
Biasanya untuk hidangan malam, ramai yang suka sajian yang tidak terlalu berat. Antara hidangan yang boleh dinikmati adalah seperti menu berasaskan mi, bihun, spageti dan sebagainya. Nak masak pun senang dan tak renyah.
SPAGETI BOLOGNESE TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
- 300gm spageti | rebus dan toskan
- 20 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
- 3 sudu makan minyak zaitun
- 100gm daging kisar
- 1 biji buah tomato | dadu halus
- 150gm sos bolognese segera
- 1 sudu besar pes cili
- 1 sudu makan sos tomato
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh serbuk oregano
- Garam dan gula secukup rasa
- 5 ulas bawang putih | cincang halus
- 1/2 biji bawang besar | dadu halus
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
- Seterusnya masukkan pes cili dan terus kacau.
- Setelah pecah minyak masukkan daging kisar, kacau hingga daging bertukar warna.
- Masukkan sos bolognese, sos cili dan sos tomato, kacau rata.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kemudian masukkan tomato yang telah didadu halus, serbuk lada hitama dan oregano.
- Akhir sekali masukkan telur puyuh.
- Kacau seketika dan tutup api.
- Spageti sedia dihidangkan bersama sos bolognese telur puyuh.
INFO CHEF: Anda boleh hidangkan kuah berasingan dengan spageti atau boleh gaulkan sekali dengan kuah sebelum dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mama Shida Kongsi Resipi Mi Wantan, Gerenti Sedap Berbaloi DiCuba

Kalau korang dah follow live Dapur Rasa Bersama Mama Shida di FB Rasa setiap rabu jam 12 tenghari, mesti dah tahu kehandalan memasaknya di dapur dengan dibantu puterinya.
Tiap-tiap minggu pelbagai cara memasak step by step disiarkan live dari rumah Mama Shida atau nama sebenarnya Norasida Yasin. Kali ini Mama Shida buat Mi Wantan pulak.

Confirm sedap yang boleh korang cuba. Ni resipi dari air tangan wanita ni yang hebat memasak. Jom semak resipinya yang dikongsikan dalam FB Shida Yasin. Jangan lupa baca bismillah dan selawat masa memasak, lagi berkat dan bertambah kelazatannya.
MI WANTAN

BAHAN-BAHAN:
BAHAN MI:
1 paket mi wantan
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan minyak bijan
4-5 sudu makan kicap manis
1 sudu makan cukup rasa
1 sudu makan serbuk lada sulah
3 sudu makan minyak bawang putih
BAHAN WANTAN:
1 paket kulit wantan segera
1/2 isi dada ayam
10 ekor udang
1/2 batang lobak merah – parut
3 biji cendawan shitake – cincang
1 pokok daun bawang
1 pokok daun ketubar
1 biji cili merah
3 sudu makan tepung ubi
1 sudu makan perasa ayam
1 sudu makan lada sulah
1 susu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan sos ikan
Garam jika perlu
BAHAN SUP:
1 liter air stok ayam
3 hirisan halia – titik
4 ulas bawang putih – titik
Garam dan perasa ayam secukupnya
Hirisan daun bawang & daun ketumbar
BAHAN LAIN:
Secekak sawi hijau – celur
Isi ayam yang direbus – carik2
Sambal kicap atau cili potong
CARA MASAK:
1. Sediakan wantan dahulu, semua bahan inti wantan dimasukkan ke dalam pengisar kecuali tebung ubi. Kisar hingga hancur.
2. Keluarkan ke dlm mangkuk, masukkan tepung ubi gaul rata, jika kurang masin tambah garam. Jika cukup, abaikan.
2. Ambil kulit wantan letakkan intinya di tengah kemudian kemaskan seperti bentuk wantan dlm gambar.
3. Lakukan hingga selesai.
4. Panaskan minyak goreng hingga keperangan. Angkat dan tos.
5. Sediakan sup pula. Renehkan stok ayam bersama bawang putih dan halia. Setelah mereneh perasakan dgn garam dan perasa ayam secukup rasa. Tutup api, ketepikan.

6. Untuk menyediakan mi, renehkan air dlm periuk, setelah mendidih, masukkan mi. Gaul rata 2-3 minit. Toskan.
7. Bilas di bawah air mengalir. Akhir sekali bilas dgn air panas.
8. Campurkan semua bahan sos serta minyak bawang putih.
9. Kemudian perasakan dgn serbuk lada sulah dan cukup rasa. Kalau nak lebih gelap boleh tabah kicap manis.
10. Cara hidang: masukkn mi dlm pinggang melengkung, hias di kelilingnya dgn sawi yg tlh dicelur, wantan, isi ayam yg dicarik.

11. Hidangkannya dgn sup dan sambal kicap.
Kredit foto & Resipi : FB Shida Yasin
ANDA MUNGKIN SUKA JUGA RESIPI INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Koleksi Resipi Aneka Pasta Lazat Yang Pasti Tambat Selera Sekeluarga.

