Sotong bakar yang penuh rasa masam, manis dan masin. Resipi yang ringkas tapi memberi rasa enak pada sotong.
SOTONG BAKAR THAI
BAHAN-BAHAN:
Sotong saiz besar
3 sudu besar jus lemon
3 sudu madu
Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Cuci sotong bersih. Lumurkan sotong dengan semua bahan-bahan. Simpan dalam peti sejuk dalam 15 minit.
- Keluarkan sotong cucuk kepala dengan badan sotong guna lidi pencungkil gigi
- Lap sotong guna tisu dapur.
- Renjis-renjis dengan minyak. Bakar sampai sotong masak.
BAHAN SOS:
- *12 batang cili merah
- *8 batang cili hijau
- *7 ulas bawang putih (bakar sekejap)
(Tumbuk halus semua bahan bertanda *) - 2 sudu sos tiram
- 4 sudu gula
- 5 sudu jus lemon
- 3 sudu sos ikan
- Daun ketumbar ( hiris halus)
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan-bahan dan kacau sebati.
- Lumur atas sotong.
KREDIT RESEPI & gambar: juju minhad
ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI: