Suka makan popia basah? Kulitnya agak berbeza dengan popia biasa. Jom kita lihat cara-cara pembuatannya.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur gred B
  • 2 sudu makan cuka
  • Sedikit garam
  • 1 cawan air

 

CARA MENGADUN:

  1. Gaul tepung gandum bersama telur, cuka dan garam hingga sebati.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan adun hingga adunan agak lembut dan tidak likat sangat.
  3. Gaul semua bahan menggunakan tangan. Seelok-eloknya adunanhendaklah sedikit lembik supaya senang dilenser pada non stick pan.

 

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT KULIT POPIA:

Ads
  1. Ambil sejemput besar adunan tepung dan ratakan ke dalam non stick pan. Mulakan pada sebelah tepi dahulu dan bulatkan.

Step By Step Membuat Kulit Popia Basah & Sos Secara Homemade. Hasilnya Sebijik Macam Beli Di Pasar Malam.

2. Terus ratakan sehingga ke tengah.

Step By Step Membuat Kulit Popia Basah & Sos Secara Homemade. Hasilnya Sebijik Macam Beli Di Pasar Malam.

3. Tarik lebihan tepung tadi ke tengah.

Step By Step Membuat Kulit Popia Basah & Sos Secara Homemade. Hasilnya Sebijik Macam Beli Di Pasar Malam.

4. Ratakan lagi sehingga memenuhi ruang.

Step By Step Membuat Kulit Popia Basah & Sos Secara Homemade. Hasilnya Sebijik Macam Beli Di Pasar Malam.

5. Tarik lebihan adunan hingga menutupi kesemua lubang.

Step By Step Membuat Kulit Popia Basah & Sos Secara Homemade. Hasilnya Sebijik Macam Beli Di Pasar Malam.

6. Ratakan tepung hingga tiada lagi lubang-lubang.

Step By Step Membuat Kulit Popia Basah & Sos Secara Homemade. Hasilnya Sebijik Macam Beli Di Pasar Malam.

Ads

7. Siap dan boleh diletakkan di dalam pinggan. Isikan dengan inti dan sapukan sos. Sedia untuk dinikmati.

Step By Step Membuat Kulit Popia Basah & Sos Secara Homemade. Hasilnya Sebijik Macam Beli Di Pasar Malam. Step By Step Membuat Kulit Popia Basah & Sos Secara Homemade. Hasilnya Sebijik Macam Beli Di Pasar Malam.

 Kredit resepi & gambar: http://jujuza.blogspot.my/2011/08/my-homemade-popia.html

 

Untuk menghasilkan sos & inti, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. Inti boleh diubah dan ditambah mengikut citarasa masing-masing.

 BAHAN SOS:

Ads
  • 1kg cili boh
  • 400gm gula | lebihkan jika suka sos lebih manis
  • 3 biji bawang besar | dikisar
  • 100gm udang geragau | dikisar
  • 1 labu bawang putih | dikisar
  • Garam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan masak sos menggunakan api kecil sehingga likat. Sejukkan dan boleh disapu pada popia.

 

BAHAN INTI:

  • Sengkuang | diparut halus
  • Lobak merah | diparut halus
  • Kacang goreng tumbuk secukupnya
  • Tauge jika suka – dicelur seketika

 

CARA-CARA:

  1. Setelah sengkuang dan lobak merah diparut. Perah bagi emngeluarkan airnya. Begitu juga dengan tauge. Ia bertujuan bagi mengelakkan popia menjadi lembek dan terlalu basah.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI