Ni lah keistimewaa stew ni, makan dengan nasi pun best, cicah roti pun best. Pastu hirup puas-puas kuah tu. Memang padulah dibuat sajian berbuka .

Stew biasanya pekat sedikit berbanding sup. Namun keduanya sedap dihirup panas dan dimakan begitu sahaja. Mantap juga kalau cecah roti atau dengan nasi pun boleh. Jom tengok resipi dari Mohd Azmi ini, boleh dimasak untuk gear box lembu dan juga kambing. Nak campur tulang dan daging pun sedap

RESEPI STEW GEARBOX/ SUP TULANG MERAH

BAHAN-BAHAN :
1kg gearbox
1kg daging

IKLAN

5-6 Cili kering (kisar)
2 sudu tepung jagung (bancuh jadikan air)
Sedikit Sos cili
1 tin kecil tomato puree
Sedikit Sos Tiram
Lobak Merah dipotong panjang atau halus
Ubi kentang dibelah 4 (jika ada)
1 tin kecil kacang Peas/hijau
Ketumbar,Jintan manis, lada hitam, kulit kayu manis.
Bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang (kisar halus)
Daun sup
Bunga Lawang/ kayu Manis (yg ni tak perlu hancurkan.
3 labu Bawang merah besar
5 ulas bawang putih
3 inci halia (kisar)
3 batang serai (ketuk)
Sup bunjut (3 bunjut)
Kiub pati lembu atau ayam
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

1.Tumis bahan-bahan di atas sehingga naik wangi.
2.Masukkan sedikit air.(Seeloknya air rebusan daging)
3.Masukkan daging/gear box
4.Dimasak 1-2 jam bergantung pada daging/gear box.
5. Siap untuk dihidangkan.
(Gambar hasil masakan gambar ini daging kambing)

Selamat mencuba! 

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

6 Resipi Lauk Berbuka Guna Daging.Mudah,Cepat & Sedap.

DAN JUGA VIDEO INI :