Spageti aglio olio boleh dijadikan pilihan untuk hidangan ketika mengadakan rumah terbuka. Ia boleh dimasak dalam kuantiti banyak dalam satu masa. Jimat masa dan tenaga kan?
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Nafsiah Rahim ini ye. Tiap orang ada cara tersendiri masak. Ini cara puan Nafsiah. Cubalah.
1) Mula-mula, rebuskan spageti bersama sesudu minyak masak. Rebus selama 7-8 minit dan tapiskan. Simpan sikit air rebusan tu untuk digunakan kemudian.
.2) Dalam kuali yang yang lain, masukkan minyak masak dan tumis bawang putih yang telah dihiris. Agak dah naik bau, baru saya letak cili kering yang telah dipotong. Saya letak lambat sikit takut hangit.
Ads
.3) Kemudian,masukkan udang, sotong dan sosej. Masak selama 1 minit. Lepas tu masukkan pula sedikit air rebusan spageti tadi.
.4) Seterusnya, masukkan serbuk cili flakes, serbuk lada hitam, serbuk oregano, keju dan kiub ayam. Masak seketika.
.5) Lepas tu bolehlah masukkan spageti, tomato ceri dan lada benggala. Gaul sehingga rata.
Okay dah siappp!! Bagi yang sukakan pedas, boleh ejas lebih sikit chili flakes dengan lada hitam tu.
Mee Celup Thai, Rasa Macam Makan Kat Kedai. Tak Nak Makan Nasi Boleh Buat Menu Ni. jadi menu makan malam bersama keluarga pun sesuai juga. sedap dan mengenyangkan.
Biasa bila kita makan di restoran Thai, makan Mee CelupThai sangatlah sedap rasanya. Hidangan mee celup, bihun celup dan maggi celup cukup popular di Pantai Timur dan menggunakan kuah yang sama. Kuah Mee Celup Thai biasanya berwarna gelap dan pekat menjadikan ia cukup sempurna untuk dinikmati. Ayuh kita buat Mee Celup Thai mengikut resipi mengikut resipi yang dikongsikan oleh Faziela Lala
RESIPI MEE CELUP THAI
BAHAN UNTUK KUAH:
Tulang/daging/ayam 1 paket rempah sup Thai (pek oren) – beli online Bawang putih *diketuk – beli online Serai *diketuk Akar ketumbar Daun ketumbar *diblender Halia – beli online Lengkuas – beli online Kicap sotong/ sos ikan – beli online Kicap Mountain Thai Serbuk perasa
CARA MEMBUAT:
1. Tumis bawang putih, akar daun ketumbar, serai, halia, lengkuas dan 1 paket rempah sup thai sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daun ketumbar yang telah diblender untuk menaikkan lagi aroma kuah, kicap sotong dan kicap Mountain Thai.
3. Tambahkan air berserta daging/ayam, garam dan serbuk perasa. Rebus sehingga daging empuk. Bila daging sudah empuk, keluarkan dan hiris nipis-nipis.
Lada jeruk Limau nipis Bawang goreng Bawang putih goreng Kacang tumbuk Serbuk lada sulah Minyak cili
*Bahan penambah rasa boleh juga beli yang sudah siap.
CARA HIDANG:
Masukkan bahan celur dan bahan penambah rasa. Tuangkan sup. Susun juga hirisan daging di atasnya. Boleh juga letak telur separuh goreng separuh masak jika suka.
Mee Champa ni sebenarnya masakan dari kemboja. Haa, siapa belum pernah makan Mee Champa? Jom kita cuba buat menggunakan resepi ni. Confirm puas hati!
Resepi Mee Champa
BAHAN KUAH
1 1/2 – 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dibuat bone broth (air/sup tulang)
3 liter air
4 biji bawang holand* potong 4
3 biji bawang besar * potong 4
2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
Seekor sotong kering sebesar tapak tangan* (jika ada)
Daun ketumbar seikat
Daun bawang
2 batang kulit kayu manis*
4 biji bunga lawang*
1/2 cawan sos ikan
Gula
Garam
Perasa jika suka
Serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
3 kiub stok perisa daging
Cara Penyediaan
Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth.
