Panggil roti tapi seakan lempeng dan makan dengan kuah kari daging hancur. Roti kerca makanan orang Kedah dan dahulu lebih terkenal dikalangan kerabat Kedah. Sungguh mudah dan terbaiklah bila dijadikan menu sahur

Bagi mereka yang tak nak makan nasi masa sahur, boleh jumpa roti kerca nih. 

ROTI KERCA

BAHAN-BAHAN:

Bahan kuah kari daging:

  • 1 keping daging cincang,
  • 1 biji kentang, potong dadu kecil,
  • 1 tin kecil tomato puri,
  • 3 sudu besar rempah kari daging,
  • 1 biji bawang besar India,
  • 2 ulas bawang putih,
  • 1/2 inci halia,
  • 1 batang kayu manis,
  • 2 kuntum bunga lawang,
  • 2 biji buah pelaga,
  • 1 kotak kecil santan,
  • 2-3 cawan air.
  • Secubit garam.

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang putih, bawang merah, halia dan semua rempah kayu manis, bunga lawang serta buah pelaga. Tumis sampai bawang layu.

2. Campurkan sedikit air dengan rempah, gaul rata kemudian masukkan ke dalam kuali tadi.

3. Masukkan santan dan air. Kacau rata ya. Kalau masih pekat, tambah lagi ya

4. Sudah mendidih, masukkan daging cincang dengan kentang sekali. Jenama apa pun boleh.

5. Gaul rata dan pastikan daging masak.

IKLAN

6. Dah mendidih elok, masukkan tomato puri. Kacau lagi.

7. Dah mendidih beriya, masukkan garam.

8. Kalau sudah masak & kuah memekat boleh tutup api.

ROTI CERCA

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • Secubit garam
  • 3 cawan air

CARA MEMASAK:

1. Sekarang, kita buat rotinya pula. Masukkan tepung gandum, telur, secubit garam dan air dalam pengisar. Kisar sampai betul-betul sebati.

2. Beginilah selepas dikisar.

3. Panaskan kuali tidak melekat dan tuangkan dalam sesenduk adunan. Buat nipis seperti lempeng.

4. Kemudian gulungkan seperti ini.

5. Gunting atau potong menyerong.

6. Tuang kuah daging tadi.

7. Tambah bawang goreng dan daun sup.

INFO: Kalau tidak makan daging boleh tukar kepada isi ayam kisar.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Khairul Hakimin Muhammad

 

INGIN MENCARI BLENDER DAN MESIN PENGISAR YANG BARU, BELI ONLINE DI SINI 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

Resipi Lempeng Legend. Bahan Simple Je Tapi Sedap.

Lempeng Goreng Versi Mi Tak Jemu Makan

 

Sihat & Mudah Disediakan Ayam Panggang Lemon Bermadu

JOM CHECK RESIPI NI LAH PULAK :