Suka Hidangan Pedas Bercili Tapi Bercitarasa Thai? 2 Menu Mudah Ni Wajib Cuba.

Share

Hujung minggu adalah hari yang sesuai untuk anda mencuba resipi-resipi baru yang enak sebagai hidangan buat suami dan anak-anak. Dua menu di bawah antara yang tidak rugi untuk dicuba.

 1. KETAM CILI THAI

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ketam | bersihkan dan tos
  • 1 batang serai | hiris halus
  • 5 helai daun limau purut | hiris halus
  • 2 pokok daun ketumbar | hiris
  • 10 biji cili padi | hiris
  • 1 biji bawang besar | dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 3cm halia muda | hiris halus
  • 1 sudu makan pes cili
  • 2 sudu makan pes cili Thai
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Goreng ketam dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai. Kacau hingga wangi.
  3. Masukkan hirisan cili padi, pes cili dan pes cili Thai, kacau rata.
  4. Seterusnya masukkan ketam goreng bersama hirisan daun limau purut dan ketumbar.
  5. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Setelah masak dan cukup rasa, tutup api.
  7. Angkat dan sedia dihidangkan.

 2. IKAN SIAKAP GORENG SOS THAI

BAHAN IKAN:

  • 1 ekor ikan siakap | saiz sederhana
  • Sedikit tepung
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam & lada sulah

BAHAN SOS:

  • 1 biji bawang besar | dadu kasar
  • 2 ulas bawang putih | cincang kasar
  • 3cm halia | hiris halus
  • 2 pokok daun bawang | hiris 3cm
  • ½ biji cili bengala | hiris memanjang
  • Sedikit brokoli | dadu kecil
  • 5 biji cili padi merah | hiris
  • 5 biji cili padi hijau | hiris
  • 1 batang serai | hiris halus
  • 2 sudu besar sos cili Thai
  • 1 biji limau kasturi | ambil jusnya sahaja
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Bersikan ikan dan toskannya.
  2. Pecahkan telur dan kacau rata, celupkan ikan dalam telur. Sementara itu panaskan minyak.
  3. Apabila minyak panas, balik-balikkan ikan yang dicelup telur di atas tepung yang dicampur sedikit garam dan lada sulah.
  4. Goreng ikan hingga garing kemudian ketepikan.
  5. Menggunakan kuali lain, masukkan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili padi merah dan hijau. Kacau hingga wangi.
  6. Seketika kemudian masukkan hirisan cili bengala, hirisan daun bawang dan brokoli, sos cili Thai dan perahkan jus limau. Kacau lagi.
  7. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  8. Kemudian tuangkan sos ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.
  9. Sedia dihidangkan.

 

 

 

Published by
Nur