Perjalanan menuju ke kedai makan Nurul Sate Batang Pinang, memang nyaman dan menenangkan. Suasana desa penuh kehijauan menyambut pelanggan yang berkunjung ke sini.

Terletak di Jalan Tempinis, Kampung Tengah, Puchong, Selangor kedai makan ini adalah perniagaan keluarga yang diusahakan oleh sepasang suami isteri Firdouz Abd Razak dan pasangannya Nurul Izzah Fadhilah Haron.

Suasana desa penuh kehijauan


Suasana sebelum PKP.

Menariknya ahli keluarga dari kedua-dua pihak turut menyumbang tenaga dalam perniagaan ini. Sebagai menghargai tenaga tulang belakang di balik Nurul Sate Batang Pinang, nama mereka turut diabadikan dalam nama menu sajian di sini. Nama sajian seperti Nasi Ayam Pak Nyang, Mi Kari Mama, Soto Mak Siti, Lontong Cik Morni adalah sempena nama ayah dan ibu pasangan suami isteri ini.


.


Nasi ayam hailam Pak Anyang.


Soto Mak Siti.

Menu yang disediakan adalah idea bersama dua keluarga mereka berdua. Lain -lain menu yang mendapat sambutan hangat pelanggan sudah tentunya sate yang dibuat dari bahagian batang pinang yang sangat lembut dan berjus.

Biasanya di KL dan Selangor sate biasanya dijual pada waktu malam. Tetapi di Johor seperti Muar dan Batu Pahat menikmati sate pada waktu sarapan adalah menu kegemaran ramai. Ibu saya berasal dari Batu Pahat, jadi idea ini adalah inspirasi darinya.


.

IKLAN

Alhamdulillah, apabila kami memperkenalkan menu ini ia mendapat permintaan ramai dan cukup laris. Selain sate premium yang dibuat dari daging batang pinang yang lembut, pelanggan juga sukakan rencah perapan sate, rasa rempah ratusnya yang dikisar kasar menggandakan kelazatannya.

Satu lagi keistimewaan sate ini nasi impitnya dimasak cara ‘old school’, direbus dan dibalut dengan daun pisang yang banyak didapati di Kampung Tengah, Puchong.

Nasi impit yang lembut dan beraroma daun pisang menambat selera. Selain sate daging, sate ayam dan set sate campur (ayam & daging) juga turut dihidangkan bersama lontong”, cerita Nurul Izzah kepada RASA.


.


.

Kedai Nurul Sate Batang Pinang ini dibuka pada Ogos tahun lalu. Namun Nurul Izzah dan suaminya Firdouz bukannya orang baru dalam bidang makanan,sebelum ini mereka menjalankan khidmat katering Nurul Izzah Katering namun rentetan pandemik mereka kini memberi lebih tumpuan kepada kedai makanan Nurul Sate Batang Pinang.


Nasi Lemak Pandan Ayam Berempah

IKLAN


Satu lagi tarikan sajian di sini adalah sajian nasinya seperti Nasi Lemak Pandan, Nasi Ayam dan juga Nasi Minyaknya menggunakan cara kukus.Menurut Nurul Izzah nasi yang dikukus lebih lembut, tidak hangat dan tidak berkerak. Penulis tertarik dengan Menu Nasi Minyak Kahwin Lari dengan Kari Kambing dan Nasi Minyak Kahwin Lari dengan lauk ayam Pramugari.


Ditanya kisah disebalik menu ini,”Ia sebenarnya menu katering Nurul Izzah yang kini dibawa ‘lari’ ke Nurul Sate Batang Pinang. Ia adalah resipi kepakaran ayah saya dan menu ini cukup laris sekali,” ujarnya tertawa kecil. Di samping itu terdapat juga menu laksa Johor dan Mi Rebus stail Johor.


.

Jadi bagi sesiapa ingin menikmati sajian warisan dan ‘feeling ‘kampung, Nurul Sate Batang Pinang pasti mengubati kerinduan kampung halaman. Kedai makan ini beroperasi dari jam 7 pagi hingga 4 petang . Disebabkan pandemik kini ia hanya mengambil tempahan melalui talian 016 359 5358 dan 019 9568944 dan beli bungkus. Perniagaan dibuka pada setiap hari kecuali Isnin.

IKLAN

 

INGIN MEMBELI  BAHAN MASAKAN, JOM BELI ONLINE DI SINI

JOM TONTON VIDEO MASAKAN MENARIK DI YOU TUBE @ Majalah Rasa Official

 

JOM SEMAK VIDEO MASAKAN MENARIK DI SINI :

Nasi Lemak Basmathi Paling Sedap, Padan Dengan Sambal Kerang. Paduuu.

Resipi Nasi Ayam Hainan Sedap & Mudah Boleh Buat Secara Homemade.

Koleksi Resipi Set Nasi Tumis Bersama Aneka Lauk Pauk