Waktu sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, kadang kat rumah dah tiada sayur. Maklumlah sayur kan tak tahan lama. Jadi, sementara nak keluar beli sayur, apa kata cuba buat popia menggunakan bahan frozen food yang ada di rumah.
Melalui facebook, Izwani Zainal berkongsi resipi membuat popia isi ketam dan sosej. Nampak senang nak buat. Boleh cuba. Dia turut tambah sayur campur yang boleh disejukbekukan dalam popia itu. Jom try.
Nak belajar buat kulit karipap? Dalam penghasilan karipap, doh adalah bahagian yang paling penting. Jika kulit karipap tersebut rangup, rapuh dan enak, memang sedaplah kuih tersebut. Tak puas makan! Jadi bagi anda yang nak belajar cara-cara buat kulit karipap yang kekal rangup dalam tempoh masa yang lama, boleh cuba resipi perkongsian saudari Noor Azlina Khalil. Menurut beliau, karipap ini adalah antara yang menjadi kegemaran kawan-kawan serta pelanggan setia beliau. Wow, memang kena cuba!
CARA-CARA BUAT DOH KARIPAP RANGUP
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum
1 cawan minyak masak + 2 sudu makan planta (dipanaskan)
2 sudu makan air kapur
1 1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu makan gula
350ml air sejuk (letak seketul ais)
Sedikit daun sup cincang (optional)
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, gula, garam dan daun sup cincang.
2. Kemudian masukkan minyak, planta yang dah dipanaskan dan air kapur.
3. Kacau bahan-bahan tadi menggunakan senduk. Setelah sedikit sejuk, barulah diramas dengan tangan hingga mendapat tekstur seperti serbuk roti.
4. Seterusnya masukkan air dan uli.
5. Masukkan doh ke dalam plastik dan ramas-ramas tepung dama 10-15 minit. Perap dalam peti sejuk selama 3-4 jam.
6. Kemudian bolehlah dicanai dan diisi inti kegemaran masing-masing. Bentukkan seperti karipap dan goreng hingga masak.
Kuih buah rotan memang antara kuih raya autentik, sejak dulu jadi kegemaran ramai. Sementara Jejari Keju tidak kurang hebatnya sesuai dengan cita rasa semasa. Kedua-dua kudapan bergoreng ini, mudah disediakan dan tidak perlu menunggunakan ketuhar. Lebih istimewa ianya rangup dan tak muak dimakan. Kudap-kudap tak sedar habis sebalang.
KUIH BUAH ROTAN BAHAN-BAHAN: 200gm tepung pulut
1 biji telur
2 sudu makan gula pasir
130ml santan pekat
1 sudu tee garam
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu the soda bikarbonat
1 mangkuk air masak
5 sudu makan bijan
Minyak goreng secukupnya
CARA MEMBUAT:
Campur telur dan gula pasir, lalu kacau sampai gula larut.
Masukkan tepung pulut yang telah diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat.
Masukkan santan dan garam, aduk hingga tercampur rata.
Buat bentuk bulat-bulat kecil, celup dalam air masak dan gulekkan dalam bijan. Lakukan hingga habis.
Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan dengan api sederhana.
Angkat dan toskan.
Masukkan dalam bekas kedap udara apabila betul-betul sejuk.
JEJARI KEJU RANGUP BAHAN-BAHAN: 250gm tepung gandum 60gm keju | parut 1 sudu makan mentega/ marjerin 2 biji telur | kacau 1 sudu makan epung jagung 4 sudu makan air 1 sudu teh garam halus ½ sudu teh serbuk perasa daging/ ayam Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
Gaul rata tepung, keju parut, tepung gandum, serbuk perasa ayam/daging dan garam.
Tuangkan bancuhan telur dan masukkan mentega, gaul rata.
Tambahkan air ke dalamnya, uli hingga menjadi adunan lembut dan tidak melekat di tangan.
Canai nipis dengan ketebahan lebih kurang 4cmdan gunting memanjang (lebih mudah menggunakan mesin mi jika ada).
Panaskan minyak, goreng hingga masak dan kuih berwarana kuning keperangan.
Angkat dan toskan.
Setelah sejuk simpan dalam peti sejuk.
Info: Jangan menggoreng terlaku banyak kerana ia boleh menyebabkan kuih tidak garing dan susah mengembang. Semasa menguli jika agak keras tambah sedikit lagi air
Sedapnya Apam Kampung Gula Merah resipi perkongsian saudari Norhasnita Zainudin ni. Bahan-bahannya ringkas malah senang nak sukat sebab guna sukatan cawan je. Bolehlah cuba buat untuk sarapan atau minum petang. Jom lihat cara-caranya.
APAM KAMPUNG GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
2 cawan air suam
1 cawan gula merah
2 sudu makan gula putih ( gula biasa)
1 paket mauripan
CARA MEMASAK:
1. Campurkan gula merah ke dalam bekas berisi air suam. Larutkan.
2. Kemudian dalam bekas berlainan, masukkan tepung, mauripan dan gula putih. Kacau hingga sebati.
3. Tapis larutan air gula merah tadi ke dalam bekas berisi tepung. Kacau hingga sebati dan perap selama 1 jam hingga kembang.
4. Sapu sedikit minyak pada loyang. Tuang adunan tadi ( jangan kacau adunan yang diperam tu).
5. Kukus adunan apam selama 1 jam 30 minit atau hingga masak.
6. Setelah masak, bolehlah dinikmati bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan dikukus.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!