
Tak lengkap sesuatu hidangan melayu tanpa sambal, Untuk sambal Kelantan ini memang popular di Kelantan, sesuai di makan untuk semua jenis nasi. Sesuai di buat masa kenduri, buat sekali banyak boleh tahan sampai sebulan kalau disimpan dalam peti sejuk. Lagi lama simpan lagi sedap, jika sambal ini dibuat awal-awal dan banyak baru rasa sedap makan kerana bila ia terperam dengan asam, garam, dan gula baru dia mesra rasanya.. Selamat mencuba!
RESIPI SAMBAL KELANTAN

BAHAN-BAHAN:

- Cili merah
- Cili api
- Limau kasturi(blender dgn kulit)
- Bawang besar bakar
- Bawang putih bakar
- Cuka
- Manisan kg
- Gula
- Garam

CARA-CARA:
- Kisar semua bahan sehingga hancur.
- Sambal kelantan tak guna belacan.
- Kisar kering.
- Siap. Simpan dalam botol dan masukkan dalam peti sejuk bagi kekal tahan lama.
NOTA: jgn letak air masa blender.
Kongsi resipi: Rohaya Rose
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Telur Puyuh Sambal Petai, Lauk Sedap Tak Perlu Lauk Lain

Kadang kita tak cukup masa nak masak banyak lauk. Mungkin nak cepat atau hari tu malas nak memasak. Jadi cukuplah satu lauk sahaja. Kalau macam tu situasi anda, apa kata masak sambal tumis petai dan dicampur dengan telur puyuh. RASA nak kongsikan resipi berasaskan telur puyuh. Kalau dimasak sambal, memang sedap. Tambah kalau ada petai. Perghhh. Tak terkata sedapnya. Peminat petai mesti suka lauk macam ni.
TELUR PUYUH SAMBAL PETAI BERSANTAN

BAHAN-BAHAN
10 biji telur puyuh (rebus, kupas dan goreng)
Minyak masak secukupnya
5 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu makan cili (kisar)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit asam jawa
4 sudu makan santan pekat
10 ulas petai (buang kulit)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau wangi.
2. Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
4. Setelah mendidih, masukkan telur puyuh yang sudah siap direbus, dikupas dan digoreng tadi.
5. Akhir sekali, masukkan petai. Kacau sekejap dan angkat. Selamat mencuba.
Cara Mudah Buat Kuih Kacau Labu, Kuih Tradisional Orang Johor

Bila bab kuih-kuih tradisional, rasa kesedapan memang tidak dapat dinafikan lagi.
Kuih kacau labu, antara kuih tradisional yang popular di Johor Bahru. Rasanya yang lemak manis, sering dihidangkan pada majlis kenduri-kendara.
Resipi yang dikongsikan Muzzammil Mustafa Sani dari laman webnya dapur.maskulin.com ini, mudah je nak buat dan menggunakan bahan-bahan yang cukup ringkas.
KUIH KACAU LABU

BAHAN-BAHAN:
350gm gula pasir – beli online di sini
400ml santan – beli online di sini
500 ml air
50gm tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
1.5kg labu
5 biji telur | dipukul kembang
2 helai daun pandan
Garam
TONTON Kek Batik Milky Cheese Horlick | Dapur Rasa Live
TONTON Danish Cinnamon Cheese | Dapur Rasa Live

CARA MEMASAK:
1. Masak santan bersama gula dan daun pandan hingga pekat.

2. Kemudian, masukkan telur, labu yang telah dibuang kulit, direbus dan dikisar halus bersama garam.

3. Kacau sebati. Sesudah itu, tuangkan bancuhan air tepung jagung ke dalamnya. Apabila sudah pekat, tuangkan adunan ke dalam loyang. Boleh dibekukan dalam peti sejuk jika suka.

