Spaghetti Aglio Olio Makan Dengan Grilled Chicken, Menu Sihat Hujung Minggu

Share

Spaghetti Aglio Olio Makan Dengan Grilled Chicken, Menu Sihat Hujung Minggu. Sesekali ubah selera dengan masakan barat yang lengakap dengan protien makanan yang seimbang. Hidangan sihat spageti olio dengan tambahan dada ayam yang dipanggang dengan herba campuran yang enak.

SPAGETI AGLIO OLIO GRILLED CHICKEN

SPAGETI OLIO

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus spageti
  • garam
  • minyak zaitun

CARA MEMASAK:

  1. Spageti rebus dengan air yang sudah mendidih yang sudah di masukkan sedikit garam dan minyak zaitun.

INFO:

  1. Untuk tahu spageti sudah lembut ke  atau tidak. Patahkan sedikit spageti kalau tengah masih ada warna putih maksudnya tidak masak lagi.
  2. Kalau sudah lembut toskan dan gaul minyak zaitun sekali lagi supaya tidak melekat.

BAHAN TUMIS:

  • 5-6 ulas bawang putih
  • 1 labu besar bawang holland-dipotong dadu
  • Minyak zaitun
  • Tomato ceri-potong dua
  • Lada benggala (merah, kuning dan hijau)-potong dadu
  • Cendawan shitake- hiris memanjang
  • Daun ketumbar
  • Cili kering atau cili padi-hiris menyerong
  • Chili flakes
  • Mixed herbs
  • Garam
  • Gula
  • Lada hitam- ditumbuk kasar
  • Lemon

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau, layu dan sedikit perang. Bawag yang garing jadikan masakan tahan lama dan susah basi.
  2. Masukkan chilli flakes, black pepper dan cendawan.
  3. Bila cendawan sudah lembut masuk spageti yang sudah direbus tadi.
  4. Selepas itu masukkan lada benggala dan tomato. Sudah layu sedikit masuk garam dan mixed herbs. Sesuaikan rasa.
  5. Tutup api. Tabur daun ketumbar. Perah sedikit lemon. Gaul sebati dan siap.

INFO: Kalau kering masa hendak hidangkan itu boleh gaul dengan sedikit minyak zaitun.

AYAM GRILLED BLACK PAPER 

BAHAN-BAHAN:

  • Isi ayam (bahagian dada)
  • Garam
  • Mixed herbs
  • Lada hitam – ditumbuk kasar
  • Daun ketumbar – di potong kasar

CARA MEMASAK:

  1. Kelar-kelar isi ayam dan perpakan dengan garam, serbuk persa, mixed herbs, lada hitam, perahan jus lemon dan daun ketumbar. Kacau rata.
  2. Balut dalam plastik kemas-kemas dan  simpan dalam peti sejuk (chiller). Lebih elok perapkan semalaman atau 1 hingga 2 jam.
  3. Boleh panggang ayam guna pemanggang ajaib atau oven.
  4. Ayam yang siap dibakar boleh dipotong keciil dan tabur atas spageti.
  5. Taburkan daun ketumbar segar. Boleh hidangkan.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Nurul Aasya Ibrahim

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Azlin