Selalu kalau makan Dumpling kita makan di luar bukan? Apa kata kali ini kita cuba buat sendiri pula di rumah. Sebenarnya bila buat sendiri lagi puas makan. Nak-nak pula ahli keluarga ramai tentu lebih berbaloi kalau buat sendiri. Jom kita cuba buat Dumpling Ayam mengikut resipi yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli
BAHAN-BAHAN INTI:
5 ketul isi ayam dan seketul isi daging lembu
Lobak merah dicincang (Cincang halus ya. Tak nak cincang dadu kasar-kasar sebab nak elak kulit dumpling terkoyak)
Kulit dumpling segera
CARA MEMBUAT:
1. Cincang isi ayam dan daging hingga lumat. Boleh guna mesin pengisar.
2. Sediakan mangkuk besar dan masukkan bahan-bahan untuk inti dumpling termasuklah isi ayam dan daging yang dicincang lumat tadi.
3. Gaulkan kesemua bahan sebati. Pastikan inti dumpling tidak berair ya sebab kita tak nak kulit dumpling nanti basah dan bocor.
4. Sebelum gunakan kulit dumpling segera, tabur tepung gandum di atas alas. Tujuannya untuk meletakkan kulit dumpling dan dumpling yang telah siap.
5. Ini dia kulit dumpling segera yang dapatkan di pasaraya terdekat.
6. Keluarkan kepingan kulit dumpling satu persatu dan letak di atas taburan tepung tadi. Ambil setiap satu dan isikan inti dengan lembut. Tak boleh kasar-kasar sebab kulit dumpling segera ini mudah terkoyak.
7. Tutup inti dan lipat satu persatu. Tekniknya, picit di bahagian tengah kemudian tolak lipatan pertama ke arah tengah.
8. Terus simpan di dalam peti sejuk.
CARA MASAK DUMPLING:
1.Panaskan sesudu besar minyak masak.
2.Kemudian gorengkan dumpling, tak perlu golek-golekkan.
3.Kemudian masukkan air dan tutup kuali. Kita biarkan dumpling masak dengan proses pengewapan.
4.Tunggu sampai air kering, kita isi lagi air dan tutup periuk. Kiranya dua kali proses pengewapan.
5. Biarkan sehingga air kering dan siap.
6. Inilah hasilnya. Dumpling yang kemas dan nampak menyelerakan. Rangup di bahagian bawah.
7. Berjus pada bahagian dalam inti. Boleh makan dumpling ini dengan kicap cair.
Sumber kredit: Zurina Zulkefli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official