4. Bentukkan kuih mengikut acuan yang digemari. Boleh juga dihias dengan halwa.
Kredit resipi: Muzzammil Mustafa Sani (dapur.maskulin.com)
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Fishcake Buatan Sendiri, Barulah Segar Bila Buat Sup Nanti.

Bersih, suci dan halal inilah tiga perkara yang ada bila diusahakan oleh orang Islam. Beli fish cake baca labelnya, lihat logo halalnya, tapi buat sendirikan lagi jimat dan pastinya lebih segar.
Kenyal dan manis ni min kongsikan fish cake sedap dari Tahrunissah Jalil. Sedap masuk dalam mi goreng, kuah dan mi sup dan macam-macam lagi.
HOMEMADE FISH CAKE

BAHAN-BAHAN :
- 500gm isi ikan tenggiri segar
- 3 sudu teh tepung jagung | membukit
- 1 sudu teh garam | nanti masa dah siap blend rasa lagi sebab bila sejuk lebih masin
- sedikit ajinomoto (terpulang nak isi atau tidak)
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 cawan air sejuk (dari ais)_
** anda boleh menggantikan dgn fish fillet tapi abaikan/jgn taruk air ye sbb dlm fillet tu dah ada kandungan air dah… so abaikan sukatan air tu

CARA MEMASAKNYA:
1. Isi ikan tenggiri diambil ..kulit tak mau ye dan diblend halus saya guna food prosessor
2. Kemudian masukkan sedikit air ais ..kisar lagi masukkan garam serta serbuk lada putih
3. Kisar lagi dan masukkan 3 sudu tepung jagung dan kisar lagi..
4. Sebelum itu panaskan periuk kukusan dan loyang 4 segi, loyang tu biarlah boleh masuk dlm periuk kukusan atau kalau takde guna je tupperware tahan panas..
5.Masukkan adunan ikan tadi dlm bekas/loyang yang diletakkan plastik terlebih dahulu supaya nanti senang nak kluarkannya..(mcm buat serimuka)ratakan ia serta padatkannya.. menggunakan minyak yang disapu dijari anda utk licinkan permukaan ikan tadi dan kukus hingga masak..dlm 15 minit atau sehingga masak
6. Terbalikkan isi ikan yang dah masak tadi potong sepertimana bentuk fishcake..
panaskan minyak terendam.. dan goreng sekejap hingga ia kekuningan.. angkat dan toskan minyak siap..alhamdulillah..
Kredit resipi : tahrunissah jalil
FB : 1001 Jenis Resepi Masakan Dan Petua DI Dapur
Nah ni min kongsikan sup kek ikan dan bebola ikan dengan cendawan tiram yang mudah sangat dan sedap betul rasanya. Resipi dari Cik Ina, sesuai untuk orang bujang dan supermom yang sibuk tu.
SUP KEK & BEBOLA IKAN DENGAN CENDAWAN TIRAM

BAHAN-BAHAN
- 3-4 ulas bawang merah
- 3-4 bawang putih
*Kedua bahan dibasuh,diketuk kemudian dibuang kulit dan cincang kasar mengunakan pisau besar
- 5-6 keping cendawan tiram-cuci kemudian siat-siatkan dan tuskan airnya
- sepaket fishball sederhana besar dan fish cake ( ambil separuh separuh)
- 1/2 kiub pati ayam
- 2-3 tangkai daun bawang-dihiris sederhana halus
CARA MEMASAKNYA:
1. Tumis bawang ketuk (no-2)dalam minyak yang sedikit hingga naik bau dan layu.
2. Pecahkan kiub pati ayam , tumiskan sekejap
3. Masukkan 1 liter air , biar agak mendidih
4. Masukkan fishball dan fish cake , biar seminit
5. Masukkan cendawan tiram biar seminit
6. Sebelum angkat taburkan daun bawang yang dah dihiris tadi, seminit kemudian terus tutup api.
Kredit : Blog Cik Ind Do Do Cheng
Min tambahkan fish cake aje.