Ahli keluarga anda gemarkan hidangan barat terutama pasta? Tapi pasti bosan juga jika asyik masak resipi yang sama. Apa kata anda cuba aneka resipi pasta baru yang RASA kongsikan ni. Pasti berselera!
1. SEAFOOD PASTA

BAHAN-BAHAN:
- 300gm pasta penne
- 5-6 ekor kepah
- 5-6 ekor udang
- 3 ulas bawang putih cincang halus
- 4 sudu makan pes tomato
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 2 sudu makan cincangan daun parsli
- Garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Didihkan air yang banyak di dalam kuali dengan sedikit garam. Celur pasta selama 8-10 minit dan toskan. Simpan di tempat yang suam. Ketepikan.
- Panaskan minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan kepah, udang dan pes tomato. Didihkan selama 6-8 minit.
- Tambah garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
- Masukkan pasta rebus dan cincangan daun parsli. Gaul sebati dan hidangkan segera.
INFO CHEF: Boleh tambah/guna seafood mengikut bajet anda.
2. PESTO PASTA

BAHAN-BAHAN:
- 1 paket pasta panjang – spageti/tagliatelle/linguine/fettucine
- 2 cawan cincangan daun basil segar
- ½ cawan keju parmesan/romano | parut halus
- ½ cawan minyak zaitun
- ¼ cawan kacang pain |panggang
- 5 ulas bawang putih
- Garam dan lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan air yang banyak di dalam periuk. Rebus pasta mengikut arahan pada bungkusan dan toskan. Ketepikan.
- Untuk membuat sos pesto; Satukan semua bahan kecuali keju, garam dan lada hitam di dalam mesin pengisar.
- Kisar sehingga semua bahan lumat.
- Tambah garam dan lada hitam secukup rasa.
- Tuangkan sos pesto dan parutan keju ke atas pasta rebus dan gaul sebati. Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka, boleh tambah lebih keju.
3. PEPPERONI PASTA

BAHAN-BAHAN:
- 400gm pasta pendek pelbagai warna
- 600gm tomato dalam tin
- 220gm pepperoni
- 1 biji cili benggala merah |cincang dadu
- 1 biji bawang besar | cincang dadu
- 2 sudu makan cincang daun parsli
- 1 sudu makan pes tomato
- 1 sudu teh paprika
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak zaitun secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan dua sudu makan minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang besar hingga wangi selama 5 minit dengan api yang sederhana.
- Masukkan pula cincangan cili benggala, tomato dan pes tomato. Tambah paprika. Kacau sekata. dan didihkan beberapa minit.
- Masukkan pepperonidan sedikit daun parsli. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Didihkan selama 5 minit lagi.
- Sementara itu, didihkan air yang banyak di dalam periuk bersama sedikit garam. Celur pasta pelbagai warna selama 8-10 minit dan toskan. Tuang ke dalam pinggan hidang.
- Tuang sos ke atas pasta dan tabur lebihan daun parsli cincang. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Jika mahu lebih pedas, boleh tambah lebih serbuk paprika.
4. LINGUINE ALLA PUTTANESCA

BAHAN-BAHAN:
- 300gm linguine
- 400gm plum tomatoes
- 10 ekor anchovy fillets (dalam tin)
- 3 ulas bawang putih |cincang halus
- 3 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu makan capers | toskan
- ¾ cawan buah zaitun | cincang kasar
- Secubit serbuk cayenne
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Cincangan daun parsli secukupnya
CARA MEMASAK:
- Didihkan air yang banyak di dalam periuk bersama sedikit garam. Rebus linguineselama 8-10 minit dan toskan. Simpan di tempat suam. Ketepikan.
- Tomato dicelur, buang kulit dan cincang. Ketepikan.
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan cincangan bawang putih dan tumis hingga wangi.
- Masukkan fillet anchoviesdan hancurkan sedikit. Tambah capers, buah zaitun dan cincangan tomato. Tambah serbuk cayenne dan didihkan selama 20 minit.
- Gaul sos tadi bersama linguinerebus dan tabur cincangan daun parsli. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Capers adalah buah daripada tumbuhan berasal dari Mediteranian. Bentuknya kuncup kecil dengan warna kehijauan. Biji ini memiliki kelopak yang lembut. Biasanya diawetkan dengan diberikan garam dan dimasukkan dalam larutan cuka.
5. CREAMY RAVIOLI

