mangkuk. Tuangkan sup, atur bebola daging di atasnya.
  5. Letakkan sedikit tauge, hirisan daun sup dan limau nipis di atas.
  6. Sedia dinikmati bersama sambal kicap.

 

 

Published by
Nur