Baru beli dua tiga hari buah strawberri dah lembik, ada yang busuk dan langsung tak segar, ruginya! Jangan mengeluh, ini ada tip bagaimana memilih, membersih dan menyimpan buah strawberri yang dibeli supaya tidak mudah busuk dan kekal segar.
Perkara pertama perlu anda lakukan adalah pastikan anda pilih buah yang tidak layu dan tiada cacat cela. Kemudian tekan buah strawberri untuk kenalpasti masih segar dan tidak lembik. Pastikan juga buah berwarna merah terang dan berkilat.
Ads
Semasa membersihkannya, cuci segala kotaran yang melekat pada strawberri di bawah air mengalir. Kemudian rendam dalam air garam selama beberapa minit, kemudian toskan airnya. Untuk tahan lebih lama, simpan dalam freezer.
Tip menjaga kesegaran buah stawberri
Ads
Pilih strawberri yang masih berdaun segar dan warna buah berwarna merah cerah.
Segera cuci dan simpan dalam peti sejuk di dalam bekas bertutup. Elak meletak strawberri di luar aromanya boleh hilang dan buah menjadi kecut.
Sebelum sedia digunakan, seeloknya letakkan di tempat dengan suhu bilik. Ini membantu penyerapan vitamin.
Boleh juga cuba dengan cara cuci strawberri dan rendam dalam larutan air garam beberapa minit kemudian tos dan keringkan di atas tisu dapur sebelum dimasukkan dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk.
Cara yang sama boleh digunakan untuk mencuci buah-buah berri yang lain.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Bau ikan yang hanyir boleh menyebabkan kita terbantut selera untuk menikmatinya. Malah ada yang menolak terus hidangan ini.
Sebenarnya untuk mengelakkan ikan berasa hanyir malah memberi rasa lebih enak, ikan bukan hanya dicuci begitu sahaja. Lakukan sekali petua yang dikongsikan oleh Juriah H Mazlan semasa prose membersih.
Petua hilangkan hanyir ikan, rasa pun lebih sedap
Ini caranya;
1) Basuh ikan tak kira apa jenis sekalipun dengan bersih. Toskan dulu airnya.
2) Ambil sebiji atau dua biji limau kasturi
3) Perahkan limau pada ikan dan letakkan sesudu dua garam kasar.
4) Gaulkan rata-rata denan ikan dan biarkan dalam satu minit.
5) Bilas semula ikan bersih-bersih.
6) Masaklah seperti biasa. Nak goreng, masak gulai dan sebagainya.
7) Nak simpan separuh dalam peti sejuk pun boleh. Insya-Allah, tiada rasa hanyir ikan, rasa gulai atau gorengan pun jadi lebih sedap.
Tercari-cari cara mudah halau lipas? Maklumlah serangga jenis ni kalau berkeliaran di dapur memang merimaskan. Selain kotor, ia juga menggelikan. Nak hapuskannya memang mudah lebih-lebih lagi jika guna racun serangga. Namun jika guna di kawasan dapur atau ada anak kecil, agak tak bersesuaian. Bimbang ia akan membahayakan anak dan juga mengotori makanan. Jadi apa kata cuba petua-petua di bawah ini. Ia lebih selamat kerana tidak menggunakan bahan berbahaya.
1. SABUN MANDI
Ambil sebuku sabun mandi. Potong kiub kecil dan letakkan di sudut-sudut serta kawasan yang selalu lipas kunjungi. Biarkan dan ganti ketulan sabun baru bila sabun lama kurang berbau.
2. LEMON
Potong lemon menjadi kepingan dan letakkan di tempat gelap seperti dalam kabinet atau laci. Ganti kepingan lemon yang baru setelah kepingan lemon lama kering.
3. BUAH PELAGA
Lipas biasanya membiak di kawasan yang tersorok dan gelap. Ambil beberapa biji buah pelaga, tumbuk sedikit dan letakkan di kawasan tersebut.
4. DAUN PANDAN
Ambil daun pandan, koyak sedikit daunnnya dan letakkan di kawasan yang banyak lipas berkeliaran. Bau dari daun ini mampu menghalau lipas dari rumah anda.
