Biasanya Kuih Cara perisa pandan je kan? Ha..ni Kuih Cara perisa jagung pula. Siapa yang gemar makan jagung, boleh cuba resipi ni. Pasti anda sukakannya.
KUIH CARA JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur gred A – dipukul
- 1/2 cawan jagung hiris – bubuh lebih pun boleh. lagi sedap
- 3 1/4 cawan santan
- Sedikit garam
- Sedikit esen vanilla- boleh abaikan
- Perisa jagung
- Sedikit pewarna kuning telur
CARA MEMASAK:
- Kisar jagung hiris dengan 1 cawan santan. Jangan kisar terlalu halus. Tuang bahan kisar ke dalam bekas.
- Kemudian satukan bahan-bahan lain dalam bekas berasingan. Gaul rata dan masukkan dalam blender. Kisar hingga sebati.
- Tuang ke dalam jag saiz sederhana. Campurkan dengan jagung yang dikisar tadi. Kacau sebati.
- Panaskan acuan Kuih Cara menggunakan api perlahan. Oles sedikit minyak.
- Tuang adunan ke dalam acuan. Biarkan sekejap baru dimasukkan sedikit gula. Tutup dengan tudung periuk.
- Agak-agak nampak naik adunan atau sedikit kekuningan di bahagian tepi kuih, boleh angkat dan keluarkan dengan lidi atau terbalikkan acuan atas bekas yang sesuai.
- Untuk adunan seterusnya, kacau dulu sebelum tuang ke dalam acuan.
- Ulang hingga habis. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zura Zul