Sedapnya Spiral Mantao ni. Cantik rupanya. Teksturnya pun gebu sangat sesuai dinikmati bersama keluarga. Makan pagi, minum petang atau makan malam. Semuanya sesuai. Jika nak dijadikan kudapan waktu senggang, memang terbaik. Jom cuba buat guna resipi perkongsian saudari Maizura Ridzuan. Pasti puas hati tengok hasilnya.
CARA MEMASAK: 1. Masukkan yis, gula dan minyak dalam air suam. 2. Bila yis sudah berbuih, masukkan ke dalam tepung. Uli sampai licin dan adunan tidak melekat di tangan. (empunya resipi buat dua adunan. Satu adunan putih & satu adunan perisa strawberi)
Ads
3. Tutup doh dan biar sejam. Bila doh sudah naik dua kali ganda, boleh canai, lapiskan doh pink dan putih kemudian bentukkan spiral macam dalam gambar.
4. Potong doh mengikut saiz yang digemari.
5. Sediakan air kukusan. Kukus dalam 5-8 minit dengan api sederhana. 6. Angkat dan Mantao Spiral sedia untuk dinikmati.
SAJI Terima Kasih Malaysia (STKM) 2025 Kembali Lagi!Dengan tema “Rentak yang berbeza, sajian yang sama”, kempen tahunan ini diraikan dengan lebih meriah, penuh warna-warni budaya, muzik dan sajian yang menjadi nadi rakyat Malaysia. STKM bukan sekadar kempen, ia adalah satu penghargaan besar SAJI kepada seluruh rakyat Malaysia yang tak pernah jemu menyokong sejak dulu hingga kini.
Sejak 2023, STKM dilancarkan untuk meraikan kita semua, rakyat Malaysia yang menjadikan SAJI jenama nombor satu di hati. Tahun demi tahun, bila tiba bulan kebangsaan dan Hari Malaysia, STKM mengingatkan kita betapa pentingnya sajian dalam menyatukan rakyat berbilang bangsa. SAJI berdiri teguh sebagai jenama bersama rakyat, bukan hanya di dapur tapi dalam setiap detik penuh makna — dari hidangan ringkas harian sehinggalah kenduri besar keluarga.
Sebagai pengeluar makanan yang dipercayai, FGV melalui jenama SAJI komited membawakan produk berkualiti tinggi pada harga mampu milik dan mudah didapati di seluruh negara. Dari dapur kampung hingga restoran moden, SAJI menjadikan setiap masakan lebih istimewa. Inilah bukti bahawa SAJI bukan sekadar jenama, tapi rakan kulinari rakyat Malaysia.
Sejak tahun 2000, SAJI berkembang pesat daripada hanya minyak masak kepada rangkaian produk makanan yang digemari ramai:
Minyak masak yang jadi pilihan utama, krimer yang melengkapi minuman pagi, Mi segera yang ringkas tapi penuh rasa, santan dan sos masakan yang menyempurnakan juadah warisan kita.
Hari ini, SAJI bukan saja memenuhi keperluan harian, malah memudahkan setiap keluarga berkongsi hidangan penuh kasih sayang. Sebab itu SAJI kekal dekat di hati rakyat, daripada generasi ke generasi.
Tema tahun ini, Rentak dan Sajian, membawa maksud mendalam. Walaupun kita datang daripada latar belakang berbeza, kepelbagaian inilah yang membuatkan Malaysia indah. Sama seperti sajian yang takkan sempurna tanpa pelbagai rasa, harmoni hanya wujud bila kita meraikan perbezaan. Inilah jiwa Malaysia. Inilah semangat SAJI. 🇲🇾
Jadi, nantikan pelbagai aktiviti menarik dan kejutan istimewa di bawah kempen SAJI Terima Kasih Malaysia 2025. Sebab bila sebut masakan Malaysia, nama SAJI memang tak boleh dipisahkan dari dapur rakyat!
Tahun ini, STKM tampil lebih segar dengan video muzikal eksklusif yang betul-betul dekat di hati rakyat.
Bayangkan dua nama besar tanah air, Khayrisha Kemaldan Zalif Sidek, bergabung dalam persembahan istimewa, diiringi lagu tema baharu nyanyian Liyashu, bakat muda yang sedang melonjak naik. Lagu ini disusun dengan rentak moden yang segar, liriknya pula ringkas dan mudah diingati memang dicipta untuk jadi siulan semua rakyat Malaysia.
Tapi ia bukan sekadar hiburan. Lagu ini jadi medium untuk menyatukan rasa, dari utara ke selatan, dari bandar ke kampung, walau rentak kita berbeza, akhirnya semua kembali duduk di meja makan yang sama. Di situlah terjalin harmoni rasa, jiwa, dan kebersamaan yang sebenar.
Sebagai pembuka tirai, STKM 2025 bermula dengan penuh meriah di Kompleks Komuniti & Sukan Felda Palong 6pada 16 hingga 17 Ogos, bersempena Majlis Sentuhan Madani Felda dan Jempol Agrofest 2025.
Dari situ, rentaknya akan bergema ke seluruh negara, membawa mesej bahawa sajian bukan hanya tentang makanan, tapi tentang cinta, identiti, dan kebersamaan rakyat Malaysia.
