Pernah cuba Kerabu Sardin? Ha…mesti tak pernah kan? Biasanya selain dimakan begitu sahaja, sardin juga dimasak sambal, masak lemak cili padi, kari dan bermacam-macam lagi. Nampak sedap. Jom cuba resipi perkongsian saudari Hamizah Zakaria. Katanya memang terbaik. Jom lihat cara-cara penyediaannya.
RESIPI KERABU SARDIN MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 tin sardin – beli online disini
Jus limau kasturi secukupnya
Ikan bilis secukupnya – goreng garing – beli online disini
1 biji bawang besar – potong dadu
2 biji tomato – potong dadu
10 biji cili padi – hiris
1 biji limau nipis – ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Buka tin sardin dan ambil isinya sahaja. Kemudian goreng seketika. Angkat.
2. Cincang isi sardin tadi dan campurkan dengan jus limau kasturi.
3. Campurkan hirisan bawang besar, tomato, cili padi, jus limau kasturi, garam dan gula ke dalam bekas berisi cincangan sardin tadi. Sebatikan.
4. Akhir sekali bila semua bahan sudah sekata dan perasa sudah cukup, masukkan bilis goreng.
5. Kerabu Ikan Sardin sedia untuk dihidang dan dinikmati.
Kredit resipi & foto: Hamizah Zakaria
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official