Bagi pencinta sajian sambal, resipi Sambal Bilis Hancur perkongsian saudari Ziela Mazlan ini antara yang perlu dicuba.
Menurut beliau, menu ini adalah antara lauk yang suami beliau sentiasa minta untuk dimasakkan jika beliau membawa bekal ke tempat kerja. Wah..Bila suami asyik minta lauk yang sama, maksudnya memang sedap ni.
Bahan-bahannya cukup mudah. Menurut empunya resipi lagi, jika ada tomato, boleh masukkan sekali dalam pengisar. Rasanya akan jadi seakan Sambal Hitam. Wow…menarik kan? Jom cuba!
CARA BUAT SAMBAL BILIS HANCUR SEDAP HANYA GUNA 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis – beli online disini
Cili padi merah & hijau
Bawang putih – beli online disini
Bawang merah – beli online disini
Garam, gula & perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Tumbuk kesemua bahan di atas hingga lumat. Jika nak mudah, boleh guna chopper.
2.Panaskan minyak masak dalam kuali bersesuaian. Goreng bahan-bahan yang sudah ditumbuk tadi.
3. Masak dengan guna api sederhana sampai kering air.
4. Perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa dengan secukupnya. (serbuk perasa optional.Empunya resipi tak letak)
5. Kacau lagi sambal sampai kering.
6.Sambal Bilis Hancur siap disediakan dan menu ini enak dimakan bersama telur dadar.
Kredit resipi & foto: Ziela Mazlan
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI