Spagheti Aglio Olio Untuk Jamuan Potluck Sekolah

Share

Ada jamuan di sekolah kadang kala membingungkan ibu bapa nak masak apa untuk majlis tersebut. Nah jangan rungsing boleh menu yang super simple ni. Buat Spagheti Aglio Olio, bungkus dalam bekas burger plastik. Cucukkan garfu mini. Tutup kemas. Sebekas isi dalam ni dapat banyak juga, anggaran sepiring maggi goreng kosong. Untuk sekolah menengah sesuai, untuk sekolah rendah jangan isi banyak sangat.Secukupnya satu portion.

 

Spagheti Aglio Olio

Bahan-bahan:

Spagheti

Bawang putih

2-3 helai daun bay

Ayam, sosej dan udang

Cendawan butang

Tomato -dipotong dadu

Cili flakes

Parsley flakes

Perasa

Garam secukupnya

Minyak secukupnya

 

Cara membuat:

1.Spagheti direbus, toskan.

2.Tumis bawang putih, minyak lebih sikit.

3.Masukkan daun bay.

4.Masukkan bahan protein pilihan (seafood, ayam, sosej) saya guna udang mix.

5.Masukkan cendawan butang dan tomato dadu.

6.Masukkan cili flakes, parsley flakes, cukup rasa atau kiub ayam dipecahkan, garam.

7.Dah wangi, masukkan spagheti gaul-gaul.

8.Siap.

Kredit: Joanna Johan

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-sizzling-tauhu-telur-mudah-betul-cara-masaknya/

https://www.rasa.my/cara-masak-shrimp-omelette-sedap-macam-dekat-restoran-thai/

https://www.rasa.my/resipi-mushroom-chicken-pie-mudah-tanpa-uli-hanya-guna-pastri-segera/

https://www.rasa.my/resipi-kuih-bom-bijan-yang-sedap-lembut-tak-liat-walau-dah-sejuk/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri