Sotong Goreng Berempah Kari…Resipi Mudah dan Cepat Siap dari Datin Ira Ghani

Share

Ni dia resipi Sotong Goreng Berempah Kari yang disiarkan ‘live’ dalam FB Majalah Rasa  oleh
Datin Ira Ghani baru-baru ini. Pengarah Urusan Posifif Image Resources yang juga Pengasas Kosmetik Aura Seri ni bukan sahaja
cantik dan pandai bergaya tetapi juga ‘handal’ di dapur.

 

Tapi ingat sotong ni korang jangan goreng lama sangat, kalau tak jadi liat macam ‘tayar’ nanti. Kalau ada tetamu
datang mengejut di musim raya ni,boleh aje masak sotong cara nih.

SOTONG GORENG BEREMPAH KARI

 

Bahan-bahan :

  • 3 ekor sotong bersaiz besar
  • 3/4 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu makan serbuk kari
  • 1 biji bawang besar| dihiris bulat (kalau guna bawang holand lagi ummpphh)
  • 2 biji cili |dihiris kasar
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
1. Sotong dibersihkan dan dipotong bulat.
2. Gaul dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan sedikit garam kemudian perap dalam beberapa minit.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan sotong yang telah diperap tadi.
4. Masukkan bawang besar, cili dan garam secukup rasa. Kacau sebati.
6. Goreng dalam 2- 3 minit dan padamkan api.

Published by
Faridah Talib