Sebut sahaja Spageti Carbonara, tentunya anak-anak paling suka. Rasanya yang tidak pedas memang memancing selera anak-anak. Cara penyediaannya juga mudah menggunakan sos sedia ada, namun buat sendiri lebih jimat dan mengikut cita rasa yang tersendiri.
Kita boleh buat sendiri Spageti Carbonara tanpa menggunakan sos segera dalam botol atau tin. Ikuti sahaja resipi perkongsian daripada Nurul Husna Mohamed Daud ini. Menurutnya, dia memperoleh resipi ini daripada kekandanya. Menu ini juga sering menjadi rebutan anak-anaknya. Jom kita buat.
Rebus spageti terlebih dahulu, sampai lembut dan letak minyak masak 2 sudu besar untuk elakkan spageti melekat ketika sejuk.
Panaskan majerin dan minyak. Ttumis bawang hingga masak dan naik bau. Biarkan sedikit garing.
Tumis bawang hingga masak dan naik bau. Biarkan sedikit garing.
Kemudian, masukkan tepung gandum.
Ads
Kacau lagi dan masukkan lada hitam serta daging.
Kacau lagi sampai naik minyak. Setelah itu, masukkan pula cendawan dan sosej. Kalau tak nak letak pun tak apa. Tapi memang sedap.
Sedia untuk masukkan susu.
Susu dah naik wap dan nak menggelegak, masukkan cheese dan perasakan dengan gula, garam serta perasa Cukup Rasa.
Akhir sekali, kalau ada herba kering boleh masukkan sekali. Lagi umph rasanya. Parsley atau oregano, atau nak letak kedua-duanya pun boleh. Sedap.
Ads
Apabila kuah sejuk, akan jadi lebih pekat sebab ada tepung gandum dan cheese. Jangan bimbang kalau dah masak nampak cair. Tunggu sejuk sedikit, santap lah bersama keluarga tersayang.
Sempena cuti sekolah ni , dikongsi cara buat mi ayam , menu asli cina yang ringkas tapi cukup menyelerakan dan pasti disukai anak-anak. Rasanya tidak pedas dan sesuai juga buat yang sedang diet. Untuk rasa yang pedas, boleh tambah hirisan cili padi.
MI AYAM CINA
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam
2 biji bawang besar Holland ] dihiris bulat
4 sudu makan minyak masak
4 ulas bawang putih ] dikisar
4 biji bawang merah ] dikisar
1cm halia ] dikisar
1cm lengkuas ] dikisar
1 sudu teh biji ketumbar ] dikisar
2 batang serai ] ketuk
4 helai daun limau purut
1 paket An’Nur Mee Wantan Sup ] dicelur hingga lembut
2 paket An’Nur Perencah Sup
Sedikit Pak Choy ] dicelur
1 biji telur ] direbus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan air dan rebus ayam sehingga masak. Asingkan air rebusan untuk dijadikan kuah sup.
Panaskan minyak dan tumis bawang Holland sehingga layu. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar.
Masukkan serai dan daun limau purut. Tumis sehingga naik bau dan pecah minyak.
Tambahkan sedikit air, ayam dan perencah sup An’Nur. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukup rasa. Biarkan mendidih dan angkat.
Tuangkan kuah sup ke dalam mangkuk berisi mi wantan. Letakkan isi ayam, pak choy dan telur rebus.
Hidangan yang berasal dari Indonesia ini memang sedap. Mi yang dinikmati bersama bebola daging, sup dan juga bahan sampingan lain ini ternyata perlu anda cuba. cara pembuatannya juga tidak susah.
BAKSO MUDAH
BAHAN-BAHAN:
500 gm mi kuning | dicelur seketika
500gm daging kisar
3 biji telur
150gm bawang merah | dikisar
100gm bawang putih | dikisar
50gm serbuk jintan manis | dikisar
30gm serbuk jintan putih | dikisar
20gm serbuk ketumbar | dikisar
5gm kulit kayu manis
5gm bunga lawang
5gm bunga cengkih
1.5 liter air
1 sudu makan garam
1 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
Untuk membuat bakso, campurkan bahan kisar bersama daging hancur, telur, bawang merah serta bawang putih rata. Gaul hingga sebati dan kepalkan menjadi bentuk bebola. Ketepikan.
Untuk sup, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang merah, jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar serta kulit kayu manis, bunga lawang dan juga bunga cengkih.
Masukkan air dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan bebola daging yang telah dibuat tadi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Biarkan mendidih dan pastikan bakso telah masak.
Untuk anda yang sedang berdiet dan tidak ada selera makan, jom cuba menu Thai yang sihat dan sedap ni iaitu Bihun Celup dan Nasi Air. Sudahlah sedap senang pulak nak masak. Sangat sesuai untuk hidangan makanan malam sekeluarga
BIHUN CELUP THAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang lembu yang berdaging
4 ulas bawang putih – dimayang
4 ulas bawang merah – dimayang
1 inci halia – dimayang
1 batang serai
2 pokok ketumba
r | ambil bahagian akarnya
Sos ikan ikan
Gula kabung
Garam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH PENUMIS:
4 kuntum bunga cengkih
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
BAHAN ISIAN:
Bihun | rendam dan celur
Hirisan ayam yang telah direbus
Bawang putih goreng bersama minyak chili flakes
Daun ketumbar
Kacang tumbuk
Taugeh | dicelur
Kangkung | dicelur
Limau nipis
CARA MEMASAK:
Rebus tulang hingga empuk, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, bahan rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau.
Kemudian masukkan tulang yang telah direbus bersama-sama air rebusan. Tambahkan air secukupnya.
Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan sos ikan, gula kabung dan juga garam.
Matikan api.
Untuk menyediakannya, masukkan bihun ke dalam mangkuk.
Diikuti semua bahan sampingan yang lain dan tuangkan kuah sup.
Bihun Celup sedia dihidangkan.
INFO CHEF:
Bihun Sup Thai berbeza daripada bihun sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan.
NASI AIR THAI
BAHAN-BAHAN:
1 cawan air rebusan tulang/daging
3 hirisan halia | titik
2 ulas bawang putih | titik
1 batang serai | titik
Sedikit garam
BAHAN-BAHAN SUP:
5 cawan air rebusan tulang
4 hiris halia | titik
2 ulas bawang putih | mayang halus
3 ulas bawang merah | mayang halus
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Sup bunjut
Garam dan perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN TAMBAHAN
6 ekor udang | dicelur
2 ekor sotong | dicelur
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawnag
Bawang goreng
CARA MEMASAK:
Rebus tulang bersama daging hingga empuk (air ini digunakan untuk sup dan juga memasak nasi).
Untuk menyediakan nasi, basuh beras hingga bersih. Masukkan halia, bawang putih, serai dan sedikit garam di dalam periuk beras.
Masukkan pula air rebusan tulang dan daging. Pastikan air lebih sedikit dari masak nasi biasa supaya nasi lembik.
Cara penyediaan sup. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
Masukkan air rebusan tulang/daging bersama sup bunjut
Akhir sekali masuk garam dan perasa secukup rasa.
Cara menghidangkannya, sendukkan nasi ke dalam mangkuk.
Letakkan di atasnya udang dan sotong yang telah dicelur serta hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Tuangkan sup dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:
Anda yang alahan makanan laut, boleh tukar dengan ikan bilis dan daging goreng.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!