Sotong sumbat isi ikan mambung, buat masak lemak cili api makan dengan nasi panas memang rasa dia sedap sangat. Jadikan lauk untuk makan siang atau malam tak perlu banyak-banyak lauk, ini sahaja dah boleh ‘tapau’ semua.
Bagi yang tengah cari idea nak masak lauk sotong, ini antara yang boleh anda buat. Sesuai juga kalau nak masak hujung minggu. Makan bersama keluarga tersayang mesti lagi sedap.
Nak tambah lauk lain seperti telur dadar atau telur masin pun boleh. Ulam timun dengan sambal belacan pelengkap hidangan. Terangkat habis!
Sotong Sumbat Isi Ikan Mambung Masak Lemak Cili Api
BAHAN SOTONG SUMBAT:
6 ekor sotong
4 ekor ikan mambung yg direbus (ambil isinya)
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
BAHAN KUAH LEMAK:
Ads
3 batang serai-dititik
10 biji cili padi merah dan hijau-ditumbuk
Kunyit hidup 1 inci-ditumbuk
1 keping asam keping
4 helai Daun kunyit
1 mangkuk pati santan
Garam
Gula
CARA MEMASAK:
1. Basuh sotong dan toskan.
2. Ikan mambung direbus selama 5 minit dan ambil isinya sahaja.
3. Tumbuk bersama bawang merah dan bawang putih
4. Isi ikan yang telah ditumbuk digaul bersama sedikit garam
5. Sumbat isi ikan kedalam sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi supaya isinya tidak keluar.
6. Masak 10 minit sotoong dengan ambahkan sedikit air, serai dan bahan yang ditumbuk.
7. Masukkan gula dan garam secukup rasa, asam keping dan masukkan santan.
Ads
8. Kacau pada api perlahan. Akhir sekali masukkan daun kunyit yang diracik halus.
Tengok serdak udang yang garing ni pun dah nampak sedap, apa lagi dapat makan udang yang panas-panas pedas. Kena dengan gu nasi putih memang terangkat. Apa kata, mak-mak yang nak ke pasar pagi ni boleh beli udang dan cuba menu Udang Goreng Pedas Daun Ketumbar ni….
UDANG GORENG PEDAS DAUN KETUMBAR
BAHAN-BAHAN:
250gm udang saiz XL | buang kulit
1/2 cawan tepung goreng ayam
1 sudu teh pati ayam
6 ulas bawang putih | cincang
2 biji cili merah | cincang
1 sudu makan chili flakes
1/2 cawan daun ketumbar | hiris halus
Sedikit daun bawang | hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK LANGKAH DEMI LANGKAH:
Panaskan minyak goreng udang hingga bertukar warna kemerahan. Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan cili merah dan Chilis Flakes, kacau rata hingga pecah minyak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Lengkapkan rasa dengan serbuk pati ayam.
Kecilkan api, masukkan udang yang telah digoreng bersama daun ketumbar dan daun bawang. Tutup api dan kacau rata.
Resipi ketupat sotong atau sotong sumbat dengan inti pulut ni memang banyak versinya. Sotong segar dengan pulut susu lemak manis, ish..ish sebut ramuannya pun dah kecur air liur.
Ni min kongsikan resepi perkongsian Sahira, resipi asal dari Citarasawan, ketupat sotong versi Kelantan.Ingat ya jangan sumbat ketat atau penuh sangat nanti pecah pulak sotong masa dah masak nanti. Bagikan ruang sedikit untuk pulut mengembang.
KETUPAT SOTONG GEBU VERSI KELANTAN
.
BAHAN-BAHAN (Saiz hidangan untuk 10 orang)
.
4kg sotong
1 kg pulut susu
8 kerek kecil gula melaka
3 helai daun pandan
Lidi pencungkil gigi, secukupnya
1kg santan cair
1kg santan pekat
Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA : 1) Siang sotong dan buang kulit dan mata. Lihat gambar contoh. Basuh dengan air garam dan toskan. 2) Basuh pulut susu dan toskan. 3) Siat kecik kecik daun pandan dan letak pada dasar periuk. Seperti dalam gambar. 4) Letak santan pekat dan garam secukupnya ke dalam pulut susu yang telah dibasuh dan gaul sebati. Rasa sedikit untuk pastikan cukup masinnya. 5) Masukkan pulut susu ke dalam sotong dan tinggal suku ruang bagi ruang pulut mengembang. Jangan terlalu ketat dan terlalu longgar kerana takut sotong pecah waktu masak nanti. 6) Sumbat kepala sotong pada bahagian atas dan cucuk lidi menyilang menikam kepala dan badan sotong. 7) Terus masukkan sotong yang disumbat pulut ke dalam periuk berisi daun pandan. 8) Setelah siap, letakkan periuk di atas dapur tanpa perlu nyalakan api. 9) Masukkan santan cair dan lebihan santan pekat ke dalam periuk berisi sotong. Campur setengah cawan air ke dalam santan. Tak perlu kacau. 10) Letak gula melaka ke dalam periuk tadi tanpa perlu pecahkan. 11) Buka api sederhana kecil dan tunggu sehingga gula melaka hancur dan santan sedikit pekat. 12) Setelah rasa manis okay dan santan sedikit pekat, boleh tutup api dan makan.
