Sotong di kedai mamak memang selalu membuka selera. Kalau makan tu boleh teringat-ingat. Nak cuba macam mana masak kari sotong style mamak? Jom RASA kongsikan resipinya.
Bahan Hiris
1 biji bawang besar hiris
2 ulas bawang putih hiris
Halia anggaran ibu jari dihiris
1 sudu kecil halba
Bahan:
1 peket kecil serbuk kari daging (bancuh dengan sedikit air panas jadikan seperti pes)
15 ekor sotong saiz sederhana (buang dakwat hitamnya, cuci bersih dan kelar jangan putus)
1 cawan air
2 biji kentang (potong 4)
Garam secukupnya
1 biji tomato
Cili merah dan cili hijau sebiji
Cara membuat
1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris bersama halba hingga garing dan wangi.
2. Masukkan serbuk kari kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan sotong dan biarkan 4-5 minit sambil kacau perlahan.
4. Masukkan air dan kentang. Air masukkan sikit dahulu sebab nanti air dari sotong akan keluar. Nampak sudah kering air baru, tambah air lagi.
5. Tambah garam dan biar sehingga kuah mendidih.
6. Setelah kentang lembut dan kuah nampak pekat, masukkan tomato, cili hijau dan merah. Biar lagi dalam 4 minit. Tutup api.
Resipi oleh Reen dari Telegram KakiMakan