Pani puri adalah sejenis masakan masyarakat India. Namun kini, pani puri semakin mendapat tempat dalam kalangan bukan masyarakat India. Cita rasa masyarakat majmuk di tanah air kita sememangnya istimewa. Kita boleh menikmati apa saja masakan pelbagai kaum.
Pani puri berbentuk bulat seperti keropok. Dimakan dengan inti yang dimasukkan ke dalam panipuri selepas dipecahkan sedikit bahagian atasnya.
Usahawan buku Inz Creation, Fazlina Mat Isa berkongsi pengalaman menikmati pani puri yang dijual berdekatan kawasan perumahan.
“Saya teringin nak makan pani puri disebabkan memang suka mencuba pelbagai jenis makanan masyarakat Malaysia. Sebenarnya sebelum pani puri ni viral lagi saya memang suka cuba masyarakat kaum india. Lagi pula cita rasa pani puri yang asli memang kena dengan tekak saya. Sekarang pani puri sudah semakin dimodenkan dengan inti keju dan coklat,” kata Fazlina.
PANI PURI PERISA ORIGINAL
Set panipuri original.
Pani puri original mempunyai inti kari kentang, air asam, air cili, hirisan bawang dan muruku halus. Kentangnya dimasak dengan pelbagai cara. Ada yang kentangnya dilenyek. Ada yang kentangnya dipotong dadu seperti inti karipap.
Ads
Muruku menambah kerangupan apabila dimakan.
“Saya suka kentang yang dimasak agak pedas walaupun ada air cili. Selepas keropok pani puri dilubangkan, saya isi kentang terlebih dahulu. Kemudian letakkan hirisan bawang, air asam, air cili dan hiaskan dengan muruku,” katanya lagi.
Rasa pedas dan masam menjadikan pani puri perisa original sangat diminati oleh Fazlina. Bagi Fazlina, inilah pani puri paling wow!
PANI PURI PERISA CHEESE
Set panipuri cheese.
Pani puri cheese adalah pani puri yang telah dimodenkan. Intinya terdiri daripada kari kentang, cheese dan mayones. Menurut Fazlina, bagi individu yang kurang suka pedas, boleh cuba menikmati pani puri cheese.
Ads
Nampak sedap!
“Bagi saya, pani puri cheese juga sedap rasanya. Cuma tidak boleh makan banyak. Sebabnya, kentang dimakan dengan cheese dan mayones menyebabkan rasa sedikit muak. Boleh makan tapi jangan habiskan semua 10 biji pani puri yang ada dalam satu set,” katanya.
PANI PURI PERISA COKLAT
Kegemaran kanak-kanak.
Ini adalah satu lagi perisa pani puri yang sudah dimodenkan. Bagi Fazlina, pani puri ini digemari oleh kanak-kanak.
Ads
“Ada dua jenis inti dalam set pani puri coklat. Satu coklat liquid dan satu lagi coklat serbuk yang digabungan antara serbuk biskut, coklat urai dan chocolate chip. Memang menarik perhatian budak-budak,” cerita Fazlina lagi.
Menikmati pani puri perisa coklat, cita rasa manis dengan kerangupan keropok itu sangat mengujakan.
Pani puri versi moden.
“Makan pani puri coklat samalah macam kita makan kudapan coklat. Tidaklah berempah seperti kebiasaan masakan India yang kita kenal sebagai makanan penuh dengan remah. Tapi saya OK saja dengan arus permodenan dalam masakan,” katanya menutup bicara.
Sedap Kerepek Ngaku @ Arrowhead ni. Bila tiba musim perayaan Tahun Baru Cina, Ngaku @ Arrowhead ni memang banyak di jual di pasaraya. Ia merupakan salah satu snek kudapan wajib ada. Berbentuk bulat dan sedikit bertangkai, Ngaku biasanya dijadikan kerepek. Memang sedap. Nak cuba buat Kerepek Ngaku secara homemade? Boleh cuba resipi perkongsian saudari Lina Wanadee ni. Rasanya rangup, lemak-lemak manis memang sedap. Bagi penggemar kerepek, anda pasti suka akan rasanya. Cubalah. Memang mudah resipi ni. Selamat mencuba!
RESIPI KEREPEK NGAKU / ARROWHEAD YANG MUDAH, SEDAP & RANGUP
1. Kupas kulit ngaku dan cuci bersih. Jangan buang tangkainya.Kemudian toskan ngaku hingga kering dan tiada air menitik.
2. Panaskan minyak dalam jumlah yang banyak.Masukkan sedikit garam.
3. Ambil ngaku tadi dan sagat ke dalam minyak.Goreng dengan keadaan minyak terendam.
4. Bila ngaku sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.
5. Sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam balang kedap udara.
INFO: Sagat terus Ngaku dalam minyak. Jika disagat awal dan kemudian dibasuh, kepingan ngaku akan melekat sama sendiri dan tidak terlerai masa digoreng. Hasilnya, kerepek jadi tidak rangup.
PopiaCheese ni antara snek kudapan paling laris abad ini. Harga jualannya juga agak mahal jika nak beli sebalang. Jom cuba resipi mudah nak buat ni. Hanya guna 3 bahan, kudapan enak ini siap untuk dinikmati. Bolehlah berjimat di musim perayaan nanti.
“Kalau dah buntu taktau nak buat kudapan ape nak bagi anak anak makan apakata meh try popia cheese krup krap ni. Memang bebudak suka giler makan, sambil sambil tengok tv tu pakat berebut popia cheese ni. Sedar sedar dah habis sebalang. Jangan kata bebudak je suka makan. Mak bapak budak pun pulun sama naik dengan anak.” perkongsian resipi dari Farhana Ismail
RESIPI POPIA CHEESE KRUP KRAP
BAHAN-BAHAN:
1 pek popia
Serbuk cheese
Serbuk cili
Gula
CARA MEMBUAT:
1. Gunting kulit popia dan dicarik-carikkan.
2.Kisar 4 sudu besar serbuk cheese, 2 sudu besar gula dan 1 sudu besar serbuk cili.
3. Goreng kulit popia hingga keperangan dan toskan.
4. Dalam satu bekas bertutup, masukkan popia yang dah digoreng tadi, taburkan bahan yang dikisar dan goncang hingga semua bahan bersalut.
5. Sedia untuk dinikmati. Untuk tahan lama, simpan dalam bekas kedap udara 😂 Selamat mencuba korang resepi mudah ni.
Pernahkah anda menikmati cucur yang dihasilkan menggunakan bilis, cili kering daun daun kucai? Jika belum pernah, anda harus cuba. Percayalah anda pasti tak boleh nak ‘move on’ jika cuba. Sedapnya tuhan sahaja yang tahu. Sedap, cukup rasa dan pedas!
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
100gm ikan bilis
8 tangkai cili kering
1/2 cawan cincangan daun kucai
Garam secukupnya
Air panas secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Campurkan cincangan kucai dan garam ke dalam mangkuk berisi tepung.
2. Sementara itu, potong kecil cili kering kemudian rebus sekejap. Toskan dan tumbuk kasar bersama ikan bilis yang dah dibersihkan.
3. Tuang bahan tumbuk ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul rata.
4. Tuang air panas (benar-benar panas) ke dalam mangkuk tepung lalu gaul (guna senduk ya, nanti tangan melecur) hingga menjadi adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Air panas ni kena pandai agak kuantitinya.
5. Biarkan adunan sekejap (dalam 10-15 minit). Kemudian goreng dalam minyak yang panas hingga keperangan.
6. Hidangkan panas dengan sos pilihan. Enjoy!!
Info chef: Adunan cucur yang dibancuh dengan air panas akan menghasilkan cucur yang rangup di luar dan lembut dibahagian dalam.