Spageti Carbonara Tanpa Sos Segera, Menu Rebutan Anak-Anak

Share

Sebut sahaja Spageti Carbonara, tentunya anak-anak paling suka. Rasanya yang tidak pedas memang memancing selera anak-anak. Cara penyediaannya juga mudah menggunakan sos sedia ada, namun buat sendiri lebih jimat dan mengikut cita rasa yang tersendiri.

Kita boleh buat sendiri Spageti Carbonara tanpa menggunakan sos segera dalam botol atau tin. Ikuti sahaja resipi perkongsian daripada Nurul Husna Mohamed Daud ini. Menurutnya, dia memperoleh resipi ini daripada kekandanya. Menu ini juga sering menjadi rebutan anak-anaknya. Jom kita buat.

SPAGETI CARBONARA

BAHAN-BAHAN:

1 paket spageti – Boleh beli online di sini

2 ½ tin susu sejat atau susu kotak (Kalau nak guna 2 tin susu, ½ lagi air pun boleh. Lebih jimat)

Marjerin + minyak (untuk menumis)

Daging cincang

Bawang merah (didadu)

1 sudu besar tepung gandum

Cendawan dan sosej – Boleh beli online di sini

3 keping cheese slice

Lada hitam (dikisar atau tumbuk) – Boleh beli online di sini

Perasa Maggi Cukup Rasa 

Garam dan gula

Parsley dan oregano (Kalau tiada, tak letak pun tak apa) – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Rebus spageti terlebih dahulu, sampai lembut dan letak minyak masak 2 sudu besar untuk elakkan spageti melekat ketika sejuk.

Panaskan majerin dan minyak. Ttumis bawang hingga masak dan naik bau. Biarkan sedikit garing.

Tumis bawang hingga masak dan naik bau. Biarkan sedikit garing.

Kemudian, masukkan tepung gandum. 

Kacau lagi dan masukkan lada hitam serta daging. 

Kacau lagi sampai naik minyak. Setelah itu, masukkan pula cendawan dan sosej. Kalau tak nak letak pun tak apa. Tapi memang sedap.

Sedia untuk masukkan susu. 

Susu dah naik wap dan nak menggelegak, masukkan cheese dan perasakan dengan gula, garam serta perasa Cukup Rasa.

Akhir sekali, kalau ada herba kering boleh masukkan sekali.  Lagi umph rasanya. Parsley atau oregano, atau nak letak kedua-duanya pun boleh. Sedap.

Apabila kuah sejuk, akan jadi lebih pekat sebab ada tepung gandum dan cheese. Jangan bimbang kalau dah masak nampak cair. Tunggu sejuk sedikit, santap lah bersama keluarga tersayang.

Selamat menjamu selera.

Kredit: Nurul Husna Mohamed Daud

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN