Steak, kalau dahulu orang kita tak berapa suka makan dan agak mahal, kita semua itu bukan alasan lagi. Kita boleh buat sendiri di rumah dan lebih jimat untuk dinikmati bersama keluarga. Kalau teringin nak rasa steak daging yang sesedap macam makan di restoran tu, apa kata cuba resipi ini.

Untuk Perapan  & Hidangan Daging

BAHAN-BAHAN :

Ads
  • 1 kg daging batang pinang
  • 6 Ulas bawang putih (dikisar sehingga lumat)
  • 2 inci halia (dikisar sehingga lumat)
  • Lada hitam (dikisar kasar)
  • Sos lada hitam (jika mahu)
  • Sos Perasa
  • Beberapa sudu madu asli
  • ½ Mentega / minyak zaitun
  • Mix herbs
  • Rosemary

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan di atas kedalam satu bekas dan gaulkan pada daging sehingga rata.
  2. Perapkan ia selama tiga jam. (sementara itu siapkan hidangan sampingannya)
  3. Panaskan butter atau minyak zaitun di atas pemanggang lalu bakarkan daging sehingga ia menjadi lembut dan cukup masak.

 

 KUAH

BAHAN-BAHAN

Ads
  • 1 Biji bawang besar (dihiris)
  • 3 Ulas bawang putih (di tumbuk atau dicincang)
  • 1 Tin cendawan butang
  •  Mentega untuk menumis
  •  3 Sudu tepung jagung (telah di bancuh)
  • 2 kuib ayam
  • 3 ½ cawan air
  • Lada hitam
  • Lada sulah
  • Garam
  • Gula
  • Rosemarry
  • Mixed herb

 

CARA MEMASAK :

Ads
  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih dengan butter sehingga menjadi keperangan.       Masukkan air
  2.  Masukan kiub ayam, cendawan, lada hitam dan lada sulah.
  3. Kacau sehingga mendidih.
  4. Campurkan sedikit garam dan gula mengikut citarasa.
  5. Masukkan sedikit sos lada hitam dan gaul sehingga ia menjadi rata.
  6. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung  dan kacau sehingga ia menjadi pekat.
  7. Akhir sekali masukan rosemarry dan mixed herb kedalam kuah dan gaul ia sehingga sebati.

 

INFO CHEF:  Untuk mendapatkan hidangan yang lebih menarik, anda boleh tambahkan lagi hidangan sampingan seperti kentang putar, kentang rebus atau sayur-sayuran.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI