Bihun goreng masakan paling simple yang boleh dipelajari oleh anak-anak dara. Apa kata hujung minggu boleh masakkan menu bihun goreng ni untuk hidangan sarapan pagi bersama keluarga tercinta.
RESIPI BIHUN GORENG CAP MERAK STEP BY STEP
BAHAN-BAHAN:
- 1 plastik bihun cap merak
- 2 sudu besar cili kering kisar
- 1 keping dada ayam & 3 ekor sotong
- 1 1/2 sudu besar garam
- 4 sudu besar gula
- 1 sudip sos cili dan 1 sudu besar sos tiram.
- hirisan ‘fishball’
- 2 genggam taugeh segar.
- 1 gelas air kosong.
BAHAN KISAR: (kisar dengan sedikit air)
- 3 biji bawang merah saiz bola ping pong
- 8 ulas bawang putih
- 2 tangkai cili padi
- 1 sudu besar udang kering
CARA MEMASAK:
Rendam 1 plastik bihun terlebih dahulu selama satu jam dengan air paip.
Sebelum tos, lalukan dengan air terlebih dahulu.
Tumis bahan kisar tadi dengan minyak yang cukup.
Setelah naik bau, masukkan 2 sudu besar cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan lauk.
Afy gunakan 1 keping dada ayam & 3 ekor sotong.( buang dakwat hitamnya)
Tambahkan 1 gelas air kosong.
Setelah lauk masak, masukkan perasa:
– 1 1/2 sudu besar garam
– 4 sudu besar gula
* segala kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.
Masukkan juga 1 sudip sos cili dan 1 sudu besar sos tiram.
Masukkan bihun yang telah ditoskan. Juga hirisan ‘fishball’.
Untuk mengelakkan bihun hancur, kacau dengan sudip kayu. Balikkan sekali- sekala sahaja.
Masukkan juga 2 genggam taugeh segar.
Balik- balikkan. Biarkannya masak 2-3 minit
Siap untuk dihidangkan!
Kongsi resipi: Afy AL Habibi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI