Panaskan air letak garam. Bial air dah menggelegak, masukkan spageti. Rebus hingga masak. Angkat dan toskan. Ambil sedikit air rebusan spageti untuk kuah nanti.
Untuk buat sambal sardin, panaskan minyak dalam kuali. goreng buah tomato, Cili Padi, Ikan Bilis dan bawang untuk sambal. Goreng hingga layu tapi minyak jangan terlalu banyak ye.
Setelah itu, kisar bahan yang digoreng tadi. Ketepikan.
Asingkan ikan sardin dengan kuahnya. Panaskan minyak dan masukkan ikan sardin, hancur-hancurkan ikan itu.
Ads
Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Gaul sekata.
Masukkan pula tomato puri kalau suka. Setelah itu, masukkan kuah sardin dan sedikit air rebusan spageti tadi. Gaul sekata.
Setelah itu, masukkan bawang holland dan capsicum. Perasakan dengan sedikit garam.
Masukkan sedikit seafood sauce. Gaul sekata. Akhir sekali, bolehlah masukkan spageti dan gaulkan rata.
Sedapnya makan yee mee. Rasanya kenyal sedikit berbanding mi kuning. Cita rasa tomyam pula membangkitkan selera. Haruman bau bunga kantan turut menjadikan rasanya lebih sedap. RASA berikan resipinya untuk anda.
YEE MEE TOMYAM
BAHAN TUMBUK
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
BAHAN LAIN
Minyak masak untuk menumis
100 gram sotong
100 gram jejari udang
3 sudu besar pes tomyam
Tomato ceri secukupnya
1/2 batang lobak merah (potong kecil)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
100 gram yee mee
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk.
2. Masukkan sotong, jejari ketam dan pes tomyam.
3. Masukkan sayur dan masak selama 2 minit.
4. Masukkan air dan garam. Kacau seketika.
5. Masukkan yee mee dan goreng sehingga yee mee lembut.
6. Sedia dihidang.
Bihun Goreng Kampung begini memang sedap dan membuka selera. Tidak menggunakan banyak bahan masak, ia sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan digemari ramai. Sangat mengenyangkan. Bagi anda yang menggemari sajian bihun goreng, resipi perkongsian saudari Adilah Razak ni memang patut dicuba. Jom lihat bahan-bahan dan cara memasaknya.
CARA MEMASAK: 1. Panaskan kuali dan tumis bawang besar holland. 2. Kemudian masukkan pula bahan tumbuk. 3. Masukkan pula cili kisar dan udang. 4. Bila sudah pecah minyak masukkan sedikit air dan kacau. 5. Kemudian masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato. Sebatikan. 6. Perisakan terlebih dahulu dan barulah dimasukkan bihun yang telah ditoskan. 7. Kacau hingga sebati dan rata kemudian masukkan pula sayur. 8. Apabila bihun sudah kering dan masak, bolehlah dimasukkan hirisan cili. 9. Tutup api dan sedia untuk dihidang bersama taburan bawang goreng & daun bawang.
Mi sanggul atau ada yang panggil mi siput cukup terkenal di belah utara semenanjung. Ia adalah mi yang dikeringkan, berbentuk leper di gulung seakan-akan sanggul dan perlu direndam terlebih dahulu untuk melembutkannya.
MI SANGGUL GORENG
BAHAN-BAHAN:
Mi Sanggul
1 biji besar bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sendul cili kisar
sos cili
sos tomato
pati ayam
kicap manis
kicap masin
kicap pedas
sos tiram
Daging (dihiris nipis)
Udang kering
Udang
Kucai
Sawi
Taugeh
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga garing.
Masukkan satu senduk cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
Selepas itu masukkan sos cili, sos tomato, pati ayam, kicap manis, kicap masin, kicap pedas, dan sos tiram. Kacau hinnga sebati.
Masukkan daging yang sudah dihiri nipis dan udang kering.
Kemudian masukkan batang sawi, udang dan kucai
Akhir sekali masukkan mi sanggul, sawi dan taugeh. Siap untuk dihidangkan.