Caranya didihkan air rebusan dahulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam. Kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran. Kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali. Selepas 30 minit mendidih, lihat jika air rebusan ada buih-buih atau keruh, buang lagi airnya.Kemudian masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi. Kali ini rebus sehingga daging empuk. Keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam.
Sementara daging empuk, boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering, kayu manis dan cengkih.
Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan-bahan yang dibakar tadi. Masukkan sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. Rebuslah dengan api perlahan.
Tips: Tapis kuah supaya bahan-bahan atau rempah tidak masuk ke mangkuk mee.
SAMBAL LADA
Bahan-Bahan
4 biji lada merah (besar)*
20-30 biji cili api*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar cuka
Sedikit garam
Cara Penyediaan
Rebus sehingga layu bahan-bahan bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. Siap!
MINYAK BAWANG PUTIH
3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
1 cawan minyak jagung
Cara Penyediaan
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api.
Aksesori Lain
Kuey teow, mihun,mee champa
Daun ketumbar, daun sup, daun bawang
Limau nipis
Hirisan daging
Minyak bawang putih
Lobak asin yang dipotong halus
Sambal lada
Tauge
Kicap
Serbuk lada sulah/lada hitam
Gula (tambahan jika suka manis)
Sos ikan jika perlu
Boleh la letak kicap, perah asam limau,sambal lada, minyak bawang putih, serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis. Bahan tambahan ni la penyedap mee sup taw!
Terasa nak makan mi? Sajian mi kicap ni paling cepat buat. Kalau nak makan di kedai, agak susah nak jumpa restoran yang jual mi kicap yang kena dengan selera. Jadi, bolehlah cuba masak sendiri. Resipi ni hanya perlukan masa 15 minit je untuk masak. Bila buat sendiri ni, rasanya tentunya lebih sedap, kebersihan terjaga dan paling penting adalah hasil air tangan sendiri. Malah pengguaan minyak bawang putih menaikkan lagi aroma hidangan ini. Barulah suami dan anak-anak makin sayang.
RESIPI MI KICAP PALING MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 keping mi wantan ] rebus
250ml air
1 paket serbuk perencah sup ayam
BAHAN A (UNTUK MINYAK BAWANG PUTIH):
3 biji bawang putih ] racik halus
Minyak masak secukupnya
BAHAN B (UNTUK SOS KICAP):
3 biji bawang putih ] racik halus
20ml minyak masak
1cm halia ]tumbuk
50ml kicap manis
50ml sos tiram
50ml kicap pekat
50ml cili sos
1 kiub pati bilis/ayam
5gm lada sulah
Garam dan gula jika perlu
CARA MEMASAK:
1. Untuk membuat mi kicap; Celur pak choy hingga lembut. Angkat dan ketepikan.
2. Letak mi wantan yang telah direbus terlebih dahulu ke dalam kuali atau mangkuk besar dan tuang sedikit minyak bawang putih. Untuk membuat minyak bawang putih: Panaskan minyak dalam kuali sebanyak yang anda mahu. Apabila cukup panas, tumis bawang putih kekuningan dan terbit wangi. Tutup api dan angkat. Ketepikan.
3. Tuangkan pula sos kicap. Untuk membuat sos kicap: Masukkan bawang putih dan halia, tumis hingga naik bau dan masukkan semua kicap, sos tiram dan cili sos dan sedikit air dan kicap pekat. Biar ia mendidih dan masukkan pati ikan bilis atau pati ayam. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu. Biar mendidih hingga kuah pekat. Biar sejuk. Ketepikan.
4. Masukkan sedikit perasa ayam . Gaul sebati.
5. Angkat dan hias dengan pak choy, ayam goreng, hirisan cili merah dan parsli. Sedia dinikmati.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!