Hidangan stew memang sangat sedap dan mudah nak dimasak. Lauk ini boleh dikatakan lengkap dengan daging dan sayur kerana kita boleh letak banyak sayur dalam masakannya. Antaranya boleh masukkan kentang, saleri dan juga lobak merah. Jadi, andai kata anda tak sempat nak masak banyak lauk, boleh cuba stew daging ini.
STEW DAGING DAN SAYUR CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
300 gram daging batang pinang | hiris nipis
2 cm halia
2 ulas bawang putih | diketuk
1 biji ubi kentang | potong dadu
Lobak merah | potong dadu
Saleri | potong kecil
3 cawan air
Sedikit kiub pati daging
5 biji lada putih | tumbuk
Secubit serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kicap manis
Garam secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, panaskan minyak masak. Masukkan daging dan masak sekejap. Kacau selalu.
2. Masukkan halia, bawang putih, ubi kentang, lobak merah dan saleri.
3. Masukkan air, kiub pati daging, lada putih dan lada hitam.
4. Masukkan sos tiram dan sedikit kicap. Masak sehingga mendidih dengan api sederhana.
5. Masukkan garam jika suka. Biarkan seketika dan matikan api.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Aneka Lauk Utama Dan ‘Dessert’ Dari Jepun, Boleh Buat Kat Rumah…
Sajian negara Matahari Terbit, Jepun memang terkenal di merata dunia. Di Malaysia pun ada banyak terdapat sajian Jepun dek hangatnya sambutan dari pelanggan. Hidangan Jepun terkenal dengan sajiannya yang lazat serta mementingkan bahan ramuan yang segar dan berkualiti.
Suka makan makanan Jepun, nah, Min kongsikan 5 sajian dari negara Matahari Terbit. Konnichiwa…
1. SIZZLING BEEF TEPPANYAKI
BAHAN-BAHAN :
- 150gm daging lembu | sekeping dihiris nipis
- 2 sudu makan kicap soya
- 3 sudu makan minyak masak
- 1 sudu teh gula
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu teh lada putih
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu makan mentega
- 2 sudu makan sos teppanyaki
- 1 sudu teh sos ikan
- 1 sudu makan serbuk bawang putih
Cara Membuatnya:
1. Potong daging lembu kepada kepingan yang sangat nipis, kira-kira setengah sentimeter.
2. Masukkan daging lembu yang dihiris ke dalam mangkuk, tambah secubit garam, gula ,kicap sos soya, serbuk bawang putih, lada putih, sos ikan, sos teppanyaki dan satu sudu teh minyak masak dan kacau
rata.
3. Perapkan daging lembu selama beberapa minit.
4. Masukkan 3 sudu minyak masak dalam kuali kecil dan goreng bawang putih yang telah di hiris.
5. Dalam kuali sederhana atau besar, masukkan sesudu minyak yang digunakan dari bawang putih, goreng dan masak daging lembu. Kacau secara berterusan selama 4-5 minit kemudian tambah satu sudu
mentega dan bawang putih goreng.
6. Angkat dan letakkan daging ke dalam pinggan.
7. Makanan siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 10 minit
Cara memasak : Kacau goreng
Jenis masakan : Inspirasi sajian Jepun
Keistimewaan : Sajian ini biasanya dihidangkan dengan sayur-sayuran dan juga nasi.
Info Chef: Anda boleh menyajikannya dengan sayur-sayuran yang digril sekali bersama daging. Pilih daging batang pinang agar cempat empuk dan lembut.
2. MATCHA KASUTERA
BAHAN-BAHAN :
- 8 biji telur
- 300 gm gula kaster
- 200 gm tepung roti | diayak tiga kali
- 1/2 sudu teh serbuk teh Matcha (teh hijau) | diayak tiga kali
- 100ml susu
- 4 sudu makan madu CARA MEMASAK :
1. Sediakan loyang segi empat tepat.
2. Sapukan sedikit mentega di bahagian dasar loyang dan alas dengan kertas parchment.
3. Panaskan ketuhar pada suhu 170°c.
4. Panaskan susu dan madu.
5. Masukkan telur dan gula di dalam mesin pemutar dan putarkan sehingga ringan dan gebu
6. Pelahankan kelajuan mesin pemutar, masukkan susu dan madu dan kacau sehingga sebati
7. Akhir sekali masukkan tepung dan matcha yang diayak, putar sehingga sebati.
8. Kemudian tuang di dalam loyang segi empat tepat yang dilapik dengan kertas parchment.
9. Bakar di dalam ketuhar selama 35 – 45 minit.
10. Keluarkan dari ketuhar, dan terbalikkan di atas redai sehingga sejuk.
11. Kikis tepi kek, keluarkan dari loyang.
12. Potong kek setebal 2 sm dan hidangkan di atas pinggan yang disediakan.
Saiz hidangan : 8 orang
Masa memasak : 1 jam 15 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Sajian Jepun
Keistimewaan : Gebu lembut dengan ramuan teh hijau yang bersifat anti oksidan
INFO CHEF : Bagi mendapatkan tekstur yang gebu dan halus, tepung dan serbuk teh hijau perlu diayak sebanyak tiga kali.
3. SABA SHIOYAKI
BAHAN-BAHAN :
- 160 gm ikan saba (*sejenis ikan tenggiri di lautan sejuk)
- 50 gm lemon | dikupas baji
- 20 gm lobak (radish) | diparut
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK :
1.Taburkan garam di atas ikan saba dan panggang hingga masak.
2. Panggang ikan dengan menyalakan pembakarnya di bahagian atas gril bahagian dalam ikan, kemudian baru bahagian kulitnya.
3. Hidangkan di atas pinggan bersama lemon, parutan lobak dan serbuk cili Jepun mengikut stail hidangan Jepun.
Saiz hidangan : 1 orang
Masa penyediaan : 10 minit
Cara memasak : Panggang
Jenis masakan : Sajian Jepun Tradisional
Keistimewaan : Kesegaran dan kemanisan ikan sabo lautan sejuk
Info Chef : Ikan ini kaya dengan omega 3. Sajiannya begitu ringkas kerana orang Jepun gemar menikmati kemanisan dan kesegaran ikan asli tanpa ramuan lain .
4. GREEN TEA PASSION YUZU DOME
BAHAN-BAHAN :
Bahan span vanila (acuan bulat 20 sm) :
- 3 biji telur
- 80gm gula
- 100gm tepung
- 8gm ovelet
- 25ml air
- 20ml minyak jagung
Bahan mousse teh hijau:
- 14gm gelatin
- 45ml air
- 2 biji kuning telur
- 20gm gula
- 125ml susu
- 60gm coklat putih
- 250gm krim putar semi
- 15gm serbuk teh hijau
- 45gm air suam
Bahan passion yuzu curd :
- 100gm puri buah markisa
- 33 gm puri yuzu *sejenis buah citrus seakan lemon yang ditanam di Jepun
- 90 gm gula
- 2 biji telur
- 2gm tepung jagung
- 2gm gelatin + 6 ml air ( campuran ini dipanggil water-boom)
- 90gm mentega lembut
Bahan choc feullatine :
- 70gm coklat putih
- 26gm mentega koko
- 70 gm wafer feullantine (biskut wafer feullantine hancur)
Bahan Green Mirorr Glaze:
- 100ml air
- 200gm gula
- 200gm glukos
- 165ml susu pekat manis
- 24gm gelatin
- 96ml air
- 100gm coklat putih
CARA MEMASAK :
Cara masak span vanilla:
1. Campurkan kesemua bahan span vanilla di dalam mangkuk kecuali minyak jagung.
2. Pukul hingga gebu. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati.
3. Bakar di dalam oven bersuhu 180 darjah celcius selama 30 minit.
Cara masak mousse teh hijau :
4. Boom gelatin, didihkan susu dan campurkan ke dalam kuning telur bersama gula, kacau hingga sebati.
5. Campurkan boom gelatin dan tuang ke dalam coklat putih, kacau sebati.
6. Kemudian tambahkan campuran teh hijau dan kaup balik di dalam krim putar bersuhu 35 darjah celcius.
Cara masak choc feullatine :
7. Cairkan mentega koko dengan coklat putih berasingan, kemudian campurkan bersama dan masukkan wafer feullatine.
8. Rata dan padatkan feullatine dan potong saiz 5 sm , untuk ditebarkan atas potongan span vanilla. Bekukan.
Cara masak passion yuzu curd :
9. Didihkan buah markisa dan puri yuzu. Campurkan dengan gula, telur dan tepung jagung.
10. Masakkan sebentar, padamkan api dan masukkan boom gelatin dan pekatkan dengan memasukkan mentega dalam suhu 45 celcius.
11. Paipkan ke dalam acuan bentuk sfera bersaiz 4 sm dan biarkan beku di dalam ruang peti beku dalam peti sejuk.
Cara masak green mirror glaze :
12. Masak gula, air, glukos di atas api dengan suhu 103 darjah celcius. Campurkan boom gelatin dan kemudian campurkan ke dalam susu pekat manis dan coklat putih.
13. Masukkan beberapa titik pewarna (hijau dan kuning). Biarkan ia menjadi pekat dan masukkan dalam peti sejuk.
Penyediaan akhir :
14. Ambil acuan silikon bentuk sfera bersaiz 6 sm dan penuhkan sebanyak 75% dengan mousse teh hijau.
15. Tekankan sekeping passion yuzu curd beku dan tutupkan dengan span vanilla
16. Biarkan sejuk, tanggalkan dari acuan dan cairkan ‘glaze’ (menjadikan kilat) ke suhu 35 darjah celcius dan salutkan mousse berbentuk sfera tadi.
