Biarpun sarat mengandung, ia sesekali tidak menghalang Fazerina Ibrahim menyertai Pertandingan jagoh Rasa BABA’S.Minat memasak salah satu sebab Fazerina Ibrahim memasuki pertandingan ini.
“Saya masak sebab keluarga dan suami suka komen masakan saya. Dia memang pandai merasa. Dia pencetus inspirasi buat saya. Komen apa yang kurang dan lebih. Dari situ minat masak berkembang bukan setakat memasak di rumah malah teruja untuk memasuki pertandingan.
Sebelum ini pernah masuk pertandingan anjuran BABA’S juga namun tidak terpilih. Kali ini saya rasa sangat teruja dapat terpilih ke peringkat yang paling tinggi iaitu Top12. Saya sangat bersyukur dan Alhamdulillah”.
Akui Fazerina, debaran semasa sesi penjurian memang tidak dinafikan. Namun setiap soalan yang diajukan dijawabnya dengan penuh tenang dan yakin.
Sepanjang memasuki pertandingan ini memang banyak cerita suka duka. Ketika itu hatinya berbelah bahagi nak menghantar penyertaan atau tidak. Ini kerana dirinya bekerja dan sedang sarat mengandung. Bisik pada hati tak apalah kali ini mahu mencuba nasib. Kalau ada rezeki, adalah.Seminggu sebelum itu,Fazerina perlu masuk wad namun sempat pergi ke peringkat penjurian untuk Sentral.
Macam mana memilih resipi? Sebenarnya itu adalah resipi yang selalu dimasak di rumah. Fazerina dan keluarga memang suka makan masakan mamak yang berasaskan kari. Senang cerita suka makan Nasi Kandar. Nak makan nasi kandar hari hari pun mahal juga. Jadi lebih baik buat secara homemade .Anak-anak dan suami pun suka.
Resipi diolah dan cuba di rumah dengan menggunakan rempah ratus daripada BABA’S. Dia juga ada melihat resipi daripada Majalah RASA dan facebook RASA tentang resipi ini. Dari situ dia cuba dan ubah suai sikit untuk disesuaikan dengan tekak Melayu.
Kalau ikutkan petua masakan, Fazerina memang suka mengikut petua-petua lama. Sering mengamalkan petua masakan yang dikongsi oleh emak dan makciknya. Daripada situ tengoklah kesesuaian petua dan jenis masakan di dapur.
Contoh seperti Ayam Vanggey ni ditambahkan rasa kemelayuan, dengan penggunaan serai lebih sikit. Kemudian letak gula merah, sebenarnya ada juga resipi vanggey ni letak kicap.
Selain itu kulit halia tidak perlu dibuang,ia membangkitkan aroma, petua ini masih digunakan bukan dalam resipi ini sahaja malah resipi lain pun dia banyak guna petua ini.
Harapan dan impiannya agar terpilih ke peringkat final nanti.
“Insya Allah kalau menang, saya nak kembangkan satu perniagaan dalam bidang masakan atau dalam bidang makanan.Minat saya nak buat pes makanan Cuma belum ada peluang dan ruang lagi atau mungkin nak share resipi banyak-banyak sebab saya suka, Cuma kekangan masa membataskan saya membuatnya”
AYAM VANGGEY
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR
BAHAN TUMIS
CARA MEMASAK
KUAH KARI KAW TARUK ATAS
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR
BAHAN TUMIS
CARA MEMASAK
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Tempat Pertama: RM10,000
Tempat Kedua: RM5,000
Tempat Ketiga: RM3,000
Tempat Keempat: RM1,000
Saguhati: RM500 x 8 peserta