
Jika mahukan rasa lebih enak, masukkan lebih udang kerana ia akan menjadikan rasa spageti lebih manis serta berperisa.
SPAGETI SEAFOOD RINGKAS
BAHAN-BAHAN:
- 200gm spageti | dicelur
- 150gm campuran makanan laut
- 6 batang asparagus | dicelur & direndam dalam air berais
- 4 ulas bawang putih | diketuk
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh emping cili
- 1/2 sudu teh oregano
- 2 sudu makan mentega
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan mentega dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan campuran makanan laut dan goreng lagi hingga masak.
- Tambahkan spageti. Gaul rata.
- Kemudian masukkan serbuk lada hitam, emping cili, oregano dan perasakan dengan garam secukupnya.
- Masukkan asparagus. Gaul rata.
- Sedia untuk dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Spicy Carbonara, Sesuai Untuk Yang Suka Pasta Citarasa Pedas. Masak Pun Mudah!

Bagi yang menggemari hidangan pasta tapi dalam masa yang sama ‘tekak’ Melayu boleh cuba hidangan spicy carbonara ini. Resipi perkongsian oleh Ayu Mashruddin ini sedap dalam masa yang sama pedas.
Diakui ia bukan pasta carbonara asli, hidangan ini kata Ayu sangat mudah disediakan. Hanya 30 minit diperlukan untuk menyiapkannya.
Cara buat spicy carbonara yang sedap dan mudah

Bahan-bahan
1 pek (500 gram) spageti
Bahan tumis
Mentega dan minyak zaitun – untuk menumis
1 biji bawang holland -dipotong dadu
1 labu bawang putih dihiris halus – lebih banyak bawang putih lagi sedap
4-6 tangkai cili api – hiris halus
Dada ayam / udang / beef pepperoni / salami
Bahan lain
1 tin cendawan butang – atau guna cendawan butang segar
Capsicum – potong dadu (jika suka)
1 tin Prego Cheese & Herbs (kuning)
1 tin Prego Carbonara Mushroom (biru)
1 tin full cream Dutch Lady (guna tin Prego untuk sukat)
1 kotak kecil cooking cream
2 senduk air rebusan pasta
1 kiub ayam
Garam & blackpepper
Italian Mix herbs
Cara membuat
1. Rebus spageti dengan sedikit minyak hingga masak. Kemudian tos.
2. Panaskan mentega dan minyak zaitun dalam kuali kemudian tumis bawang putih, bawang holland dan cili padi. Bila naik bau masukkan dada ayam, udang dan sebagainya. Tumis lagi.
3. Seterusnya masukkan cendawan butang bersama capsicum yang dipotong. Kacau.
4. Masukkan sos Prego tin kuning diikuti sos Prego tin biru. Kacau sebati.
5. Kemudian masukkan susu full cream bersama cooking cream. Masukkan juga air rebusan pasta. Kacau biar mendidih seketika.
6. Masukkan kiub ayam bersama garam, blackpepper dan Italian mix herbs. Perasakan ikut cita rasa.

7. Boleh sesuaikan kepekatan kuah menggunakan susu full cream. Jika nak kuah lebih tambah susu. Siap.
8. Letak spageti dalam pinggan dan tuang spicy carbonara ini, boleh dihidangkan.
Selamat mencuba.
Sumber: Ayu Mashruddin
Laksa Sedap Untuk Open House? Resipi Assam Laksa Lemak Ni Wajib Cuba!

