Suka Lauk Pedas Bercili? 2 Menu Berasap Ni Pasti Buat Anda Puas Hati.

Share

Masakan bercili memang sedap terutamanya jika makan dengan nasi panas-panas. Lagi pedas, lagi laju suap ke mulut. Kata orang, bertambah selera. Kalau anda memang peminat masakan pedas, dua menu bercili ini memang kena cuba.

 1. AYAM BALADO PADANG

BAHAN-BAHAN A:

  • 500ml air
  • 1 ekor ayam | potong kecil
  • 2 helai daun salam
  • 2 batang serai | dititik
  • 3cm lengkuas | diketuk

BAHAN-BAHAN B (KISAR):

  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 3cm halia
  • 1 sudu teh garam

BAHAN-BAHAN C (TUMBUK KASAR):

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 biji cili merah
  • 1 biji tomato
  • 3 sudu makan air asam
  • 1 sudu teh gula
  • ½ sudu teh garam
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Satukan bahan-bahan A dan bahan-bahan B yang telah dikisar lalu rebus hingga air kering.
  2. Angkat ayam dari periuk.
  3. Goreng ayam di dalam minyak yang panas hingga keperangan.  Toskan. Ketepikan.
  4. Bahan-bahan C ditumbuk kasar dan gaul sebati.  Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali.  Tumis bahan-bahan C hingga harum dan sesuaikan rasanya. Tuang ke atas ayam yang digoreng tadi.
  5. Sedia dihidangkan.

INFO CHEF : Boleh tambah cili padi jika mahu lebih pedas.

 

2. DAGING KASTURI BERCILI

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | potong kecil dan rebus empuk
  • 1 cawan air rebusan daging
  • 1 cawan santan
  • 3 batang serai muda | ketuk
  • 3 helai daun limau purut | siat
  • 4-5 biji limau kasturi |  ambil jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN-BAHAN B (KISAR):

  • 10 biji cili merah
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3cm lengkuas
  • 3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali.  Tumis bahan-bahan kisar hingga cili masak.
  2. Masukkan serai dan daun limau purut.
  3. Masukkan daging yang telah direbus bersama santan dan air rebusan daging.  Didihkan hingga semua bahan masak sebati.
  4. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  5. Tutup api dan tambah jus limau kasturi lalu kaup-balikkan sebati.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

Selamat mencuba!

 

Published by
Nur