Pernah makan Stew Ayam? Biasanya ramai yang berkongsi resipi Stew Daging. Resipi stew ni memang sangat mudah dan cepat masak. Malah rasanya juga tersangatlah sedap. Selain dinikmati bersama nasi, hidangan ini juga enak dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan roti. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Bahiah Saripuddin ni.

 

CARA MASAK STEW AYAM RINGKAS

Stew Ayam – Resipi Ringkas, Mudah & Sedap Yang Penuh Nutrisi

Ads

BAHAN-BAHAN:

  • 1/4 ayam | potong kecil
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 sudu makan mentega
  • 2 ulas bawang putih | hiris
  • 3 biji bawang merah | hiris
  • 1 hiris halia | hiris
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 2 biji ubi kentang | potong kecil
  • 1 batang saderi | hiris
  • 1/2 batang lobak merah | hiris kecil
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Stew Ayam – Resipi Ringkas, Mudah & Sedap Yang Penuh Nutrisi

CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega dan tumis bawang putih, bawang merah, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih hingga naik bau.

Stew Ayam – Resipi Ringkas, Mudah & Sedap Yang Penuh Nutrisi
2. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau sebati dan tambahkan air. Kacau sehingga sebati dan tepung tidak berketul.

Stew Ayam – Resipi Ringkas, Mudah & Sedap Yang Penuh Nutrisi Stew Ayam – Resipi Ringkas, Mudah & Sedap Yang Penuh Nutrisi
3. Masukkan hirisan ayam. Biarkan hingga mendidih barulah dimasukkan ubi kentang, lobak merah dan saderi.

Ads

Stew Ayam – Resipi Ringkas, Mudah & Sedap Yang Penuh Nutrisi

Stew Ayam – Resipi Ringkas, Mudah & Sedap Yang Penuh Nutrisi
4. Perasakan garam dengan secukupnya dan perlahankan api. Kacau hingga semua bahan masak.

Ads

Stew Ayam – Resipi Ringkas, Mudah & Sedap Yang Penuh Nutrisi
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Stew Ayam – Resipi Ringkas, Mudah & Sedap Yang Penuh Nutrisi

Kredit resipi & foto: Bahiah Saripuddin

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI