Selalu ada masalah goreng sotong tapi asyik meletup-letup. Ada juga goreng tapi tepung tidak melekat dekat sotong, jadi lembik dan tidak sedap. Ini tip dan resipi untuk dapatkan sotong yang rangup dan tidak meletop ketika digoreng.
SOTONG GORENG TEPUNG
BAHAN-BAHAN A:
- Sotong
- Bawang putih
- Garam
- Lada sulah
- Cuka makan
CARA MENYEDIAKANNYA:
- Basuh dan tos sotong seketika.
- Masukkan sesudu dua cuka. Boleh guna cuka kurma. Cuka untuk keluarkan air dari sotong. Tak perlu banyak. Nanti lari rasa.
- Tumbuk halus bawang putih. Kacau dalam tos sotong bersama lada sulah dan sedikit garam. Biar 10 minit.
BAHAN B:
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jangung
- Suku cawan tepung beras
- 1 sudu garam
- Sedikit kunyit
- Serbuk lada sulah
- Serbuk lada hitam
(Kacau semua bahan sekali. Biar kering. Jangan tambah air)
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak yang banyak.
- Kacau telur putih dan kuning. Jangan terlalu lama. Boleh buat telur ringan dan tepung tak melekat.
- Masukkan sotong tadi kedalam telur.
- Celup dalam adunan tepung tadi dan goreng. Jangan goreng sotong terlalu lama. Nanti sotong jadi liat.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Awatif Osman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Masak Lemak Pucuk Paku Dengan Udang, Lauk Sedap Tak Boleh Bawak Bincang
Nak makan apa dinner nanti? RASA kongsikan resipi masak lemak pucuk paku dengan udang. Lauk ini memang cukup lengkap. Ada udang dan ada sayur. Kuahnya pula pedas-pedas lemak. Jadi kalau tak tahu nak masak apa, bolehlah cuba maska lauk ni ye.
MASAK LEMAK PUCUK PAKU DENGAN UDANG
BAHAN KISAR
15 tangkai cili padi | kurangkan kalau tak nak pedas
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
BAHAN LAIN
2 batang serai | dititik
2 pokok daun ketumbar bersama akarnya | bersihkan dan hiris
10 ekor udang sederhana besar
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
1 mangkuk santan
1 mangkuk besar pucuk paku | bersihkan
CARA MEMBUAT
1. BAHAN KISAR dikisar halus dan masukkan dalam periuk.
2. Masukkan serai dan daun ketumbar. Masak sehingga harum.
3. Masukkan udang.
4. Tambahkan air jika kuah kering.
5. Masukkan asam keping dan garam.
6. Masukkan santan
7. Tunggu kuah mendidih. Kemudian masukkan pucuk paku.
8. Masak kejap sampai sayur lecur sikit sahaja. Tutup api dan hidangkan.
Resipi daripada Telegram KakiMakan
5 Menu Ketam Yang Sedap & Mudah Korang Sediakan.
Ketam masak apapun tetap sedap, memang rugi korang yang tak makan ketam. Selain sedap, ketam juga sangat mudah dan cepat masak. Sebab tulah seafood bercengkerang ini sangat disukai ramai dan harga pun boleh tahan. Korang yang nak cuba ini ada lima cara masak ketam yang sedap, senang dan simple.
KETAM GORENG BERCILI
BAHAN-BAHAN:
- 3 ekor ketam | dicuci bersih.
- 4 tangkai cili merah | dikisar
- 1 biji bawang besar | dikisar
- 3 ulas bawang merah | dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 1 batang serai |dikisar
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu teh air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng ketam, kemudian ketepikan.
- Keluarkan minyak dari kuali, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
- Masukkan pes cili, cili merah kisar dan sos cili, kacau hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
- Kecilkan api, masukkan ketam. Gaul rata dan tutup api
- Sedia dihidangkan.
KETAM TIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ketam | dibersihkan
- 1 biji tomato | didadu kecil
- 1 biji bawang besar |didadu kecil
- 1 pokok daun ketumbar |dihiris halus
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan jus limau nipis
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN KISAR KASAR:
- 3 tangki cili merah
- 5 tangkai cili padi
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 2cm halia
CARA MEMASAK:
- Ketam yang telah dibersihkan gauL bersama garam dan serbuk lada sulah secukupnya.
- Panaskan minyak, goreng ketam hingga cengkerang bertukar warna kemerahan. Ketepikan.
- Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan secukupnya untuk menumis.
- Tumiskan bahan kisar kasar hingga naik bau dan masukkan bahan dadu, sos cili, jus limau nipis, gaul rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, kemudian masukkan ketam. Gaul rata dan taburkan hirisan daun ketumbar di atasnya.
- Sedia dihidangkan.
KETAM KICAP BERSOS CILI
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ketam saiz XL | dipotong dan bersihkan
- 5 ulas bawang merah | dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 2.5cm halia muda | dikisar
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan kicap pekat manis
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili kering. Kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan sos cili, sos tiram dan air asam jawa, kacau lagi.
- Masukkan ketam, perasakan dengan kicap, garam dan gula secukup rasa.
- Masak sehingga ketam bertukar warna kemerahan dan kuah agak pekat,
KARI KETAM TUMIS DARAT
BAHAN-BAHAN:
- 3 ekor ketam | bersihkan dan toskan
- 4 ulas bawang merah | kisar kasar
- 3 ulas bawang putih | kisarkasar
- 2.5cm halia | kisar kasar
- 2 sudu makan rempah kari
- 1 sudu makan serbuk cili
- Sedikit rempah penumis | kulit kayu manis, pelaga dan bunga lawang
- 2 sudu makan air asam jawa
- 150ml susu rendah lemak
- 1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Cuci bersih ketam kemudian toskan.
- Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bersama rempah penumis sehingga naik bau.
- Masukkan daun kari, biarkan seketika.
- Kemudian masukkan rempah kari bersama serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa, susu rendah lemak dan diikuti ketam. Terbalik-terbalikkan ketam sehingga masak.
- Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
- Angkat dan hidangkan.
KETAM KUKUS HALIA
BAHAN-BAHAN:
- 2 ekor ketam saiz XL
- 4cm halia muda | dihiris memanjang
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 4 ulas bawang putih | dititik
- 2 batang serai | dititik
- 1 batang seleri | dihiris menyerong
- 5 biji cili padi | dititik
- 1 sudu teh lada hitam | dikisar kasar
- 1 biji limau nipis | diambil jusnya sahaja
- Garam dan gula secukupnya
- Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ketam, kemudian letakkannya di dalam bekas untuk dikukus. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan hirisan dan titik.
- Tuangkan di atas ketam, kemudian tuangkan juga jus limau kasturi, taburkan garam dan gula secukupnya.
- Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 10 minit, angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang dan sup.
Resipi Masak Lemak Cili Api Udang Galah dan Lala, Dua-Dua Sedap!
Masak lemak cili api adalah sejenis lauk yang disukai bagi penggemar hidangan pedas. Lazimnya, masyarakat Negeri Sembilan. Lagi pedas, lagi menarik cita rasa.
Antara lauk yang sedap dijadikan masak lemak adalah udang galah dan lala. Jom kita lihat resipinya.
MASAK LEMAK CILI API UDANG GALAH
BAHAN-BAHAN
10 tangkai cili padi
2 biji bawang merah kecil
2 inci kunyit hidup
Garam secukup rasa
1 batang serai
Bunga kantan
2 cawan santan pekat
10 ekor udang galah
1 keping asam keping (jika suka)
CARA MEMBUAT
1. Dalam lesung batu, tumbuk cili padi, bawang merah kecil, kunyit hidup dan garam sehingga lumat. Setelah lumat, masukkan ke dalam periuk.
2. Ketuk serai menggunakan anak lesung. Masukkan dalam periuk.
3. Bunga kantan, dibelah empat. Masukkan ke dalam periuk.
4. Tuang santan ke dalam periuk. Kemudian hidupkan api. Masak sehingga mendidih.
5. Masukkan udang galah. Renehkan lagi sehingga udang galak masak sempurna.
6. Ada yang suka masukkan asam keping. Boleh masukkan jika suka rasanya sedikit masam.
Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Iedaa Jahaya
Terima kasih kerana berkongsi resipi dengan Rasa Share Resipi
MASAK LEMAK CILI API LALA
BAHAN-BAHAN
10 biji cili padi
2 ulas bawang merah kecil
2 inci kunyit hidup
Garam secukup rasa
1 keping asam keping
1 batang serai (ketuk)
1 cawan santan pekat
Bunga kantan (jika suka)
Sepiring lala
CARA MEMBUAT
1. Dalam lesung batu, tumbuk cili padi, bawang merah kecil, kunyit hidup dan garam sehingga lumat. Setelah lumat, masukkan ke dalam periuk.
2. Masukkan asam keping, serai dan santan. Hidupkan api.
3. Biarkan mendidih sedikit. Jika suka, boleh masukkan bunga kantan.
4. Masukkan lala. Biarkan mendidih sekali lagi. Tutup api.
Siap!
Sumber: Iedaa Jahaya
Terima kasih kerana berkongsi resipi dengan Rasa Share Resipi