Buat dulu stok begedil dan disimpan dalam freezer dan digoreng bila hendak makan. Begedil sesuai makan dengan soto atau bihun dan boleh juga makan sebagai lauk. Sedap juga makan begitu sahaja dicicah dengan sambal kicap.
BEGEDIL AYAM
BAHAN-BAHAN
Ads
5kg kentang
1kg isi ayam (direbus dan dicarik-carikkan)
200g bawang goreng
200g daun sup
Telur (untuk salut bergedil)
BAHAN PERASA
garam
gula
serbuk lada sulah
CARA MEMASAK
1. Goreng kentang agak-agak garing sikit. Angkat dan toskan minyak betul-betul.
2. Hancurkan kentang dan gaulkan dengan bahan-bahan lain kecuali telur.
3. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa, serbuk lada sulah
Ads
4. Kepal-kepalkan mengikut bentuk dan saiz yang diingini.
5. Panaskan kuali dengan minyak. Celup bergedil dalam telur dan goreng sekejap sahaja.
Ads
Info: Pernah rebus kentang tapi bergedil cepat basi.
Kadang buntu juga memikirkan menu sarapan apa yang mengenyangkan. Sarapan ini pasti disukai oleh anak-anak juga. Boleh buat bebola bergedil ayam ni. Kombinasi ayam di dalam kentang boleh kenyang hingga tengah hari. Tambah daun bawang untuk memberi aroma rasa pada menu ini.
BEBOLA BERGEDEL AYAM
BAHAN-BAHAN:
6-7 biji kentang – dipotong dadu
Isi ayam – dikisar
Serbuk lada sulah
Garam
Lada merah –dihiris
Bawang merah – dihiris
Daun sup – dihiris
3 biji telur
Bawang goreng
CARA MEMBUAT:
Goreng kentang yang dah dipotong dadu, kemudian lenyekkan dalam mangkuk.
Masukkan sedikit garam, lada sulah, isi ayam, hirisan daun sup, lada merah, bawang merah, sebiji telur dan bawang goreng. Gaul rata semua bahan.
Kemudian gentel bulat-bulat macam meatball.
4.Simpan sebentar dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk (1/2jam) sebelum digoreng.
5.Lepas itu, pukul 2 biji telur dalam mangkuk, panaskan minyak, celupkan bergedil tadi dan boleh mula menggoreng. Siap untuk dihidangkan bersama soto, lada kicap atau dimakan begitu saja.
Nak makan dim sum, sedap makan panas-panas. Selain kulit inti dim sum pun penentu kesedapannya. Masa PKP ni boleh jadi masa untuk mencuba resipi baru kan. Sekali sekal beralih selera masakan Cina pulak.
Ni resipi sedap dari Fatin Damia yang berbaloi dicuba. Bukan setakat resipi kulitnya aje dikongsi, siap pakej resipi inti dan kicap dim sum. Jom kita cuba dim sum inti daging dan udang ini
DIM SUM
BAHAN-BAHAN :
Bahan kulit dim sum : ✔ 1 cawan tepung kentang ✔ 1 cawan tepung kanji ✔ 2 sudu besar minyak ✔ Garam secukup rasa ✔ Air panas secukupnya
Bahan Inti Dim Sum: ✔ 1/2 cawan daging kisar ✔ 1/2 cawan isi udang kisar ✔ 2 biji bawang merah ( dicincang halus ) ✔ 3 biji bawang putih ( di cincang halus ) ✔ 1 inci halia ( diparut ) ✔ 1 sudu besar tepung jagung ✔ 1 sudu besar kicap cair ✔ 1 sudu kecil serbuk lada putih ✔ Daun bawang ( di hiris halus ) ✔ 2 sudu besar bawang goreng ✔ Garam dan gula secukup rasa
Bahan Kicap Dim Sum :
✔ 2 sudu besar minyak bijan ✔ 1 sudu besar minyak cili ✔ 1 sudu besar cuka makan ✔ 1 sudu besar kicap cair ✔ 1 ulas bawang putih ( haluskan ) ✔ 2 sudu besar air panas ✔ Garam dan gula secukup rasa #Gaulkan kesemuanya
CARA PENYEDIAANNYA : ✅ Kulit Dim Sum
1. Campurkan semua bahan untuk membuat kulit Dim Sum dan masukkan air panas secukup nya. Uli sampai tepung tak melekat di tangan. Rehatkan doh selama 20 minit sebelum dicanai nipis.
✅ Inti Dim Sum
1. Campurkan semua bahan untuk membuat inti Dim Dum dan masukkan sedikit tepung jagung.
2. Letak inti pada kulit Dim Sum yang telah dicanai nipis tadi dan kelim sesuai selera.
2. Panaskan periuk pengukus dan kukus Dim Sum selama 10 minit menggunakan api besar.
3. Setelah masak, keluarkan Dim Sum dan sejukkan sebelum dimakan bersama kicap Dim Sum ataupun Sos Cili.
Bagi penggemar Cekodok Pisang @ Cucur Pisang yang gebu, saudari Sabrina Abdul Ghaniada kongsikan satu resipi yang sangat mudah untuk disediakan. Sedap, rangup, lembut di dalam dan tak serap minyak. Gula tak guna banyak dan tak payah letak air dalam adunan. Guna 3 bahan je. Memang sangat-sangat senang dan tidak perlu banyak bahan untuk disediakan. Jom cuba. Anda dan keluarga pasti sukakannya.
RESIPI CEKODOK PISANG GEBU GUNA TEPUNG NAIK SENDIRI