Pelancaran SAJI Terima Kasih Malaysia (STKM) 2025 memang lain macam meriahnya! Bukan sekadar sebuah kempen, tapi satu pesta penuh warna yang menggabungkan masakan, hiburan, dan nilai kebersamaan rakyat Malaysia.
Bayangkan suasana Pertandingan memasak yang mencabar kreativiti. Gubahan produk SAJI yang penuh seni, sukaneka ceria yang buat gelak satu padang dan persembahan artis tanah air seperti Fiza Saad (Fiza Frizzy), Datuk Fazley Yaakob, Atu Zero, Iskandar Norzaman, Izzal Anuar dan Kai Deva yang memanaskan lagi pentas.
Tapi yang paling menyentuh hati, STKM bukan sekadar meraikan kepelbagaian kaum, agama dan cita rasa, ia juga membawa misi untuk menyantuni yang memerlukan.
Menerusi program Ziarah Kasih, SAJI menyalurkan sumbangan RM1,000 tunai bersama produk SAJI bernilai RM200 kepada 11 orang asnaf. Ini adalah bukti nyata komitmen SAJI melalui inisiatif SAJI Seikhlas Hati, satu usaha berterusan dalam menyalurkan kasih sayang dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
Inilah sebenarnya semangat kempen Rentak & Sajian, meraikan kepelbagaian dengan penuh harmoni, sambil tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Sebab dalam setiap hidangan, ada rasa kasih, ada rasa syukur, ada rasa kita.
Sebagai tanda kasih buat semua pengguna setia, SAJI menghadiahkan baucar tunai bernilai RM50 kepada 1,000 penerima terawal untuk menikmati rangkaian produk SAJI. Inilah cara SAJI mengucapkan “Terima Kasih Malaysia” atas sokongan yang tidak pernah putus sejak lebih dua dekad lalu.
Dan yang lebih mengujakan, kempen SAJI Terima Kasih Malaysia: Rentak & Sajianakan singgah pula ke ibu negara! Pada 25 – 31 Ogos 2025 di Fahrenheit, Bukit Bintang bersempena sambutan Malam Ambang Merdekayang dinanti saban tahun.
Warga Kuala Lumpur bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti penuh warna untuk seisi keluarga, persembahan artis-artis tanah air yang menghiburkan, serta peluang merasai kehangatan kempen yang meraikan kepelbagaian rentak hidup & kepelbagaian sajian rakyat Malaysia.
Lebih dari sekadar produk makanan, SAJI mahu membawa mesej bahawa dalam kepelbagaian, kita tetap bersatu di meja yang sama. Itulah semangat Rentak dan Sajian, harmoni, mesra, dan dekat di hati setiap isi rumah.
Untuk lebih info dan kemaskini terkini, ikuti Saji Malaysia Official di Facebook, @sajimalaysia di TikTok, dan @sajimalaysiaofficial di Instagram.
Sebab dengan SAJI, setiap rentak hidup lebih bermakna, setiap sajian jadi lebih istimewa.
Resipi mayones ni ada macam-macam. Ada yang hanya kisar sahaja, ada yang perlu dimasak. Bagi min, resipi mayones yang masak ni lebih sedap dan tak rasa hanyir. Jom cuba. Anak-anak mesti suka.
MAYONES HOMEMADE 5 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur 4 sudu makan gula 1 sudu teh garam 1/2 cawan cuka 1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dalam bekas pengisar. Kisar hingga lembut dan berkrim. 2. Kemudian masak bahan kisar tadi guna kuali non-stick menggunakan api kecil.
3. Setelah mayones kelihatan kental, padam api dan biarkan sejuk. 4. Masukkan sekali lagi ke dalam pengisar dan kisar seketika.
5. Tuang ke dalam balang dan sedia untuk digunakan.
Kalau anda sedang mencari menu daging yang mudah dan enak, resipi Beef Slice Lada Hitam ni memang wajib anda cuba. Daging nipis, dimasak bersama lada hitam dan campuran sos merupakan gabungan yang simple tapi padu! Sesuai buat untuk hidangan makan tengahari atau pun makan malam. Jom cuba.
BEEF SLICE LADA HITAM
Bahan-bahan:
6 ulas bawang putih | dicincang
1 sudu besar lada hitam kasar
500gm beef slice
1 biji bawang holland
½ biji lada benggala merah
½ biji lada benggala hijau
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap inggris
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu makan minyak bijan
100ml air
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk perasa
Cara Memasak:
Di dalam kuali, tumiskan bawang putih yang telah dicincang hingga naik bau.
Masukkan lada hitam kasar dan gaul sebati.
Kemudian, boleh masukkan daging dan biarkan daging masak.
Masukkan bawang holland, lada benggala merah dan lada benggala hijau. Gaul rata.
Di dalam mangkuk yang lain, satukan kicap manis, kicap masin, kicap inggris, sos tiram, sos cili, sos tomato dan minyak bijan.
Tuangkan sos tadi ke dalam kuali bersama air, garam dan serbuk perasa lalu gaul hingga semuanya sebati.
Masak sehingga air kering. Bila dah sebati semuanya, boleh tutup api dan Beef Slice Lada Hitam sedia untuk dihidangkan.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.