BAHAN-BAHAN:
- 400gm doh pasta segera |nyah bekukan
- 120gm dada ayam | cincang halus
- 120gm hirisan cendawan
- 50gm cincangan bayam muda
- 1 labu bawang besar | cincang halus
- 3 ulas bawang putih |cincang halus
- 6 sudu makan parutan keju romano
- 2 sudu makan cincangan daun basil segar
- 1 cawan krim masakan
- 2 biji telur | pukul dengan garpu
- Secubit serbuk buah pala
- Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti; Satukan ayam, separuh daripada bayam, bawang besar di dalam mesin pengisar hingga hancur. Tuang ke dalam mangkuk. Ketepikan.
- Tambahkan separuh daripada keju, sebiji telur dan serbuk buah pala. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati.
- Doh pasta yang lebar dipotong dua. Sendukkan sesudu teh inti ayam tadi dan letakkan berjarak di atas dos pasta hingga menjadi 10-15 ketul. Ambil sekeping lagi doh pasta dan tutup ke atas doh yang berinti tadi. Potong setiap bahagian yang berinti menggunakan pemotong bergerigi dan membentuk ravioli segi empat sama bersaiz 4-5cm. Beruskan sebiji lagi telur ke bahagian tepi ravioli bagi mengelakkannya terbuka.
- Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air dalam kuantiti yang banyak lalu celur ravioli selama 5 minit dan toskan. Letak ravioli ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
- Di dalam kuali leper, panaskan krim masakan selama seminit. Tambah cincangan bawang putih, hirisan cendawan, lebihan daun bayam dan lebihan keju lalu didihkan seminit lagi. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Tuang kuah krim ke atas ravioli dan hias dengan cincangan daun basil dan parutan keju. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Hidangan yang mengenyangkan.
6. CHICKEN TORTELINNI

BAHAN-BAHAN:
- 450gm doh pasta segera |nyah bekukan
- 120gm dada ayam |cincang dan celur hingga empuk
- 1 labu bawang Bombay | cincang halus
- 2 sudu makan cincangan daun parsli
- 50gm bayam muda
- 2 sudu makan parutan keju parmesan
- 1 biji telur |pukul dengan garfu
- Secubit ‘allspice’
- Garam dan lada sulah secukup rasa
BAHAN-BAHAN SOS:
- 1 ½ cawan krim masakan
- 120gm cendawan butang | hiris nipis
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 4 sudu makan parutan keju parmesan
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Cincangan daun parsli |untuk hiasan
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti; Di dalam mesin pengisar, satukan ayam, bayam dan bawang lalu kisar halus dan sebati.
- Tuang ke dalam mangkuk. Tambah allspice, parutan keju, telur, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati. Ketepikan.
- Potong doh pasta kepada 4-5 cm dalam bentuk bulat. Sudukan inti tadi ke dalam doh pasta dan lipat dua (seperti membuat karipap). Kemudian temukan kedua-dua hujung doh dan pintal sedikit agar tidak terbuka untuk membentuk tortellini. Ketepikan.
- Sementara itu, di dalam periuk, panaskan air yang banyak dengan sedikit garam. Celur tortellini selama 5 minit dan toskan. Letakkan tortellini ke dalam pinggan menghidang. Ketepikan.
- Untuk membuat sos; panaskan krim masakan di dalam kuali selama tiga minit. Tambah hirisan cendawan, separuh parutan keju lalu perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Tutup api dan tuang sos ke atas tortellini. Tabur lebihan keju dan hias dengan cincangan daun parsli. Hidangkan segera.
INFO CHEF: Pastikan ketika anda membentuk tortellini, lipatannya tidak terbuka untuk menggelakkan isinya terkeluar.
Ibu Mertua Kongsi Resipi Bihun Goreng Singapore Yang Sedap

Korang suka makan bihun goreng Singapore? Mudah sangat nak membuatnya kalau korang yang pertama kali membuatnya pun pasti menjadi. Buat untuk buka nanti gerenti lah ramai suka. Rahsia nak bagi sedap, adalah udang kering. Sila cuba okey.Sebab senang sangattt! Makan dengan sambal kicap tau. Adoi menambah-nambah jadinya.

BIHUN GORENG SINGAPORE
Bahan-bahan:
3-4 biji bawang merah
5-6 biji bawang putih
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu makan udang kering
2 inci halia

bahan-bahan.


Cara memasak:
1.Blender lumat bahan yang tadi.
2.Kopek kulit udang.
3.Rendam bihun hingga lembut(400gm)
4.Kucai dipotong dalam 4cm (rm1)
5.Kalau dah siap kisar.
6.Tumis dengan minyak sehingga jadi keemasan/brown
7.Perasakan. Gula,garam dan serbuk perasa.
8.Masukkan udang
9.masukkan bihun yang dah ditoskan.
10.Masukkan kucai dan serikan dengan cili merah.
Kredit : Habeebah Md Daud
Resipi Mi Jawa Dengan Ramuan Kuah Yang Enak Memang Tidak Cukup Sepinggan
Nak Niaga Makanan? Ini 10 Menu Sedap Yang Anda Boleh Ambil Tempahan & Jual Secara COD

