Spageti Aglio Olio Rasa Melayu Yang Sempoi, 15 Minit Siap !

Share

Teringin nak makan spageti tapi nak ikut tekak Melayu. Nah, ini  dikongsikan resipi yang admin buat sendiri tau. Mudah sangat ye, boleh cuba tak sampai 15 minit siap dan tak perlu nak macam-macam bahan.   Guna je sayur mayor yang ada dalam peti sejuk,  tumis dan kacau gaul dah siap…

Nyam-nyam sedap boleh  jadi hidangan sarapann esok ye.

SPAGETI AGLIO OLIO ALA MELAYU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket spageti  | rebus dan tos
  • 1 keping dada ayam | hiris kecil
  • 6 biji cendawan shitake | hiris
  • 4 batang kacang panjang | hiris halus
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • 1 biji bawang Holland | potong dadu halus
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 10 biji cili padi | hiris halus
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk pati ayam
  • 1 sudu teh serbuk oregano | jika suka
  • Garam, gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK STEP BY STEP:

Step1: Panaskan minyak tumis bawang merah, bawang putih dan hirisan cili hingga wangi.

Step 2: Masukkan hirisan cendawan dan kacang panjang, kacau rata.

Step 3: Seterusnya masukkan spageti, kacau rata dan masukkan pula tomato.

Step 4: Perasakan dengan garam, gula dan serbuk pati ayam, kacau lagi.

Step 5: Tambahkan pula dengan serbuk lada hitam dan serbuk oregano.

Step 6: Kacau rata. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

 

 

 

 

 

Published by
Norasida Myasin