#SHARE bagi yang tak pernah merasa ketupat sotong gebu versi kelantan.
Tak tau nak masak apa hari ni, apa kata masak set Nasi Kunyit dengan lauk Daging Kerisik dan Udang Jintan. Senang nak masak dan sedap, sesuai sangat fimakan bila masa pun. Buat lebih boleh bagi kat jiran sebelah. Seronokkan mencuba pelbagai resipi sedap ni.
DAGING TUMIS KERISIK
.
BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang |hiris nipis, cuci dan tos
2 biji kentang | belah 4 dan goreng separuh masak
2 sudu makan kerisik
½ cawan kicap manis
1 sudu makan hirisan gula melaka
1 biji cili merah | hiris serong
1 sudu makan makan ketumbar biji | kisar kasar
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam biji
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 helai daun pandan
4 sudu makan minyak masak
BAHAN HIRISAN:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
2 cm lengkuas
2cm kunyit hidup
3 batang serai
CARA MEMASAK:
1. Daging dicamapur dengan semua bahan kecuali hirisan cili, hirisan bawang besar, bawang putih, kerisik dan kentang goreng separuh masak.
2. Gaul rata, kemudian perapkan sekurang-kurangnya 2-3 jam dalam peti sejuk.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga wangi.
4. Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi, masak hingga daging kecut.
5. Masukkan sedikit air, kerisik, hirisan kentang dan cili merah.
6. Sesuaikan rasa dengan menambah sedikit garam dan gula, ikut keperluan.
7. Setelah daging empuk dan cukup rasa, tutup api. Daging Goreng Kerisik sedia dihidangkan.
UDANG MASAK JINTAN
.
BAHAN-BAHAN:
1kg udang
3 biji bawang besar | hiris
2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
4 sudu makan rempah kari ikan
2 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu makan jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
6 sudu makan minyak masak
6 – 7 sudu besar minyak masak
2 sudu besar jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3cm halia
6 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan udang, buang sesungut dan muncung tajam tanpa membuang kepalanya.
2. Gaulkan udang dengan serbuk kunyit, serbuk cili dan satu sudu makan bahan kisar dan jus limau nipis. Perap selama 20-30 minit.
3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar yang dihiris.
4. Setelah wangi, masukkan lebihan bahan kisar tadi.
5. Seterusnya masukkan pula campuran rempah kari, jintan manis dan putih yang telah dicampur dan dikacau menjadi pes.
6. Apabila pes telah pecah minyak, masukkan udang, kemudian tambahkan satu cawan air untuk kuah.
7. Kemduian masukkan daun kari, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
8. Biarkan seketika di atas api sehingga kuah sedikit likat tetapi tidak terlalu pekat.
9. Tutup api dan udang siap untuk dihidangkan.
NASI UDANG KUNYIT
.
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi | rendam setengah jam dan tos
250gm udang | bersihkan
1/2 cawan susu cair
3 cawan air
1 ketul perasa ayam
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan
1/2 sudu makan serbuk kunyit
3 sudu makan mentega
2 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
3cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
BAHAN HIRISAN:
1 biji bawang besar | hiris kasar
4 biji bawang putih | belah dua
3cm halia | hiris
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan mentega dalam periuk, tumiskan daun pandan.
Masukkan pula bahan hirisan, kacau hingg layu baru masukkan rempah penumis.
Setelah wangi, masukkan udang dan gaul rata.
Apabila udang bertukar warna kemerahan, masukkan beras, gaul rata.
Setelah beras berubah warna masukkan serbuk kunyit, air, susu cair, perasa ayam dan garam secukup rasa.
Tutup periuk, kecilkan api dan biarkan mereneh.
Setelah kuah kering kecilkan api dan biarkan nasi masak lebih kurang 10 minit.
Setelah masak, nasi boleh dihidangkan.
ANDA SEDANG MENCARI PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG BARU, JOM LAYARI DI SINI, BELI ONLINE AJE.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.