Lebihan kurma sepanjang bulan puasa yang masih elok dan tak berusik boleh lah di gunakan untuk membuat kek kurma kukus ni. Tak perlu membazir, cara mudah nak buat kek ni tidak perlu guna mixer dan pembakar. Selamat mencuba!

Sangat mudah, tak perlu mixer, tak perlu oven. Cukup lemak dan tak manis sangat rasanya. Siapa2 yg ada masih ada stok kurma bulan puasa aritu punya boleh la cuba buat resipi ni. Boleh jadi salah 1 menu raya pulak. Resipi asal saya google je. Tapi saya olah dan buat ikut cara saya. Alhamdulillah menjadi dengan jayanya!

RESIPI KEK KURMA KUKUS MOIST

Stok Lebihan Kurma Buat Kek Kurma Kukus Moist, Gebu Dan Wangi Ni!

BAHAN-BAHAN:

  • 21 biji kurma (dibuang biji, dihiris/dadu, & digaul dgn sesudu tepung utk elak melekat)
  • 300gm tepung gandum **
  • 1 sk soda bikarbonat **
  • 150g gula perang
  • 3/4 cawan gula putih
  • 1/2 sk garam
  • seketul butter (250gm) sy pakai jenama ‘twin cows’ je.
  • 1/4 cawan air
  • 4 biji telur saiz B
  • 1 sk esen vanila

CARA MEMASAK:

Stok Lebihan Kurma Buat Kek Kurma Kukus Moist, Gebu Dan Wangi Ni!
Proses caramelkan gula dan butter..

1. Ayak bahan ** dan ketepikan.

IKLAN

2. Panaskan gula putih, gula perang dan air sehingga gula cair dan keperangan. Masukkan seketul butter dan garam. Kacau hingga semua cair sepenuhnya kemudian masukkan kurma. Kacau sebati. Biarkan didih seketika (hingga naik bau karamel),kemudian tutup api.

3. Sementara itu, bolehlah panaskan pengukus.

4. Masukkan bahan ayak ke dalam adunan gula tadi (masih panas suam) sedikit demi sedikit sambil kaup balik.

IKLAN

5. Dalam bekas lain, pukul telur dan masukkan esen vanila. Tuang kedalam adunan tadi. Kaup balik lagi sehingga semua sebati. Jgn putar atau pukul dgn kuat. Cukup sekadar adunan sebati.

6. Tuang dalam loyang/bekas acuan yg dah digris dengan butter.

IKLAN
Stok Lebihan Kurma Buat Kek Kurma Kukus Moist, Gebu Dan Wangi Ni!
Selepas 1 jam dikukus. 1 rumah wangi bau butter karamel!

7. Pastikan air pengukus dah mendidih, barulah masuk dlm pengukus. Kukus selama sejam (api besar) atau hingga masak. Jgn kerap buka penutup kukus utk elak air jatuh atas kek. Buka selepas 1 jam. Kek pun akan naik elok dan cukup masak.

Stok Lebihan Kurma Buat Kek Kurma Kukus Moist, Gebu Dan Wangi Ni!

Kongsi resipi: Yuya Zainal

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI