Resipi Sotong Sumbat Ikan Mambung Masak Lemak Cili Api. Rasa Pedas, Berlemak & Inti Padat!

Share

Sotong penuh berisi ikan mambung hancur dengan kuah pedas cukup berlemak.

 

SOTONG SUMBAT IKAN MAMBUNG MASAK LEMAK CILI API

BAHAN SOTONG SUMBAT:

  • 6 ekor sotong
  • 4 ekor ikan mambung yg direbus (ambil isinya)
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah

 

BAHAN KUAH LEMAK:

  • 3 batang serai-dititik
  • 10 biji cili padi merah dan hijau-ditumbuk
  • Kunyit hidup 1 inci-ditumbuk
  • 1 keping asam keping
  • 4 helai Daun kunyit
  • 1 mangkuk pati santan
  • Garam
  • Gula

 

CARA MEMASAK:

1. Basuh sotong dan toskan.

 

2. Ikan mambung direbus selama 5 minit dan ambil isinya sahaja.

3. Tumbuk bersama bawang merah dan bawang putih

 

4. Isi ikan yang telah ditumbuk digaul bersama sedikit garam

5. Sumbat isi ikan kedalam sotong dan cucuk dengan pecungkil gigi supaya isinya tidak keluar.

 

6. Masak 10 minit sotoong dengan ambahkan sedikit air, serai dan bahan yang ditumbuk.

7. Masukkan gula dan garam secukup rasa, asam keping dan masukkan santan.

8. Kacau pada api perlahan. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang diracik halus.

 

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Boy Es Zu’echa 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

 

http://www.rasa.my/udang-masak-buttermilk-jadi-sedap-bila-cukup-lemak-masin-manis-pedas-hmmm-memang-licin-pinggan-nanti/

http://www.rasa.my/step-by-step-ikan-kerisi-masak-pindang-simple-pedas-menyengat/

 

Published by
Mastura Abu Kassim