Menu paling sempoi, sedap dan wajib cuba bagi para penggemar laksa. Boleh pakat cuba. Buat untuk majlis jamuan hari raya pun sesuai. Jom cuba!
ASSAM LAKSA LEMAK
BAHAN-BAHAN:
- 10 ekor ikan selayang – rebus dan kisar
BAHAN KISAR:
- 10 biji bawang merah
- 1 labu bawang putih
- 1 inci kunyit hidup
- 1 inci lengkuas
- 1 inci halia
- 3 batang serai
- 1 inci belacan
- 10 biji cili padi
- 10 tangkai cili kering

BAHAN TAMBAHAN:
- Laksa
- Air asam jawa
- 1 batang bunga kantan
- 3 keping asam gelugur
- 1 batang serai – diketuk
- 1 kotak santan
- Daun pudina
- Sedikit air
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan kisar hingga wangi kemudian masukkan isi ikan yang telah dikisar.
2. Setelah mendidih, masukkan air asam jawa, serai dan bunga kantan.
3. Kemudian masukkan santan ikut kepekatan kuah yang disukai. Jangan terlalu pekat sangat sebab kurang sedap.
4. Bila kuah mendidih sekali lagi, masukkan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.

5. Tambahkan daun pudina untuk mewangikan kuah laksa.
6. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama laksa.

Kredit resipi & foto: Ekynn Aziz
Resipi Jjajangmyeon Sedap Guna Resipi Sos Homemade

Anda peminat sajian Korea? Pastinya biasa mendengar menu Jjajangmyeon atau nama lainnya disebut Blackbean Noodles. Agak sukar untuk memperolehi sos blackbean asli tapi ia masih dibuat secara homemade menggunakan taucu. Sangat sedap Jjajangmyeon ni. Sangat mudah resipinya. Saudari Zurina Zulkefli bermurah hati berkongsi cara memasaknya. Jom cuba!
RESIPI JJAJAGMYEON HOMEMADE YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN KUAH ALA BLACKBEAN:
- 3 sudu gula putih
- 3 sudu besar taucu – beli online disini
- 1/2 cawan air
- 1 sudu besar tepung gandum – beli online disini
BAHAN-BAHAN LAIN:
- Mi lidi
- Isi ayam – dipotong dadu
- Timun – dipotong dadu
- Ubi Kentang – dipotong dadu – beli online disini
- Bawang holland – dipotong dadu – beli online disini
- Minyak untuk menumis
- Sedikit air
- Sedikit bancuhan tepung jagung – beli online disini
- Sedikit garam
- Sedikit kicap pekat – beli online disini
- Sedikit serbuk lada hitam – beli online disini
INFO: Mi lidi boleh diganti dengan mi kuning atau spageti.
CARA MEMASAK SOS:
1.Untuk sos, mula-mula masak gula menjadi karamel pekat. Ia bertujuan untuk dapatkan rasa pahit-pahit hangus.
2.Kemudian taucu ditumbuk hancur untuk dijadikan pes.

3.Sediakan satu mangkuk besar. Masukkan air, tepung gandum, pes taucu yang ditumbuk tadi, kicap lemak manis (lagi banyak lagi bagus) dan akhir sekali karamel. Kacau sehingga sebati.

4.Masak kuah campuran tersebut di dalam kuali dan kacau sehingga sos menjadi likat seakan-akan dodol.

5.Setelah itu, tuang sos ke dalam bekas kaca untuk digunakan sebagai pes blackbean.

CARA MEMASAK JJAJANGMYEON:
1.Sediakan daging ayam, timun, kentang, dan bawanh holland. Semua bahan dipotong dadu.

2.Tumiskan kesemua bahan dengan sedikit minyak. Kacau sehingga masak.

3.Kemudian masukkan 3 sudu pes blackbean ke dalam masakan. Kacau sehingga rata.

4.Tuang sedikit air untuk menjadi kuah dan campurkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

5.Boleh tambahkan sedikit garam, kicap pekat dan sedikit serbuk lada hitam untuk citarasa.
6.Didihkan air dan rebus mi lidi hingga lembut. Toskan airnya. Selain mi lidi boleh juga gunakan mi kuning biasa. (RASA: Boleh juga guna spageti)

7.Masukkan mi ke dalam pinggan dan tuangkan kuah blackbean ke atasnya.

8.Hiaskan dengan hirisan timun, gaul sebati dan nikmati segera.

Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

