Stir Fry Spiral Pasta Padat & Penuh Kasih Sayang

Share

Masak pasta penuh kasih sayang dengan bahan enak seperti sayur, daging, cendawan dan macam-macam lagi.

STIR FRY SPIRAL PASTA 

BAHAN A:

  • 1 paket spiral pasta
  • Sedikit butter dan minyak zaitun
  • Serbuk lada hitam
  • Serbuk oregano
  • Sedikit cili kisar atau chili flakes
    (salah satu)
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang besar (dihiris dadu)
  • Sedikit sos tiram
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Nampla
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit kiub pati ayam (pilihan)

BAHAN B:

  • Seafood ( sotong / udang )
  • 3 slices daging burger dihiris dadu
  • Fishball
  • Cendawan shitake-dipotong kecil-kecil

BAHAN C:

  • Lada benggala
  • Brokoli
  • Tomato ceri
  • Lobak Merah

CARA MEMASAK:

  1. Rebus spiral pasta dengan sedikit minyak dan garam.
  2. Toskan dgn sedikit minyak atau butter.
  3. Panaskan kuali dan masukkan butter.
  4. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau diikuti cili kisar
  5. Masukkan bahan B sehingga empuk diikuti bahan C kecuali tomato ceri.
  6. Kemudian masukkan spiral pasta gaul bersama sos cili, sos tomato, sos tiram dan nampla. Diikuti serbuk lada hitam dan serbuk oregano.
  7. Akhir sekali masukkan tomato ceri dan gaul rata.
  8. Pasta siap dihidangkan!

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Wan EmyRa

Published by
Zera Naim