17. Hidangkan yuzu mousse di atas pinggan dan hiaskan bersama buah raspberi dan ais krim vanilla.
Saiz hidangan : 24 ketul
Masa penyediaan : 40 minit
Cara memasak : Sejuk beku dan dinginkan
Jenis masakan : Sajian pencuci mulut Jepun dengan pengaruh Barat.
Keistimewaan : Sedap dimakan sejuk dan lembut.
Info Chef : Sajian pencuci mulut ini menggunakan bahan asas buah markisa dan yuzu (buah citrus seakan lemon) menjadikan ia kaya dengan vitamin A dan C dan berserat.
5. OKONOMIYAKI (JAPANESE PANCAKE)
BAHAN-BAHAN :
- 150 gm tepung gandum
- 150gm keladi jepun | diparut
- 10 gm dashi * sejenis stok masakan Jepun
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 200 ml air
- 250 gm kobis | dihiris halus
- 50 ml mayonis
CARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung gandum, garam, dashi dan serbuk penaik.
2 Masukkan air, telur serta keladi jepun. Kacau hinggga sebati.
3. Panaskan kuali bersama minyak masak.
4. Tuangkan adunan ke atas kuali yang sudah panas dan ratakan ke sekeliling kuali.
5. Kemudian terbalikkan adunan dan biarkan ia masak sehingga kuning keemasan.
6. Hiaskan okonomiyaki dengan mayonis di atasnya.
7. Anda juga boleh menggunakan hirisan bonita (sejenis ikan) yang dimasak sebagai hiasan
Saiz Hidangan : 4 orang
Waktu Memasak : 1jam 15minit
Cara Memasak : Bakar
Jenis Masakan : Sajian Jepun
Keistimewaan : Lempeng Jepun yang enak dan lembut berperisa
Info Chef : Dashi ada dijual pasaraya utama,bahagian rak produk runcit antarabangsa. Di antara lain ramuannya adalah rumpai laut, kepingan halus tuna, sardin atau ikan bilis dan cendawan shiitake
.Dashi adalah bahan asas dalam kebanyakan masakan Jepun.
Cara Buat Sup Tulang Rusuk Yang Segar
Sup tulang rusuk adalah salahs atu sup yang sedap sungguh dihirup kuahnya. Ada yang suka dicampur dengan sambal kicap. Ada yang suka plain begitu sahaja. Rasa kongsikan sup tulang rusuk yang confirm segar kuahnya.
SUP TULANG RUSUK
Sedapnya.
BAHAN-BAHAN
400 gram tulang rusuk lembu (bersihkan dan rebus ¾ empuk)
400 ml air rebusan tulang
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
50 gram rempah sup
2 inci halia (hiris tebal)
1 batang serai (dititik)
1 keping asam gelugur
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK
1. Didihkan air rebusan tulang tadi dan masukkan semua bahan di atas kecuali tulang, garam dan serbuk perasa.
2. Biarkan kuah mereneh dan mendidih seketika dan masukkan tulang.
3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau sekata.
4. Angkat dan sedia dinikmati.
Selamat mencuba!
Quesadilla Daging Kunyit Berkeju, Menu Istimewa Yang Lazat
Sekiranya anda teringin hidangan berkeju, cubalah buat Quesadilla Daging Kunyit Berkeju yang ringkas ini. Daging Goreng Kunyit diletakkan di atas tortilla dan ditaburkan keju menghasilkan satu menu yang cukup unik dan lazat. Kali ini, gunakan Keju Perfect Italiano Perfect Melt, gabungan empat jenis keju yang mencair dengan sempurna serta menambah rasa dalam hidangan anda. Rugi kalau tak cuba! Terasa puas dalam setiap gigitan.
QUESADILLA DAGING KUNYIT BERKEJU
Bahan-Bahan:
- 2-4 keping tortilla
- 250gram Perfect Italiano Perfect Melt
Bahan-Bahan Daging Kunyit:
- 200gram daging – dadu kecil & rebus empuk
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 labu bawang besar – potong bulat
- 2 tangkai cili kering – hiris kecil
- Garam dan lada sulah secukupnya
- Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak:
- Untuk membuat daging kunyit; panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali. Masukkan daging yang telah direbus empuk bersama serbuk kunyit. Gaul rata dan goreng hingga sebati. Masukkan bawang besar, cili kering, garam dan lada sulah secukupnya. Gaul rata hingga semua bahan masak sempurna. Ketepikan.
- Untuk membuat quesadilla; ambil sekeping tortilla lalu letakkan dalam kuali leper yang dipanaskan dengan sedikit mentega. Letakkan daging kunyit diatasnya dan ratakan. Tabur Perfect Italiano Perfect Melt secukupnya. Ambil sekeping lagi tortilla dan tutup. Masak di kedua-dua bahagian (terbalikkan) hingga agak perang dan keju cair.
- Potong quesadilla dan hidangkan panas.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official