Step By Step Menu Mudah Paprik Campur Bersama Nasi Putih Untuk Si Bujang Yang Suka Memasak

Share

 

Buat si bujang yang suka memasak boleh mencuba resipi mudah dan lengkap ini. Hanya buat satu hidangan lengkap dengan isi ayam, sotong, dan pelbagai sayuran yang memenuhi selera anda. Masak sendiri hidangan pilihan anda baru puas hati

PAPRIK CAMPUR BERSAMA NASI PUTIH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 mangkuk nasi putih
  • 150gm isi ayam-dihiris kecil
  • 2 ekor sotong-dihiris bulat
  • 1/2 biji bawang besar|dihiris
  • 2 ulas bawang putih-dicincang halus
  • 1 batang serai-dihiris memanjang
  • 2 helai daun limau purut-dihiris kasar
  • 1 tangkai cili merah-dihiris serong
  • 2 sudu makan-pes cili kering
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • 2 batang kacang panjang-potong 3cm sedikit
  • Sedikit hirisan bunga kobis
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos cili
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

 

LANGKAH DEMI LANGKAH:

Langkah 1: Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, hirisan bawang besara dan cili.

Langkah 2: Masukkan pes cili, kacau rata hingga pecah minyak.

Langkah 3: Masukkan hirisan ayam dan sotong, kacau hingga layu.

Langkah 4: Masukkan hirisan daun limau purut dan serai.

Langkah 5: Masukkan hirisan sayur-sayuran.

Langkah 6: Akhir sekali masukkan sos cili, tiram, garam, gula dan perasa secukupnya.

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

http://www.rasa.my/hanya-campak-campak-ayam-paprik-marvellous/

 

Published by
Nur