Tiada ikan dalam stok di dapur tapi teringin nak makan asam pedas, boleh sahaja guna ayam. Yang penting kuah asam pedas tu dimasak enak. Boleh dihirup. RASA kongsikan resipi membuat asam pedas ayam yang menawan selera. Jom cuba.

ASAM PEDAS AYAM


.

BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
2 ulas bawang merah (BELI DI SINI)
2 ulas bawang putih (BELI DI SINI)
1 inci halia
1 inci kunyit (BELI DI SINI)
5 tangkai cili kering (BELI DI SINI)


.

IKLAN

BAHAN LAIN
1 batang serai (BELI DI SINI)
1 inci belacan
Suku kiub pati ikan bilis
5 ketul ayam yang telah dibersihkan
Sedikit air
Air asam jawa
Daun kesum secukupnya
1 biji tomato (BELI DI SINI)
Beberapa hiris potongan kubis
Garam secukupnya (BELI DI SINI)


.

CARA MEMBUAT
1. Tumis semua BAHAN KISAR bersama serai, belacan dan kiub pati ikan bilis.
2. Apabila sudah agak garing masukkan ayam dan sedikit air. Tutup periuk supaya ayam betul-betul masak.
3. Bila ayam sudah agak masak, masukkan air asam jawa, daun kesum, tomato dan kubis.
4. Masukkan garam secukupnya.
5. Biarkan mendidih. Matikan api dan boleh angkat untuk hidang.

Opssss. Jangan lupa masak nasi dulu sebelum masak asam pedas ayam ni. Nak masak nasi, jom dapatkan periuk nasi RUSSEL TAYLOR  dari LAZADA. Ada sale bersempena 11 November ni. BELI PERIUK NASI DI SINI.

Resipi Oleh: Anys Idayu Zakaria

NAK RESIPI LAIN? Klik sini:
https://rasa.my/resipi-oreo-cheesecake-yang-mantap/
https://rasa.my/lelaki-ini-olah-roti-jadi-biskut-kering-bergula-kreatif-sungguh/

Perghhh Mantap Sungguh Gulai Ikan Tenggiri Paling Power Ni!

Jom tengok video ni