Waktu sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, kadang kat rumah dah tiada sayur. Maklumlah sayur kan tak tahan lama. Jadi, sementara nak keluar beli sayur, apa kata cuba buat popia menggunakan bahan frozen food yang ada di rumah.
Melalui facebook, Izwani Zainal berkongsi resipi membuat popia isi ketam dan sosej. Nampak senang nak buat. Boleh cuba. Dia turut tambah sayur campur yang boleh disejukbekukan dalam popia itu. Jom try.
BAHAN-BAHAN
Kulit popia
Sayur campur
Mayones
Isi ketam (dipotong 2)
Sosej (dipotong 4)
CARA MEMBUAT
1. Ambil sekeping kulit popia. Letak sayur campur dan mayones.
2. Susun isi ketam dan sosej.
3. Gulung macam biasa.
4. Goreng dengan api sederhana.
5. Cecah dengan sos cili atau sos buatan sendiri.
CARA BUAT SOS
Masak cili kisar. Tambah air, sos cili, sos tomato, bawang putih diketuk, garam, gula dan cuka.
Resipi Izwahani Zainal
Link: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10216701747842280&set=pcb.10216701748322292&type=3&theater