5. DAUN BAY
Selain daun pandan, anda juga boleh menggunakan daun bay untuk menghalau lipas. Caranya mudah sahaja. Tumbuk daun bay hingga halus dan tabur di sudut-sudut atau kawasan yang lipas selalu kunjungi.
6. BAKING SODA & GULA
Campuran bahan ini boleh membunuh lipas. Campur kedua-dua bahan ini pada nisbah 1:1 dan letakkan di kawasan gelap yang banyak lipas. Lipas akan memakan campuran ini kerana ia manis dan seterusnya akan mati.
Pisau, adalah peralatan wajib ada di dapur. Ia digunakan untuk memotong, menghiris dan mencincang pelbagai jenis bahan makanan seperti ayam, daging, ikan dan sayuran sebelum dimasak. Disebabkan selalu digunakan, pisau mudah tumbul. Untuk mengelakkan pisau dari mudah tumpul dan menjejaskan mood memasak korang, ini lima tip macam mana menjaga dan menajamkan pisau umpama pisau yang digunakan oleh chef-chef profesinal.
ASAH PISAU SECARA BERKALA
Jika pisau tumpul ia perlu diasah, alat untuk mengasah ada pelbagai jenis. Batu pengasah paling kerap digunakan untuk mengasah pisau, cara menggunakan sangat mudah. Korang hanya perlu asah salat satu sisi mata pisau yang tumpul. Asah dari pangkal permukaan batu pengasah hingga ke hujung dengan gerakan satu arah. Kemudian tukar pada satu lagi sisi mata pisau. Untuk memasatikan pisau sentiasa tajam, asah pisau sekurang-kurangnya sekali seminggu.
ASAH PISAU SEBELUM DIGUNAKAN
Untuk pisau lebih tajam dan memudahkan kerja memotong tekstur yang lebih kera, korang perlu mengasah pisau terlebih dahulu menggunakan honing rod (batang logam pendek yang biasanya disediakan sekali dengan set pisau korang beli). Jika belum mahir menggunakannya, korang disarankan condongkan honing rod dengan hujungnya mencecah chopping board atau papan pemotong dengan sebelah tangan memegang pemegang honing rod dengan kemas. Kemudian korang hanya perlu gesekkan dari pangkal hingga hujung mata pisau di atas honing rod. Lakukan di kedua-dua sisi mata pisau.
GUNAKAN PAPAN PEMOTONG BESAR
Papan pemotong sangat penting berguna sebagai alas untuk melancarkan proses memotong, menghiris dan mencincang menggunakan pisau tajam. Elakkan memotong tanpa dialas dengan papan pemotong. Paling baik gunakan papan pemotong diperbuat dari kayu atau plastik lebih mudah, malah makan yang dipotong juga terjamin kebersihannya. Tapi sebaiknya jangan campurkan papan pemotong sayur dan daging, kerana bakteria dan kotoran pada daging akan, jika tidak ada, pilihan terbaik potong sayur dahulu baru daging atau ayam.
CUCI DENGAN TANGAN
Elak mencuci pisau menggunakan mesin pencuci pinggang mangkuk kerana tekanan air, panas dan sabun pencuci boleh menyebabkan mata pisau menjadi cepat tumpul. Cara terbaik, cuci pisau secara biasa selepas digunakan, selain bersih sempurna, ketajaman pisau juga terjamin. Jangan lupa keringkan pisau sebelum disimpan.
SIMPAN DI TEMPAH KHAS
Kebiasaannya pisau disimpan di tempat yang sama dengan peralatan masak yang lain seperti senduk, spatula dan sudu dengan alasan mudah dicapai. Sebenarnya cara ini salah. Sebaliknya pisau disimpan di tempat khas yang diperbuat dari kayu, jika tidak ada boleh sediakan tempat khusus yang bertutup dan sipan di tempat kering dan jauh dari jangkau anak-anak.
Emm.. bila baca ni ternyata, pisau juga perlu penjagaan rapi.