Apa menu minum petang hari ini? Kalau belum ada, apa kata anda cuba buat Cakoi. Cara penyediaanya sangatlah mudah. Cakoi ini bukan sahaja sesuai untuk minum petang, sarapan pagi pun sesuai. Boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh Zaini Talib ini. Cakoi tetap lembut walaupun sudah sejuk. Cubalah!
RESIPI CAKOI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum atau tepung roti – beli online
1 sudu kecil serbuk penaik (satukan dalam tepung)
1/2 paket yis segera (dalam setengah sudu makan) – beli online
3/4 cawan air suam
2 sudu besar minyak masak – beli online
2 sudu besar gula
Sedikit garam
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan yis, gula dan air suam dalam satu bekas. Kemudian tunggu dalam 20 minit sampai yis mengembang.
2. Kemudian campurkan garam dan minyak.
3. Selepas itu bolehlah masukkan bancuhan tadi ke dalam tepung dan uli. Adunan memang agak lembik melekat ditangan. Tapi teruskan menguli doh sehingga tak melekat.
4. Boleh perap sekejap. Selepas itu tumbuk keluar angin dan canai serta bentukkan. Atau jika tidak mahu perap pun boleh. Bentukkan terus. Biarkan mengembang barulah goreng.
5. Boleh cuba cara ini juga. Biarkan doh kembang sedikit kemudian tumbuk supaya angin keluar. Selepas itu canai dan potong bentuk disukai.
6. Biarkan sebentar supaya adunan lebih kembang. Semasa menggoreng, minyak mesti betul-betul panas dan banyak.
7. Doh itu tarikkan sikit memanjang sepanjang lebar kuali anda. Goreng dan balik-balikkan selalu. Siap untuk dihidangkan.
Sumber kredit: Zaini Talib
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Rahsia Pulut Tanak Cantik Berkilat, Basuh 3-4 Kali Lepas Itu Masak Guna Periuk Nasi
Rupanya Kena Guna Api Kuat Barulah Nasi Goreng Kampung Terlajak Sedap, Ikut Resipi Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
https://www.youtube.com/watch?v=tBwjP1LYAXk
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI