Puas sudah scroll-scroll FB/IG namun tiada juga ketemu dengan resipi yang sesuai. Sudah berbagai menu disediakan untuk tetamu yang datang berhari raya. Macam tak ‘best’ pula kalau nak ulang menu yang sama. Kalau boleh biarlah menu yang dihidangkan bervariasi. Apa kata kali ini anda hidangkan menu ala barat. Nah ini dikongsikan resipi Meatball Carbonara Cheese hasil perkongsian Habeebah Md Daud
BAHAN-BAHAN:
1 tin sos Prego carbonara cheese
Ubi kentang – BELI ONLINE
Bebola daging (meatball)
Lada benggala
Mozarella
Sos cili – BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Sos prego carbonara cheese (panaskan tmbah air dalam 3/4 cawan masak smpai mendidih)
2. Ubi kentang yang digoreng sekejap.
3. Susun meatball yang digoreng sekejap dalam bekas aluminium. Tabur lada benggala.
4. Masukkan sos. Nak lagi sedap boleh taburkan mozarella di atasnya.
5. Bakar selama 20 minit dengan suhu 160c. Bolehlah dihidangkan.
Sumber kredit: Habeebah Md Daud
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official